Melabur untuk ilmu… berapa banyak RM?

Salah satu soalan Azizi Ali pada permulaan seminarnya adalah…

“Berapa banyak anda sanggup melabur untuk ilmu yang dapat menjadikan anda jutawan?”

RM100? RM1,000? RM10,000? RM100,000?

Jawapan anda kepada soalan ini akan mencerminkan sejauh mana anda serius dalam mencari ilmu untuk mencapai kekayaan.

Ketika saya muda-muda dulu dalam mencari ilmu, saya membelanjakan 90% dari pendapatan saya setiap bulan. Pada ketika itu, pendapatan bulanan saya RM1,600.

Sejauh mana pula anda sanggup melabur? Dan adakah anda lakukannya?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

34 thoughts on “Melabur untuk ilmu… berapa banyak RM?

  1. ahaa kalo bab duit nih.. kot ramai yg tak berani.. kalo calculate balik..% untuk sara diri, minyak moto,prepaid,extra utk family,bill letrik+air,saving &unit trust…

    balance dari itu baru sy invest utk xtvt yg boleh mendatangkan kekayaan..boleh thn gak laa hasil hampir 3thn makan gaji attend kursus2 insuran,MLM,internet,bahan bacaan..sempat habiskan balance yg ada utk join kursus irfan aritu masa jadi student semula…

    tatau nk cakap ler..angka hampir 5angka semuanya total utk cari peluang bisnes sahaja..belum masuk effort letih, tak makan, tak tido..

    sampai parent pun naik penin kepala, slamat sy sorg je.. kalo dah kawin mau mak pak mentua pun tarik muka..ada advantage utk org bujang kat sini hehehe….i take everything positively…

    woohhh jenuh komer wehhh..metor kepale dibuatnye.. !!

    now i’m back to zero.. 🙂

  2. Assalammualaikum Irfan…
    Selamat pagi…

    Topik yang Irfan bincangkan hari ini topik yang paling saya ‘gemar’ setakat ini.Memang betul,kita perlu melabur untuk ilmu. Tapi,berapa ramai antara kita yang sanggup? Kajian menunjukkan,98% (manusia) tidak sanggup melabur untuk ilmu. Hanya 2% sahaja yang sanggup dan yang 2% itulah akan mencapai kejayaan. Baru-baru ini,saya berkesempatan pergi seminar Azizi Ali sempena Program Gerak Usahawan bertempat di PWTC pada hari Ahad lalu. Anjuran MECD,Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Masuk percuma. Jadi ramailah yang hadir. Apa yang mengkagumkan saya ialah semangat Azizi Ali dalam membaca buku. Antara ucapannya yang saya masih ingat,”Saya telah membaca ‘700’ buah buku sehingga menjadikan saya seorang ‘pakar’ dalam bidang kewangan & hartanah”. Semangat inilah yang patut dicontohi oleh saya dan sesiapa sahaja. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya menitik berat kepada anak-anaknya tentang soal mencari ilmu dan pendidikan. Selalunya,wang yang saya dapat,saya akan belanjakan untuk membeli buku-buku motivasi serta kaset-kaset motivasi. Bagi saya,buku-buku dan kaset-kaset motivasi ini sangat penting untuk mem’boosterkan’ tahap pencapaian kita. Disebabkan saya seorang pelajar,kalau nak diharapkan gaji yang saya dapat untuk ‘part time job’ yang saya lakukan,saya masih belum mampu lagi hendak ke seminar yang Irfan anjurkan. Tapi,itu bukan alasan & usaha saya bukan berhenti setakat disini aje. Saya berazam akan ke seminar Irfan satu hari nanti.InsyAllah.

    ok,jumpa lagi.
    caucincau.

  3. Bagi saya, ilmu nilainya bukan terletak pada wang.

    “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China..” dan bukannya “Belilah ilmu bla..bla..bla…”

    Nilaian ilmu pada sebanyak mana manfaatnya ilmu tersebut pada anda…

  4. Bagi saya ilmu lebih penting dari segala-galanya termasuk wang. Tanpa ilmu kita susah nk mengawal situasi. Tanpa ilmu kita susah untuk mencapai cita-cita. Biar apa orang kata, yang penting ilmu penuh didada dan kita boleh berkongsi bersama.

  5. Jawapan saya kepada soalan Azizi Ali tu tadi ialah RM100,000. Malahan lebih.

    Bagi saya ilmu yang bermanafaat tu sebenarnya tak ternilai dgn wang ringgit. Kalau ada sesuatu ilmu yang saya nak belajar tu, berapa pun org letak harganya, saya akan usahakan. Kalau tak ada duit sekarang, saya akan kumpulkan dan bila cukup, belajar. Bagi saya, attitudenya adalah “sementara ada orang nak mengajar…baik belajar!”:)

    Cuma challengenya, ialah saya tak ada RM100,000 tu…:(

    So buat masa ni kena pilih-pilih dulu lah apa yang boleh dibelajar (ikut budget) sambil kumpul duit…

  6. Saya membuat pelaburan secara berperingkat.Kalau ada duit lebih saya labur untuk mendapat ilmu.Ikut kemampuan la.Tapi kalau dah dapat ilmu tak praktik pun rugi jugak.. Kalau kita praktik,barulah berkesan.Apa yang kita ada kita buat dulu,bila ada peluang untuk membeli bahan ilmiah masa tu kita beli lagi.

  7. Soalan yg menarik yg tanya pagi ni….Walaupun macam subjektif aje tapi baik untuk direnungkan.
    Tidak dinafikan ilmu adalah segalanya…Ini juga berlaku pada dalam kehidupan saya.
    Jika sebelum ini tidak ambil begitu endah dengan usaha melaburkan duit dalam meningkatkan ilmu tapi hari ini selepas tersedar akan kesilapan yg telah dilakukan masa lepas, memang amat ketara perbezaannya setelah sedikit pelaburan dilakukan untuk meningkatkan ilmu. Walaupun hanya dengan amalan satu buku satu bulan aje kita dah boleh rasa kesan pada kehidupan kita. So jangan kedekut dalam pelaburan ilmu kerana dengan ilmulah pulangan yang lebih besar akan dinikmati pada masa depan.

  8. saya sanggup melabur seberapa banyak untuk mendapatkan ilmu kejayaan dan kekayaan.Kalau diukur dengan wang, saya tak pasti berapa, RM100 @ RM200 @ RM2000, saya tak kira tapi saya memang teruja apabila membaca buku-buku kekayaan dan kejayaan.

  9. Yup… sebanyak yg mampu. Tiap bulan beli buku. Mostly pasal computer.. Pernah sekali ilmu untuk buat design/coding dynamic web secare online + support + training web server hosting yg aku nak turunkan kat mamat A, dier nak nego dapatkan rm50 jer… sadis tul.

  10. “# irwan.dahnil Says:
    September 7th, 2006 at 2:01 am

    Bagi saya, ilmu nilainya bukan terletak pada wang.

    â€Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China..” dan bukannya â€Belilah ilmu bla..bla..bla!”

    Nilaian ilmu pada sebanyak mana manfaatnya ilmu tersebut pada anda!

    Tanpa wang, terbantut jugak nak menimbe ilmu. Blum kire flight,kapal, penginapan dan santapan lagi.. tuh pun bleh dikire melabur untuk ilmu

  11. setakat hari ni, baru cecah 4 angka saja pelaburan saya utk dptkan ilmu dan panduan bagi menjayakan bisnes ni. saya sokong kata2 rakan2 yg lain mengenai pelaburan ni, yg penting kita mesti buat pelaburan samada sikit ataupun banyak.

    tapi, hasil maklumat yg saya ketahui, ramai jutawan kat dunia ni, banyak membuat pelaburan hinggakan sanggup membuat pinjaman. utk menjadi usahawan terbilang, pengorbanan wang ringgit, masa, tenaga, keluarga, kwn2 dan sebagainya mesti akan berlaku. betul tak wahai rakan2 ebiz yg lain?

  12. saya bersetuju dengan kepentingan ilmu ni terutamnya ilmu kejayaan . bagi saya sendiri..saya terjebak dengan ketagihan ilmu2 ni melalui buku2 yang saya pinjam (cilok?) daripada ayah kwn saya (seorang YB yang berminat tentang kejayaan)..sejak tu saya mula pinjam sebanyak mungkin…buku kejayaan seperti NLP,anthony robbin..dan mcm2 lagi…ketika tu saya hanya seorang budak skolah menengah..tula hobi saya…sementara rakan2 lain sibuk membaca komik.

  13. Assalamualaikum.

    Terasa kerdil nya diri ini.
    Saya rajin membaca gak.Tapi buku2 komik – ujang, lanun, gila-gila, doraemon, dan byk lagi..

    Buku kejayaan mungkin baru 5,6 buah termasuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar karya Irfan.

    Wassalam.

  14. Saya paling suka melabur untuk mendapat ilmu. Sekarang ni saya sedang ‘gila’ melabur untuk ilmu Internet marketing…

    So far…
    Nov 05-RM700 untuk hadiri kursus yg Irfan anjurkan di Subang Jaya.

    Dec 05 – RM1300 untuk buku Insider secret to Internet marketing dari corey rudl.

    Jan- Aug 06 – Beribu-ribu Paypal untuk beli e-book ttg internet marketing dari Mike Filsamie, rob benwell, Brad callen, kelvin Hui, Ewen Chia dan big-big name dalam Internet marketing.

    Latest – Sept 06. I am going to attend Internet marketing Seminar hosted by derek Gehl of Internet marketing Center. yeee haaa..i am going man…i am going….

    result…pendapatan dari Internet so far

    Nov 05-Sept 06 = RM50,000

    P.s : kena usaha lagi..Caiyok

    P.s.s : Hope to meet Irfan kat Internet Marketing Bootcamp next week.

  15. Helo semua … Jumlah yang akan saya laburkan tak akan saya kira yg penting saya boleh mendapatkan ilmu yang amat berfaedah. The Legendary Guru Cory Rudl Said ” That is the price of education”. Sekian Terima Kasih – Miclee –

  16. saya pernah guna ayat ” cari harta dengan ilmu bukan dengan tenaga” sebagai screen display dalam handset saye….senyummmmmm

  17. Dengan ilmu penuh di dada, kalau dicampakkan kemana-mana pun boleh hidup. Sebab itu, kalau mahu belajar, belajar bersungguh-sungguh. Kalau nak bermain, main bersungguh-sungguh. Kalau tak jadi ahli perniagaan berjaya, boleh jadi atlit yang dikagumi dunia!

  18. irwan.dahnil Says:
    September 7th, 2006 at 2:01 am
    Bagi saya, ilmu nilainya bukan terletak pada wang.

    â€Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China..” dan bukannya â€Belilah ilmu bla..bla..bla!”

    Nilaian ilmu pada sebanyak mana manfaatnya ilmu tersebut pada anda!
    *****************
    mmg la menuntut ilmu sampai ke negeri cina

    Tapi perlu diingat..tajuk hari ini bukannya “membeli ilmu” tetapi melabur untuk ilmu. Melabur tak semestinya membeli. Cthnya nak pergi negera cina pun perlukan duit. Duit ke negara cina tu kira melabur. Kalau sanggup jalan kaki pun, kita perlukan makanan….nak makan perlukan duit

    saya telah mebelanjakan sedikit wang untk membeli hosting kerana saya ingin belajar bagaimana setting web berbayar. So wang itu dianggap melabur utk ilmu, tetapi saya tidak membeli ilmu

  19. Buku motivasi/kejayaan yang saya beli setakat ni baru dua, pertama of course buku ‘Jutawan Internet’ Irfan (sebab saya nak jadi jutawan gak)..kedua buku ‘Jangan Bersedih Don’t Be Sad’ utk motivasi diri sepanjang perjalanan menuju ke arah jutawan n semasa saya menjadi jutawan nanti 🙂 Buku ‘Jangan Bersedih’ adalah buku motivasi Islam yang sangat-sangat memberi kesan kepada saya (sebab sebelum ni saya memang suka bersedih)kerana dia mengajar saya bersyukur n menghargai kehidupan yang saya ada sekarang..syukur pada Allah kerana masih bernafas hari ini.

    Mekacih.

  20. bab melabur mmg penting ibarat memberi baja kepada pokok sambil menunggu buah yg masak utk d makan.mcm tu jgk ilmu yg patut kita suburkan dengan baja sama sprti melabur membeli bhn bacaan utk capai kejaan atau jadi jutawan .HIDUP JGN BRKIRA BEB!NANTI DUIT PUN BRKIRA UTK DTG DKT DGN KITA.ENJOY LIFE

  21. Pelaburan saya lebih 50% untuk mencapai kejayaan..tiap2 bulan saya akan membeli buku, menghadiri seminar…untuk mengekalkan motivasi..buku agama saya beli gak..ilmu gak

  22. Pada pendapat saya, tak kira berapa banyak wang yang telah/akan dikeluarkan untuk mencari ilmu…tetapi kebanyakan dari kita lebih menghargai ilmu yang dipelajari menggunakan duit poket sendiri. Ilmu yang boleh didapati secara percuma biasanya acuh tak acuh saja…. tapi bagi yang benar-benar menghargai ilmu… tidak kira samada percuma atau terpaksa keluarkan duit sendiri… kedua2nya adalah berharga!

  23. sekarang saya mengikuti English for Adults & untuk sampai ke Level ADVANCED, memerlukan 2 tahun. saya juga ingin menguasai bahasa Mandarin. Masalahnya ialah masyarakat sekeliling yang sering mempersoalkan kenapa saya perlu ke kelas B.Inggeris sedangkan mereka mengatakan penguasaan B.Inggeris saya baik. mereka mengatakan merugikan duit untuk belajar sesuatu yang saya dah kuasai…sedangkan saya ada target. selepas 2 tahun, saya ingin buat
    ‘home tution’ kerana merasakan ia boleh mendatangkan pendapatan tambahan.saya perlukan saya cukup ‘bekalan’ sebelum mengajar,memandangkan saya bukan lulusan perguruan.
    Bagi saya, persepsi masyarakat sekeliling perlu di ubah. Mereka harus sedar & tahu yang menuntut ilmu itu juga 1 ibadah.

  24. Bertanya Rasulullah kepada Ali Abu Talib. “Yang mana lebih berharga? Ilmu atau harta?” Lalu Ali menjawab…”Ilmu, ya Rasulullah”.

    Rasulullah bertanya lagi,”Yang mana lebih berharga? Ilmu atau harta?” Lalu Ali menjawab…”Ilmu, ya Rasulullah”

    Rasulullah bertanya buat kali ke-3,”Yang mana lebih berharga? Ilmu atau harta?” Lalu Ali menjawab…”Ilmu, ya Rasulullah”

    Jawapan Ali ini menunjukkan ilmu sebenarnya lebih berkuasa daripada harta. Seraya Rasulullah bersabda, “Aku lah bandar atau puasat ilmu dan Ali ialah pintunya”

  25. Assalamualaikum

    Saya student lagi (taking TESL), memang dah time saya mostly untuk mencari ilmu tapi untuk spend more money on extra courses at the moment tak mampu lagi tapi dari masa ke masa saya suka menjenguk blog IK sebab byk juga ilmu saya dapat – trying to make good use of the sources available around me I guess.

    Teringat saya ketika menunggu keputusan STPM dulu, saya terlihat iklan mengenai krusus2 untuk usahawan anjuran MECD. Apabila diajukan kepada parents saya, mereka tak membenarkan. Setelah dipujuk2 pun tak dapat. Sedih tau! Tapi takpe, azam saya untuk habiskan pengajian saya dan bekerja so that I can use my own money to pay for courses.

    Apa2 pun, I’m willing to spend for knowledge if i can afford it (kalau ada kehendak tapi takde kemampuan, maka permintaan takde :D)

    Wallahua’lam…

  26. Teringat dulu waktu habis semua duit gaji untuk belajar… tinggal untuk duit minyak motor jer untuk ulang alik g menuntut ilmu… kesiaannnn…

  27. saya setuju..saya suka majlis ilmu..saya gitu gak. suka g bengkel kewangan.lebih lebih lagi majlis yg boleh jana RM. Status kerjaya adalah cabaran bagi sy utk dpt income lebih.Pangkat tinggi tapi, poket kosong. Status rendah tp FULUS mania..Itu penting buat zaman sekarang.takpandang dah apa baju yg dipakai, tapi, duit duit..lambang keharmonian rumahtangga..segalanya duit.

  28. betul..semakin kita rapat dgn buku, semakin kita berilmu. buku bukanlah barang perhiasaan tetapi sebaik2 barang perhiasan di rumah ialah BUKU.

Leave a Reply

Your email address will not be published.