Ralph Waldo Emerson menulis “Seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkan pada kebanyakan masa”. Apa yang anda fikirkan kebanyakan masa?

Mereka yang berjaya memikirkan kejayaan, memikirkan matlamat dan cara mencapai matlamat tersebut dan memikirkan pulangan yang akan diterima sekiranya matlamat tercapai.

Berhenti sebentar dan tanya pada diri sendiri. Pada hari ini, apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Mulai sekarang, fikirkan kejayaan dan matlamat anda pada kebanyakan masa. Penuhi hari-hari anda dengan apa yang anda inginkan di dalam fikiran. Anda akan menjadi apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Selamat bercuti!

ps: Seminar Mencapai Kejayaan pada Usia Muda mendapat sambutan yang hebat! Sekiranya anda mempunyai anak remaja, apa kata anda daftarkannya sempena cuti sekolah ini. Lawati http://www.drirfan.com untuk maklumat lanjut.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Semua orang di dunia seperti anda
  • Potensi kita yang luar biasa
  • Thinking BIG
  • Peka kepada trend semasa