Cara menetapkan matlamat yang realistik dan cara mencapai nya!

Pernah saya baca- semua matlamat adalah realistik. Cuma masa untuk mencapainya  sahaja yang tidak realistik.

Ada betulnya di situ.

Matlamat nak jadi jutawan dalam masa 1 tahun? Mungkin kurang realistik untuk
ramai. Tetapi matlamat nak jadi jutawan dalam masa 10 tahun, ianya lebih
realistik!

Matlamat nak gandakan keuntungan perniagaan 2-3 kali ganda dalam masa seminggu?
Mungkin kurang realistik. Teapi, matlamat meningkatkan keuntungan perniagaan
20-30% dalam masa satu bulan adalah lebih realistik!

Dalam menetapkan matlamat, ianya penting untuk anda tetapkan matlamat yang
realistik. Yang boleh diterima dek akal fikiran. Matlamat yang terlalu besar
dan terlalu singkat masa untuk mencapainya, akan menyukarkan proses untuk
mencapainya.

Ini akan terjadi…

  1. Matlamat yang tidak realistik akan dilihat terlalu besar dan sukar untuk
    dicapai. Mungkin pada awalnya akan rasa seronok dan bermotivasi untuk
    mencapainya, tetapi apabila nampak kesusahan dan cabaran untuk mencapainya, ia
    akan menjatuhkan motivasi kita dan mudahkan kita untuk putus asa kerana ianya
    terlalu sukar.
  2. Matlamat yang terlalu besar akan membuatkan kita rasa “overwhelmed” dan
    terlalu banyak yang perlu difikirkan, seakan terlalu besar dan tidak tahu
    bagaimana hendak bermula. Terlalu besar, tidak nampak langkah-langkah
    seterusnya. Terlalu besar tak tak dapat gambarkan cabaran-cabaran yang bakal
    dilalui.
  3. Matlamat yang tidak realistik juga akan kurang mendapat sokongan dari mereka
    disekeliling anda. Memang tidak dapat dinafikan, dalam mencapai sesuatu
    matlamat yang berbaloi, ia memerlukan bantuan dan sokongan pihak lain.
    Sekiranya pihak lain melihat matlamat anda tidak realistik, dan tidak yakin
    ianya boleh dicapai, mungkin anda tidak akan mendapat bantuan dan sokongan yang anda perlukan.

Ada pepatah mengatakan “Shoot for the stars, if you don’t reach it, you will still land on the moon”

Mengatakan bahawa kita perlu meletakkan matlamat yang tinggi. Sekiranya tidak capai, pastinya pencapaian itu masih tinggi.

Ada benarnya kata-kata ini. Namun, pastikan apa yang dituju masih lagi matlamat yang tinggi untuk dicapai, tetapi realistik dan boleh dicapai.

Dan inilah langkah anda seterusnya…

Satu soalan yang anda boleh fikirkan dalam menetapkan matlamat yang realistik adalah:

Apakah matlamat yang paling besar yang anda boleh tetapkan, yang anda rasakan anda tidak akan gagal mencapainya?

Mulakan dengan soalan ini. Kemudian, beri masa yang cukup untuk mencapai matalamat ini.

Pecahkan matlamat yang besar itu menjadi matlamat-matlamat yang lebih kecil dan bahagikan waktu untuk mencapainya kepada jangka masa yang lebih singkat.

Sebagai contoh, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 1 tahun, mungkin tidak realistik.

Tetapi, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 10 tahun, bererti, menjana pendapatan RM100,000 setahun, bermaksud perlu menjana RM8,333 sebulan dan ini dapat dicapai dengan cara menjana pendapatan RM278 setiap hari!

Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat yang realistik dan bagaimana anda boleh mencapainya. RM278 sehari adalah lebih mudah untuk dicapai bukan?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ­čśë

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.