Sijil-sijil di dinding – pembakar semangat

Selalu saya ke klinik, hospital, pejabat doktor, pastinya di bilik doktor specialist tersebut berbagai-bagai sijil didalam frame. Sijil-sijil pencapaian/penddikan tersebut adalah untuk berikan keyakinan kepada pesakit/pelanggan (doktor juga buat bisnes ya) doktor tersebut.

Selain daripada itu, sijil-sijil yang dalam frame juga membantu menaikkan semangat dan motivasi doktor tersebut atas pencapaiannya sebelum ini!

 certwall.jpg

Satu teknik motivasi adalah dengan kita mengingatkan kembali pencapaian-pencapaian kita sebelum ini. Apa yang kita boleh buat adalah, framekan sijil-sijil pencapaian kita dan letak di dinding tempat kita boleh lihat. Atau sediakan rak untuk letakkan pingat atau pemberian penghargaan kita.

Tak kira la, tak semestinya sijil pendidikan dan pencapaian yang tinggi sahaja. Kalau dulu-dulu kita menang pertandingan lumba lari… mewarna… tulisan khat, atau apa sahaja pencapaian mengikut peringkat umur kita, ia boleh dijadikan pembakar semangat bahawa satu masa dulu, kita pun boleh mencapainya. Why not now?

ps: Teknik ini jga boleh digunakan untuk gambar-gambar pencapaian kita atau apa sahaja sebagai peringatan yang kita pernah mengalaminya! 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Sijil-sijil di dinding – pembakar semangat

  1. Ada orang simpan dalam fail sahaja. Lebih baik buat frame dan letak di dinding. Kalau di rumah, ia bukan sahaja membakar semangat kita mungkin juga semangat ahli keluarga yang lain.

  2. Btul IK!
    Saya pun mase selak semula fail sijil sy utk interview kerja, pun ade rase bermotivasi sikit lepas tgk kembali kejayaan sy di masa2 lepas…

  3. setuju sangat2! tapi biarlah sijil yang dipaparkan itu ada kena mengena dengan bidang kerjaya kita sekarang. kalau kita berjaya sebagai doktor, jangan pula sijil johan bola tampar diframe sekali. bukan tak boleh, tapi tak sesuai. kalau tempek kat dalam bilik atau rumah, ok la. bagi motivasi kepada diri sendiri.

  4. InsyaAllah akan cuba praktikkan teknik ini. Terima kasih atas tips yang bermanfaat. Walaupun ianya selalu kita nampak di depan mata, kita sering terlepas pandang tentang pencapaian kita yang lalu. Kita sering terlupa yang kita sebenarnya hebat juga seperti orang lain. Tiada yang kurang. =)

  5. wow,ini lah rupanya blog IK yang tip top tu je.baru berjumpa disini..hehe..tapi sijil2 ZouL bnyk ilang dan tak tau letak mana lah..rugi2 huhu

  6. slm sy nk tnye..hari tu sy ade hadir mase en irfan buat mini seminar,tp sy terlepas ambil no contact en irfan,sbb sy nk bkak bisnes internet n nk dptkn tips2 from u..can u plz reply to my mail?

  7. Saya setju dengan IK dalam hal ni. biasanya orang lebih suka letak frame gambar2 family kat dinding tapi letak sijil2 dalam fail je. apa kata kita terbalikkan situasi ni, kita frame sijil2 kat dinding dan letak je gambar2 family dalam album.

  8. Memang setuju sangat.

    Now tengah cari balik semula semua sijil – sijil yang attend seminar IK since 2009 until now untuk diframekan. Rasanya ada lebih 10 sijil kesemuanya sejak menceburi bidang IM ni..

  9. betul IK…selalunya benda yg selalu kita tengok hari-hari boleh memberi motivate untuk kita lebih rajin dan berusaha mencapai matlamat yg kita inginkan…seperti dlm video “THE SECRET”,keinginan kita menjadi kewajipan untuk alam semesta tunaikan..

  10. Benar. Kita cenderung menumpukan kegagalan yang lepas dan merendahkan-rendahkan (play down) kejayaan-kejayaan terdahulu. Dengan menggantung sijil-sijil sekurang-kuranganya mengingatkan kita tentang kejayaan kita supaya kita lebih yakin dan bersemangat untuk lebih berjaya.

    Satu lagi cara berkesan ialah dengan mencatat setiap pencapaian kita setiap hari walaupun kecil mana. Lama kelamaan kita dapat lihat yang sebenarnya kita boleh mencapai banyak perkara. Ini juga boleh menambah keyakinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.