Nak kata keluarga saya mempunyai latar belakang perniagaan, pastinya tidak kerana ketika saya kecil, ayah bekerja dan ibu surirumah. Saudara mara terdekat juga tiada yang merupakan ahli perniagaan.
Jawapan kepada soalan ni lebih kepada apa yang saya TIDAK MINAT yang membuatkan saya mulakan perniagaan.
Mungkin anda seperti saya juga…
1. Saya tidak berminat untuk kerja dengan orang
Sejak dulu lagi saya selalu fikirkan saya tidak berminat untuk kerja dengan orang. Ada yang kata oleh kerana saya anak yang tengah (ada abang dan adik), anak yang tengah suka melakukan perkara yang pelik dan berlawan.
Saya sejak dulu tidak suka bekerja dengan orang. Lebih suka jika saya dapat kerja untuk diri saya sendiri. Ini lah sebab utama saya ingin mulakan perniagaan.
2. Saya tidak minat untuk pergi kerja pagi dan balik petang waktu pejabat
Melihat ayah saya yang sungguh rajin bekerja satu ketika dulu, setiap hari ke pejabat (bekerja dengan kerajaan) dari pagi sampai petang, saya kurang minat dengan karier sebegitu. Semestinya tidak salah malah bekerja atau berniaga adalah usaha yang mulia, cuma hanya sekadar minat saya sahaja.
Saya lebih minat kepada “freedom of time”. Memang berniaga memerlukan usaha dan waktu, adakalanya lebih banyak waktu yang diperlukan berbanding dengan kerja makan gaji – berniaga ni tak kenal pun cuti atau public holiday!
Tetapi, prospek dapat kerja mengikut masa sendiri dan pilihan sendiri, menarik minat saya untuk menjalankan perniagaan.
3. Saya tidak minat dengan pendapatan terhad
Saya lebih berminat kepada prospek, lebih kuat dan banyak berusaha, lebih tinggi pendapatan perniagaan. Pendapatan bukan bergantung kepada masa tetapi bergantung kepada usaha. Lagi kuat saya berusaha, lebih tinggi pendapatan.
Oleh itu, kerja makan gaji bukanlah menjadi pilihan saya.
Walaubagaimana pun, selepas saya graduate dari universiti, saya tetap kerja makan gaji juga untuk beberapa tahun.
Sebabnya, tiada pilihan. Maklumlah, dalam mulakan perniagaan pastinya terdapat pelbagai risiko. Oleh itu, saya bekerja makan gaji 2 tahun di sebuah syarikat sambil menjalankan perniagaan separuh masa.
2 tahun kemudian, apabila pendapatan perniagaan adalah lebih dari pendapatan kerja, barulah saya dapat fokus kepada perniagaan sepenuh masa.
Ramai yang tanya, patutkah kita berhenti kerja untuk mulakan perniagaan.
Jawapan saya pastinya TIDAK!
Cari ilmu dan pengalaman dulu. Mulakan perniagaan separuh masa terlebih dahulu. Kerja makan gaji sememangnya memberi sekuriti yang lebih baik dan mengurangkan risiko.
InsyaAllah bila lebih yakin dalam perniagaan dengan ilmu dan pengalaman, barulah ambil keputusan untuk berhenti kerja. Itupun jika berminat – seperti saya!
Ingin saya bantu anda mulakan perniagaan? Klik di bawah…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021