Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan terakhir tahun 2011!

Wow… macam roller coaster tahun ini. Kebanyakan daripada matlamat tahun 2011 saya sudah pun tercapai- alhamdulillah. Ada yang belum tercapai, tapi, insyaallah akan dilaksanakan pada bulan Disember, sebelum masuk 2012 :)

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda melaksanakan matlamat 2011 anda? Sekiranya belum, masih belum terlewat lagi… masih ada 1 bulan untuk melangsaikannya!

time.jpg

Ada juga sesetengah orang matlamat 2010 yang dibawa ke 2011 belum lagi dilaksanakan… terpaksa bawa ke 2012. Nasihat saya, sekiranya ini terjadi kepada anda, maka matlamat anda itu terlalu besar untuk dicapai. Kecilkan sedikit matlamat tersebut supaya ia dalam lingkungan “boleh” dicapai.

Pesanan Azizi Ali, tetapkan matlamat “at the edge of fantasy, but in the realms of reality!”

Walaupun tinggal 1 bulan lagi untuk tahun 2012, saya tidak akan duduk diam :) Ada 2-3 matlamat yang belum tercapai dan akan saya langsaikan sebelum masuk 2012! Anda juga, apa kata jangan tunggu 2012 dan bawa ke hadapan matlamat anda. Ada 1 bulan lagi… sama juga dengan 30 hari… sama dengan 720 jam… sama dengan 43,200 minit! Kan banyak masa tu… jangan rugikan masa anda ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menulis matlamat… menulis lagi!
  • Matlamat yang realistik
  • Tulis… jangan tak tulis!
  • Tetapkan deadline matlamat anda