Tak tahu nak mulakan perniagaan apa? Lakukan apa yang anda minat!

Pada hari AHAD lepas, saya telah mengendalikan program di KUALA LUMPUR. Lebih kurang 24 jam kemudian hari ISNIN, mengendalikan program di DUBAI pula!

Penat tak? Memang PENAT!

Tetapi suka tak? SANGAT SUKA!

Bila kita lakukan apa yang kita suka, pastinya kita akan hilang rasa penat. Hati akan rasa puas, dan jiwa pun akan rasa segala-galanya adalah sangat berbaloi. Pernah tak anda alami keadaan seperti ini?

Kerja penat-penat, tapi kita rasa sangat puas!

Tapi di sebaliknya pula, ada antara kita kerja penat-penat, tetapi semakin hari semakin stress dan murung. Umpama kerja harian memakan diri sendiri. Terasa seperti “robot” yang buat kerja sama sahaja setiap hari dari pagi sampai lah petang. Tidak merasa puas dalam hati, tetapi, rasa kerja itu “terpaksa” dilakukan.

Namun, inilah yang dialami oleh ramai orang disekeliling kita. Tahukah anda, terdapat laporan mengatakan bahawa keadaan sakit jantung lebih kerap terjadi pada hari Isnin?

Mengapa begitu? Mungkin kerana hari Isnin adalah hari mula bekerja selepas hujung minggu!

Jika ditanya soalan pada saya, perniagaan apa yang patut kita mulakan? Jawapan saya tidak pernah berubah dari dulu hinggalah hari ini. Lakukan apa yang anda minat.

  • Melakukan apa yang kita minat, kita tidak akan rasa penat walaupun kita lakukan dari pagi sampailah ke malam.
  • Melakukan apa yang kita minat juga, jika kita gagal berkali-kali, kita akan melewat-lewatkan putus asa.

Melakukan apa yang kita minat, kita akan rasa kepuasan yang tak terhingga!Apabila saya membaca buku biografi usahawan-usahawan yang berjaya, kesemuanya mempunyai satu persamaan. Persamaannya adalah mereka melakukan sesuatu yang mereka minat.

Begitu juga dengan saya.

Menjalankan perniagaan di dua benua, bukanlah perkara yang mudah. Tetapi alhamdulillah, ianya dipermudahkan oleh kerana saya melakukan kerana minat.

Dan inilah “zone” yang anda perlukan untuk berjaya dalam apa sahaja yang anda lakukan sama ada berniaga atau bekerja.

Inilah yang anda dapat lakukan jika menjalankan perniagaan sendiri, walaupun dari rumah, walaupun bermula kecil. Anda mempunyai “Freedom of choice” membuat pilihan apa yang anda nak lakukan untuk menjana pendapatan, dan “Freedom of time” dapat luangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri dan bersama keluarga.

Tarikh pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini telah DIBUKA. Ramai yang berebut untuk daftar awal oleh kerana bukan sahaja saya belanja makan, tetapi juga akan dapat pemberian percuma bernilai RM3,900 (Semua produk digital saya)!

Tarikh pengambilan baru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial ditetapkan. Dan untuk lokasi training center kami yang *BARU* di Oval Damansara, tempat adalah TERHAD dan EKSKLUSIF.

Dapatkan maklumat lanjut di sini dan lakukan booking segera. KLIK DI SINI.

Irfan Khairi
Dubai, UAE

PS: Jika anda ingin tahu tip dan strategi bagaimana caranya saya kembangkan perniagaan dari one-man show (SOLOpreneur) dan membawa perniagaan saya ke global (GLOBALpreneur) sepertimana saya lakukan di atas, dapatkan jawapannya di www.9dari10.com. Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.