Nikmatnya 9/10 Rezeki dalam Perniagaan… KITA TAK TAHU!

9 tahun berlalu menyampaikan ilmu di sini, dan hari ini, secara rasminya, papan tanda syarikat saya IKSB diturunkan. Sad face! 

Jika anda sudah baca buku terbaru saya, pastinya anda tahu bagaimana perniagaan saya dan strategi saya kembangkan IKSB sehingga hari ini dengan modal yang minima. Dengan bermula dengan hanya 1 unit shoplot, kemudian setahun kemudian tambah unit yang ke dua… ketiga dan akhirnya 4 unit.

Kalau anda belum dapatkan buku biografi perniagaan saya yang menceritakan kisah dan strategi saya sejak 20 tahun lalu, dapatkannya SEKARANG di www.9dari10.com 🙂

Hari ini, logo merah besar IKSB (Irfan Khairi Sdn Bhd) diturunkan…

… dan akan akan diletakkan di tempat baru, 10 minit dari lokasi ini!

Tempat yang baru, lebih besar, lebih selesa dan lebih high end. Tak sabar untuk saya kendalikan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di tempat baru beberapa hari sahaja lagi!

Tetapi apa yang ingin saya kongsikan dengan anda adalah…

Adakah 9 tahun lalu saya tahu perniagaan saya akan berkembang ke tahap kini? Dan berpindah ke pusat latihan yang lebih high end?

Adakah saya tahu perniagaan online yang saya mulakan 20 tahun lalu dapat berjaya hingga hari ini?

Adakah saya tahu 3 tahun lalu apabila memulakan perniagaan di Dubai, perniagaan di Dubai juga berkembang maju?

Jawapannya…

TIDAK.

Saya TIDAK TAHU semua ini akan terjadi. Rezeki perniagaan yang tidak diduga Allah SWT.

Bagaimana saya hendak tahu? Bukannya kita boleh baca masa hadapan kita kan?

Hari ini apabila turunnya signboad IKSB dari pusat latihan saya di Mutiara Damansara teringat saya ketika hari signboard itu dinaikkan 9 tahun yang lalu.
Saya tidak tahu perniagaan saya akan berkembang sehingga hari ini sehingga ke global. Syukur Alhamdulillah.

Tetapi, sering saya dengar keluhan orang ramai. Lebih-lebih lagi mereka yang baru nak mulakan perniagaan.

“IK, apakah guarantee/jaminan perniagaan saya akan berjaya?”

Bagaimana saya nak jawab?

Diri saya sendiri pun saya tak tahu perniagaan saya akan berjaya atau tidak. Rezeki Allah SWT kita tak tahu.

Tetapi, saya terfikir juga. WHAT IF 3 tahun lalu saya tak berani mulakan perniagaan di Dubai? WHAT IF 9 tahun lalu saya takut untuk mulakan IKSB di Mutiara Damansara. WHAT IF…. 20 tahun lalu saya tidak mulakan perniagaan online?

Jawapannya, SAYA TAK TAHU JUGA.

Dan inilah nikmatnya apabila kita berusaha dan berserah kepada rezeki Allah SWT. Kita yakin dengan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita. Walaupun kita tidak tahu apakah yang kita akan dapat.

Dalam saya tak tahu berjaya atau gagal dalam perniagaan, dan perjalanan saya itu, saya rasa nikmatnya kerana berserah dengan penuh kesyukuran apa yang saya capai dan rezeki yang bakal dianugerahkan pada saya.

Tutup IKSB Mutiara Damansara, dan berpindah ke tempat baru adalah satu lagi rezeki yang saya dapat kongsikan bersama team saya dan juga pelajar2 saya.
Dalam kejayaan, kita tidak akan tahu rezeki yang akan datang. Ianya tiada guarantee atau jaminan.

Yang penting sentiasa berdoa, kuat berusaha setiap masa, ikhtiar sebaik yang mungkin untuk mencapai matlamat dan bertawakal rezeki yang InshaAllah akan datang pada kita juga.

Jika anda ingin memulakan perniagaan online anda yang pertama atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, sertai saya di www.OpenEducation.com.my. Program akan bermula beberapa hari sahaja lagi!

Tempat baru yang lebih luas, lebih selesa dan lebih high-end!

Ada rezeki kita jumpa di sana!

-Irfan Khairi
Dubai, UAE

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.