3 Langkah apabila dilanda MASALAH!

Sebagai manusia kita tidak lari dari masalah. Memang pelbagai masalah yang akan melanda tidak kira dari mana pun jua di tempat kerja, perniagaan, kewangan, keluarga, masyarakat, atau apa sahaja.

Bila dilanda masalah, pastinya akan memberi tekanan, rasa kecewa, sedih dan pelbagai perasaan negatif. Waktu ini, tidak kira betapa hebat pun motivasi kita, untuk berfikir positif agak sukar.

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Langkah 1. Apakah langkah terdekat dan paling pantas yang boleh dilakukan?

Apabila dilanda masalah, pelbagai fikiran negatif akan masuk dalam fikiran. Terlalu banyak yang difikirkan sehingga terasa sangat berat dan “overwhelemed”. Ini yang terjadi sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan- melihat gambaran yang besar dan gambaran besar umpama terlalu besar untuk dipikul!

Cara terbaik adalah beri fokus kepada langkah terdekat. Langkah pertama. Apa yang boleh dilakukan sekarang?

Tidak perlu fikirkan perancangan besar, atau jangka masa panjang buat masa ini. Tetapi langkah paling mudah, paling pantas, paling terdekat yang anda perlu lakukan. Apakah langkah tersebut?

Mungkin meminta maaf kepada seseorang itu? Mungkin menghantar email? Mungkin keluar dan berjalan seketika?

Atau apa sahaja. Yang penting adalah untuk lakukan sesuatu yang kecil dan mudah dan pantas dan tidak fikirkan masalah yang lebih besar.

Ini kerana, dalam keadaan tertekan, mungkin kita tidak dapat lihat dengan lebih jelas gambaran yang besar, oleh kerana ianya dikaburi dengan masalah yang di alami. Tetapi, apabila kita mengambil tindakan dan melakukan sesuatu yang mudah, pantas dan terdekat, kita akan lebih mudah melihat langkah-langkah seterusnya apakah tindakan yang perlu kita lakukan dengan lebih baik.

Mulakan dengan yang kecil dahulu.

Langkah 2. Sekiranya bermula baru…

Ambil kertas kosong, atau buku nota kosong, dan mula menulis. Pastikan ianya kosong seumpama anda bermula baru!

Mula menulis “Sekiranya bermula baru, apakah yang patut dilakukan?” Dan senaraikannya.

Aksi menulis ini akan meringankan lagi bebanan di kepala dan minda dan bawanya ke atas kertas. Apabila menulis, serabut di minda akan dapat dikurangkan dengan lebih teratur melalui penulisan senarai yang dilakukan.

Bukan sahaja itu, fikiran manusia bergerak dengan terlalu pantas dalam satu-satu waktu. Apabila kita menulis, ia seumpama memperlahankan pemikiran kita oleh kerana memaksa kita menulis pada kadar yang lebih perlahan dibanding dengan berfikir.

Apabila fikiran bergerak lebih perlahan, lebih banyak idea dan cara akan difikirkan dengan lebih rasional cara mengubah masalah menjadi penyelesaian.

Langkah 3. Keluar. Dengan keluarga atau kawan-kawan!

Lupakan masalah dan keluar bersama keluarga atau kawan-kawan. Saya syorkan untuk anda lakukan sesuatu yang jarang anda lakukan. Mungkin sudah sering ke panggung wayang, atau makan malam, atau berbual di kedai mamak. Lakukan sesuatu yang berbeza kali ini.

Ini kerana anda perlu ganggu rutin anda dan keluar dari keselesaan. Melakukan perkara yang sama sahaja akan memberi anda idea yang sama kerana ia telah menjadi rutin. Lakukan sesuatu yang berbeza bersama orang yang anda sayangi, dan ia akan memberi kegembiraan pada anda untuk menyuntik idea dan semangat baru.

Mungkin pergi ke sesuatu pertunjukan seperti menonton muzikal di Istana Budaya, atau beli tiket ke Malaysia Philhamonic Orchestra di KLCC Convention center, atau lakukan aktiviti extreme seperti bungee jumping di Sunway Lagoon.

Keluar dari kebiasaan! Percayalah. Mungkin bunyinya agak sukar dan berat untuk anda lakukan sekiranya anda tidak biasa, tetapi anda patut cuba dan anda akan alaminya!

Dilanda masalah adalah sesuatu yang biasa. Kita hanya manusia dan tidak sempurna. Oleh kerana tidak sempurna itulah kita melakukan kesilapan yang mungkin akan menjadi masalah. Mungin juga kesilapan orang lain yang menjadi masalah kita pula. Tetapi ianya tidak penting salah silap siapa.

Yang penting adalah untuk kita mencari penyelesaian terbaik dalam waktu yang terdekat, dan 3 langkah di atas adalah di mana anda boleh mula.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.