Tue 9 Oct 2007
Kita masyarakat Malaysia agak sensitif apabila dikritik. Bila dikritik sahaja, sering kita hendak melenting dan membalas balik. Kalau tidak pun, apabila dikritik, semangat dan motivasi diri hilang! Maksud saya adalah kritikan berunsur negatif…
Sememangnya semua yang ingin kejayaan dan mengejar kejayaan tidak akan lari daripada dikritik- SEMUANYA! Termasuk diri saya sendiri
![]()
Namun, apabila dikritik negatif, jauhkan dari melenting, membalas atau menjatuhkan motivasi dan semangat anda. Apa yang sering saya lakukan dan apa yang anda patut lakukan adalah…
Tanya, siapa yang mengkritik? Apakah niat mereka? Apakah permata yang dapat dicungkil?
- Adakah yang mengritik berpengalaman?
Contoh, sekiranya keluarga anda mengkritik anda memulakan perniagaan (sering kali saya dengar masalah ini), tanya pada diri sendiri.Adakah keluarga anda berpengalaman untuk mengkritik dalam bidang ini? Adakah mereka menjalankan perniagaan yang berjaya? Sering kali keluarga yang mengkritik sekiranya anda ingin memulakan perniagaan adalah mereka tidak pernah memulakan perniagaan.
Oleh itu, kritikan mereka tidak harus menjatuhkan semangat anda. Dalam erti kata lain, mereka tidak berpengalaman memberi kritikan dalam bidang ini.
Mungkin juga kritikan mereka adalah akibat pengalaman daripada gagal dalam perniagaan sebelum ini. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan kritikan tersebut.
- Apakah niat kritikan tersebut
Sekiranya anda sedang sibuk mengejar kejayaan, dan seseorang (yang anda tidak kenali) menghantar email mengkritik anda (ini pun masalah saya sering dengar), tanya pada diri sendiri adakah mereka berpengalaman dan berkelulusan memberi kritikan dan apakah niat mereka?Selalunya, yang menghantar email, anda tidak akan mengetahui qualification mereka, oleh itu, di situ sahaja anda boleh ambil keputusan untuk mengabaikan kritikan tersebut.
Sekiranya kritikan adalah melulu dan negatif, mungkin niat mereka hendak menjatuhkan semangat anda supaya anda berhenti daripada berusaha- sering terjadi apabila sesetengah pihak iri hati dengan kejayaan anda. Jadi, usah di layan.
- Cari permata di dalam kritikan
Dalam apa sahaja kritikan, terdapat permata yang boleh memotivasikan anda. Sekiranya kritikan adalah seperti contoh (1) di atas, maka, gunakan kritikan tersebut untuk anda pelajari lebih mendalam tentang perniagaan supaya anda dapat menjadi hebat dalam perniagaan dan buktikan pada keluarga bahawa memulakan perniagaan adalah pilihan anda yang tepat!Sekiranya seperti contoh (2) di atas, gunakannya sebagai satu pembakar semangat anda atau “survival instict” di mana ia akan memotivasikan anda lebih banyak lagi. Ingat, sekiranya anda di kritik, menunjukkan anda sedang keluar dari kepompong kesederhanaan!
Kita tidak boleh mengawal kritikan orang lain terhadap kita. Tetapi, ianya terpulang pada kita untuk menerimanya atau tidak atas 3 pertimbangan di atas. Anda pertimbangkan sendiri- pilihannya di tangan anda!
… pernah saya tulis sebelum ini untuk anda maafkan sahaja mereka yang mengkritik anda. Tidak perlu balas
Maafkan sahaja kerana ianya akan menghilangkan rasa marah anda, dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang & terbilang!
Sebut tentang maaf…
ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca-pembaca Tip Satu Minit yang beragama Islam. Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga dan juga Krew Rahsia Internet!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


October 9th, 2007 at 9:16 am
pepatah arab ade berkate :
“UNZUR MA QAL, WALA TANZUR MAN QALLA”
maksudnya : LIHAT APA YANG DI KATA, JANGAN LIHAT SIAPA YANG BERKATA.
manusia saling memerlukan di antara satu sama lain, sama juga seperti tumbuh2an yang saling bergantung dengan tumbuhan yang lain.
berfikiran terbuka, hilangkan rase ego, setiap teguran lihat ape yang di perkatekan jangan perjelaskan ‘SITUASI KRITIKAN’ itu sendiri …
waalahua’lam
October 9th, 2007 at 10:35 am
Kalau nak kritik pun, biarlah berilmu.Dari gaya pengkritik tersebut pun kita tau samda orang tersebut memang tahu apa yang dicakapkannya atau tidak.
Kita cuma fikir samada apa yang dikatakan tersebut adakah “fakta atau Auta” (macam pernah dengar je ayat ni…hehehe)
Selamat Hari Raya ! Raya kat mana tahun ni?Seremban jugak ke?
October 9th, 2007 at 10:53 am
Kritikan yang berunsur nasihat bolehlah kita terima, tetapi kalau ada kritikan yang diberikan seperti cacian & menghina takkan hendak kita biarkan sahaja. Kita kena defend diri kita juga. Orang begini boleh kita anggap sebagai dengki atau ‘envy’. Kalau kita orang penyabar kita senyum kat dia dan kemudian blah tinggalkan orang macam tu. Betul tak ?
October 9th, 2007 at 10:58 am
Kritik-kritik gak, tapi biarlah yang membina. Jangan 100% nampak keburukan. Pada saya, siapa yang nak kritik biarlah disusuli dengan jalan penyelesaian. Tak der la main kritik je..Macam terjadinya kes bola. FAM kena hentam teruk, but tak ada yang kritik n then give them solution..Sooo pity…
October 9th, 2007 at 11:51 am
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada Irfan Khairi dan keluarga serta krew Rahsia Internet.Teruskan usaha & perjuangan anda pedulikan saja kritikan-kritikan yang negatif.
October 9th, 2007 at 12:30 pm
Saya juga ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada Tuan Irfan, keluarga dan krew serta semua pengunjung di sini
Kritikan, cari yang lemah perbaikinya.
Sedih itu mesti ada punya.
Zamri Mohamad
www.zamrimohamad.com
October 9th, 2007 at 1:19 pm
betul apa yang cakap..
saya pun pernah dikritik oleh keluarga sendiri, mereka takut saya tak berjaya dan menanggung beban rugi, sedangkan saya percaya dengan apa yang saya buat.
Adakah mereka memahami apa yang sedang kita fikirkan?
Ternyata tidak dan keputusan dan kejayaan ada ditangan kita sepenuhnya.
October 9th, 2007 at 3:41 pm
huh…tips yang manarik …
betul sangat tu…
maafkan je mereka tu…
hati kita pun tenang…
han
October 9th, 2007 at 6:58 pm
Asskum Irfan…
Tq di atas tip hari ni. Sy akan jadikan amalan, insyaallah!
Ya sama2 Irfan, selamat hari raya aidil fitri & maaf zahir batin kpd Irfan & semua yg membaca tip 1 minit ni.
Ps: Irfan, ada buat rumah terbuka ke untuk kami semua pd hari raya nanti?…:-)
October 9th, 2007 at 7:57 pm
Bertahun-tahun dulu…tiada siapa yang peduli dengan apa yang saya lakukan tetapi kini, ramai betul yang mengkritik, menghina dan cuba menjatuhkan saya…
Apa yang saya belajar dari Irfan Khairi ialah,
“Apabila apa yang kita usahakan sekian lama akhirnya dikritik hebat, itu bermakna kita sudah mulai berjaya!”
Selamat menyambut Aidil Fitri, Salam Sejahtera Cinta, semuga kita semua menemui kebahagiaan yang sejati.
October 9th, 2007 at 10:47 pm
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya untuk dan seisi keluarga, serta rakan2 yg mengikuti blog ini
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
October 10th, 2007 at 8:08 am
btol tu tips harini.saya setuju sangat2.Saya pernah lalui situasi ini tapi saya kuatkan semangat dan pedulikan apa orang kata..
dikesempatan ini saya nak ucapkan kepada sume
SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI MAAF ZAHIR BATIN
October 10th, 2007 at 9:28 am
Kita biasa la kritik suka sangat.. kononnye kritikan membina la.. tapi bila kena kritik membina pulak, mulalah muka merah padam.. mare la tu,tidak kira kritikan tu bagus or tidak bagus.. biasa la jarang sangat orang suka tentang benda2 negatif terhap diri kita .
Sebab tu ramai orang masih join skim cepat kaya sebab komen bagus2 untuk diri diorang tu..
P/s :- Selamat Hari Raya… kepada dan semua pembaca..
__________________________
www.adrianiamri.blogspot.com
October 10th, 2007 at 9:58 am
Assalamu’alaikum…. Semoga sekeluarga dan semua pembaca diberkati Allah SWT. Memang telah menjadi rutin harian saya membaca tip dari Irfan dan komen2 dari pembaca. Baru sekarang tergerak nak menulis. Apa yg berikan sangat baik dan memberi peransang kepada saya.
Terima kasih dan Selamat Hari Raya kepada semua dan Maaf Zahir Bathin.
Zaini Abdul Rahman
October 10th, 2007 at 10:30 am
Hidup ni memang takkan lari dari kritikan, terutamanya kritikan yang negatif. Bila kita mula melangkah pasti ada yang cuba menghentikannya. Mungkin adat manusia tidak mahu orang lain lebih atau berjaya darinya.
In fact, tak semua orang boleh duduk diam bila menerima kritikan. Betul tak ? Hanya orang yang kuat saja yang mampu mengawal diri mereka. Oleh itu kita jika kita ingin berjaya, kita juga perlu menyiapkan diri untuk menjadi orang yang kuat menerima kritikan yang kurang membina ni dan ambilnya sebagai pembakar semngat untuk kita semakin yakin untuk melangkah!
;0
October 10th, 2007 at 12:49 pm
Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Dan Batin kepada Irfan sekeluarga dan juga kepada semua pembaca blog ini dan juga pembaca blog saya tu
October 10th, 2007 at 10:44 pm
selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada irfan sekeluarga,crew dan kepada semua bijak pandai pembaca blog ini.
October 10th, 2007 at 11:24 pm
Semoga terus berjaya, maaf zahir batin selamat hari raya.
www.hanafionline.com
October 12th, 2007 at 3:23 pm
salam wbt..
uuuwaaaaaa awal2 pagi dah kene kritik…kaw2 punyer..
takpelah dah memang lumrah manusia begitu,yang penting kita tahu bagaimana keadaan diri kita, dengan siapa kita bersahabat, siapa mentor kita, siapa rangkaian kita, dimana pasaran kita (client), apa kelebihan kita,
dan yang paling utama ialah hubungan kita dgn Allah swt.
faktor kewangan (tolak tepi)… we can manage the finance later on.. get the ‘job’ 1st
Bro Azahari:memang betul.. biar hanya yang arif sahaja mengkritik apa yg kita lakukan, so pandai2 le kita kontrol emosi bila berhadapan dgn org2 yang kurang arif.
Bro Razzi Rahman: “Apabila apa yang kita usahakan sekian lama akhirnya dikritik hebat, itu bermakna kita sudah mulai berjaya!”…saya baru tau tips yg nih..ooo daripada sifu rupenye..
hehe tenkiu
Fitra Alfina you were right…manusia yang bijaksana ialah manusia yang mampu mengawal emosinya (EQ) .. (kata2 Khulafa Ar’Rasyidin)
dah lame beno teman tak komen blog…..
selamat hari raya & maaf zahir batin…
October 15th, 2007 at 1:40 am
nak komen pasal kritikan,emmm dalam dunia ini klu seseorang itu menangani kritikan dengan satu niat untuk membantu dirinya jadi org lebih hebat hasil dari kritikan.Itu Tuhan sengaja menguji kita macamana nak berdepan dengan manusia secara batiniah selepas kita sibuk berdepan dengan keindahan dunia yang menjanjikan neraka.ooops sori terkasar.maklumlah belum pergi ke angkasa……lemah lagi.
June 15th, 2010 at 1:13 pm
Sy setuju dengan saudara ..sy pun pernah dikritik secara personal attack..nampaknya yg mengkritik tu mcm berasa bangga setelah mengkritik sy sbb konon2nya telah ‘berani’ sound depan2..tp sy hanya mengangguk dan diam..kerana kata nabi, diam itu lebih selamat..walau yg dikatakan itu mungkin betul, tp nada suara, gaya percakapan dan lirik mata sipengkritik tersebut memberitahu sy yg ianya mungkin tidak ikhlas dari hati..Bagaimana menghadapi org yg sebgini? bersabar dan mengelak dari berjumpa dengan mereka adalah cara terbaik.
sy ada terbaca dlm satu article tak lama dulu (maaf xingat siapa penulisnya)..bunyinya lebih kurang begini ” if u are ready to critic some of yr friends or people around u, u might have to get ready to lose some or all of them..and those who still remain with u, might be those who could afford to IGNORE yr critism..” …jika kita jenis yg cepat atau suka mengkritik org ..di saat2 kita tidak sabar2 lg untuk mengkritik,cepat2lah berkata pd diri kita, “SABAR..SABAR..mungkin dia jauh lebih baik dr aku dlm banyak perkara lg..”
July 13th, 2011 at 3:10 pm
Manusia penting diri sendiri dan lebih suka melihat orang gagal daripada berjaya, mereka ini akan memberi kritikan negatif dan pedas! Biasanya orang yang memberi kritikan positif adalah orang yang dekat dan menyayangi kita contohnya ibu kandung sendiri..