Salah satu ahli sukan kegemaran saya adalah Ratu Squash kita, Nicole David. Semalam beliau memenangi British Open dan menguatkan lagi kedudukannya sebagai pemain squash wanita #1 dunia!

Wow, satu kebanggaan Malaysia dan menjadi inspirasi bahawa rakyat Malaysia juga boleh bersaing dan menjadi #1 di mata dunia.

Malam tadi, selepas kemenangannya, wartawan bertanyakan apakah rahsia kejayaannya? Jawapannya…

“Work very hard consistently as nothing comes easy”

(Berusaha amat keras dengan konsisten oleh kerana segalanya adalah tidak mudah)

Bukan lagi rahsia, tetapi tidak ramai yang sanggup melakukannya- hanya 2% masyarakat sahaja yang melakukannya. Jadilah antara golongan 2% teratas ini!

Tahniah Nicole!

Sekiranya tiada aral melintang, saya akan ke United Kingdom bulan hadapan untuk memperkenalkan buku saya “Secrets of Internet Millionaires Revealed” di sana. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Nicole perlu dicontohi rakyat Malaysia bahawa kita juga boleh bersaing di arena antarabangsa :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Minta tolong lakukan sesuatu…
  • Mencari idea dalam perniagaan
  • Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet
  • Sanggup kah anda?