jangan-abai-keluarga

Kerana kejayaan, korbankan keluarga?

Dalam mengejar kejayaan, pastinya memerlukan pengorbanan. Namun pengorbanan yang dilakukan, jangan pula sehingga perlu korbankan sesuatu yang lebih bermakna daripada kejayaan yang dikejar itu.

Ada juga usahawan hebat berniaga yang sibuk 24jam sehari sehingga hal rumah tangga, suami, isteri dan anak-anak dibiarkan. Walaupun matlamat, bekerja dan berniaga untuk membantu keluarga, namun dalam proses mengejar kekayaan itu sendiri, matlamat utama itu juga yang diabaikan.

jangan-abai-keluarga

1. Berikan masa kepada keluarga

Sememangnya mengejar kejayaan memerlukan usaha. Dan apabila memerlukan usaha, pastinya memerlukan masa juga. Apabila mempunyai masa terluang, itulah masanya untuk bersama keluarga.

Mengikut Wilfredo Pereto, undang-undang 20-80, bermaksud 20% daripada usaha kita akan memberi pulangan 80%. Dalam mengejar kejayaan, anda juga boleh menggunakan amalan ini. Tidak semua masa kita akan efisyen dan optimum bekerja sahaja. Beri tumpuan fokus kepada 20% daripada masa kita yang memberikan 80% pulangan dalam mencapai kejayaan.

Dengan mengenal pasti masa yang paling optimum diluangkan untuk mengejar kejayaan, ini akan memberi anda lebih banyak masa terluang untuk keluarga tercinta!

2. Berikan kasih sayang kepada keluarga

Rezeki bukan pada wang ringgit sahaja. Rezeki itu pelbagai, termasuk juga keluarga. Memberi kasih sayang tanpa had kepada keluarga akan mendapat kasih sayang kembali daripada mereka – rezeki yang amat baik!

Mengejar kejayaan adakalanya dipenuhi turun naik dan liku-liku rintangan. Adakalanya akan tertekan dengan keadaan. Di sinilah kita memerlukan sokongan dari keluarga.

Jangan pula kita mengharapkan sokongan, bimbingan dan kasih sayang dari keluarga sekiranya kita sendiri tidak memberikannya. Kasih sayang akan berbalas. Berikannya kepada keluarga tercinta.

3. Berikan kesenangan dan keselesaan

Apabila mengejar kejayaan sudah tentunya untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada keluarga. Wang bukan segala-galanya, tetapi, segala-galanya memerlukan wang. Dengan wang, dapat memberi pendidikan terbaik kepada keluarga. Dengan wang juga dapat memberi kesihatan terbaik kepada keluarga. Dengan wang pastinya hidup sekeluarga semakin selesa.

Jangan kedekut bak Haji Bakhil dalam filem P Ramlee. Wang banyak, tapi tidak pula dibelanjakan untuk kebahagiaan keluarga. Jangan juga mengejar kejayaan sehingga wang dijadikan punca melakukan kesalahan dan maksiat. Memang terjadi disekeliling kita apabila wang mengaburkan mata dan membawa mereka ke jalan yang tidak betul dan sekali lagi menyakitkan keluarga dari segi zahir mahupun batin.

Pastikan niat mengejar kejayaan adalah betul. Mengejar dunia sahaja tidak akan bahagia. Konsep umat wasattiah perlu diikuti, iaitu, hebat di dunia, hebat juga di akkhirat. Hebat dalam kejayaan hebat juga bersama keluarga!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, dan ingin bersama komuniti yang sering memberi sokongan dan bantuan dalam mencapai matlamat anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program separuh masa 6 bulan ini adalah terbaik untuk mereka bekerja yang ingin memulakan perniagaan dari rumah, suri rumah serta usahawan sedia ada. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

girls

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Kerana kejayaan, korbankan keluarga?

  1. Sebab itu saya mahu berjaya dalam perniagaan internet, kerana mahu membahagiakan keluarga. Saya telah tetapkan bahawa keluarga adalah nilai utama hidup saya.

  2. In shaa Allah. Hasil berkerja lebih berkat jika keluarga gembira dengan kita. Keberkataan hasil dari restu ibu bapa dan keluarga. Aamiiiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.