fikir besar

Berfikir besar pun ada silapnya…

Seringkali apabila menyertai seminar motivasi atau membaca buku motivasi, sentiasa di ajar kita untuk berfikir besar. Mat salleh kata, Think BIG! Dalam erti kata lain, apa sahaja cita-cita dan impian, letakkan matlamat yang besar untuk dicapai. Bak kata orang, kalau mengsasarkan bintang, tapi tak mencapai, kita mungkin masih sampai ke bulan.

Berfikir besar sememangnya ada kelebihannya. Dalam waktu yang sama juga terdapat kelemahan. Antara kelebihan berfikir besar adalah kita akan lebih fokus untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi yang mungkin sukar untuk dicapai. Adakalanya berfikir besar akan meningkatkan usaha dan semangat kita untuk mencapainya.

Namun kelemahan juga wujud. Antaranya adalah, apabila terlalu fikir besar, maka, takut apa yang diimpikan tersebut dilihat terlalu jauh seakan mustahil untuk dicapai. Dan sekiranya tidak mencapai pula, pastinya akan terasa kecundang dan hilang semangat oleh kerana apa yang dihajati tidak kesampaian.

fikirbesar

[PENGUMUMAN: Sudahkah anda daftar untuk menyertai program perniagaan Interenet paling laris di Malaysia? Pelajari teknik dan kaedah memulakan dan menjalankan perniagaan Internet di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini sekarang]

Sebenarnya, berfikir besar perlu diletakkan had. Tidak salah berfikir besar oleh kerana kebaikan yang disebutkan di atas. Tetapi, perlu fikir juga, perlu berfikir besar yang masuk dek akal untuk mengelakkan kelemahan yang disebutkan juga.

Sebagai contoh, sebagai usahawan, mungkin mencapai keuntungan RM1 juta adalah sesuatu yang boleh dicapai. Ini kerana, dilihat sekeliling sudah ramai usahawan yang mencapai tahap jutawan dalam pelbagai industri perniagaan.

Namun, sekiranya bercita-cita ingin mencapai keuntungan RM10 juta dengan hanya menjual burger di satu lokasi kedai burger sahaja, ia mungkin mustahil. Itu lah yang dimaksudkan berfikir besar juga perlu ada hadnya.

Terbaik, adalah untuk meletakkan sasaran yang besar, tetapi masih lagi dalam capaian realiti. Mungkin daripada pantauan kisah-kisah kejayaan usahawan lain, dapat mengambarkan sama ada ianya boleh dilakukan ataupun tidak. Tidak kira, usahawan dalam negara atau luar negara. Asaskan matlamat besar berdasarkan pengalaman mereka yang pernah mencapainya.

Sekiranya menjual burger, bagaimana Ramli burger boleh menjadi jutawan? Pastinya bukan dengan hanya satu gerai burger sahaja, tetapi sebagai pembekal kepada beratus atau beribu gerai burger dan pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia.

Matlamat yang terlalu besar mungkin akan mengurangkan motivasi diri apabila dilihat ianya terlalu jauh untuk dicapai. Caranya pula adalah kecilkan matlamat tersebut supaya ianya lebih mudah untuk dilihat dan dicapai.

Sasaran mencapai keuntungan RM1 juta setahun, tidaklah mustahil bagi perniagaan yang sudah berpengalaman. Namun, bagi perniagaan baru, mungkin perlu kecilkan matlamat tersebut untuk mencapai keuntungan RM100,000 setahun. Sekiranya kecilkan lagi, ianya adalah keuntungan RM8,333 sebulan. Satu matlamat yang lebih mudah untuk dilihat dan dicapai. Gandakan usaha tersebut 10 kali, maka keuntungan RM1juta adalah dalam capaian.

Mencapai matlamat yang besar bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, disiplin, semangat, kekuatan, dan juga ilmu yang tinggi. Ia akan mengambil masa bukan setahun atau dua, tetapi mungkin bertahun-tahun lamanya untuk kebanyakan antara kita.

Dan semestinya juga perlu bersedia untuk matlamat yang disasarkan tersebut pula tidak tercapai. Sesuatu matlamat yang tidak kesampaian hanya berpunca daripada dua sebab. Iaitu, matlamat tersebut terlalu besar untuk dicapai, atau mungkin juga jangkamasa matlamat tersebut terlalu pendek dengan keadaan, ilmu, kewangan, pengetahuan dan juga pengalaman semasa.

Namun perlu ingat bahawa, tak kira matlamat yang ditetapkan, kejayaan bukanlah dikira dengan wang ringgit, populariti ataupun material yang dimiliki. Tetapi kejayaan sebenar adalah apabila diri kita berpuas hati dan gembira bersama keluarga dan orang ramai atas matlamat yang telah tercapai, serta menjalankan kewajipan agama dengan lebih sempurna.

*** Pernah mempunyai matlamat memulakan perniagaan anda sendiri di Internet? Sertai program 6 bulan separuh masa dan secara online bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Program yang memberi bantuan dan bimbingan kepada anda selama 6 bulan dengan modul yang terbukti telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia! Klik di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 sekarang].

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

2 thoughts on “Berfikir besar pun ada silapnya…

  1. terima kasih atas nasihat yang diberikan…
    bukan senang ya bina satu perniagaan yang berjaya…terlalu banyak usaha dan doa diperlukan untuk menjadi berjaya dalam perniagaan,terutama perniagaan yang bermodalkan kecil…seperti saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.