Mon 3 Aug 2009
Apa itu Buzz Marketing?
Buzz Marketing adalah apabila tersebarnya berita perniagaan/trend kita dengan cara automatik secara meluas.

Sebagai contoh, seorang pemuda sedang mendengar iPodnya di perhentian bas. Sorang lagi pemuda bertanya… “Eh.. ipod ni yang latest kan? Berapa lagu boleh masukkan?” Pemuda tu pula menjawab, “Boleh muatkan 5,000 buah lagu… bukan tu je, nak tengok video & masuk Internet pun boleh. memang best iPod ni!”
Itu adalah asas Buzz Marketing. Pemuda yang bertanyakan tu mendapat info, dan barangkali akan sebarkan informasi tu pada kawan-kawannya yang lain… “Eh, iPod terbaru ni boleh muatkan 5,000 buah lagu dan boleh mainkan video serta masuk Internet lagi!”
Buzz Marketing boleh juga dikatakan seperti Word of Mouth, tetapi ianya lebih kepada sesuatu “trend” yang membolehkan promosi tersebar secara automatik…
Antara contoh berlakunya Buzz Marketing seperti:
- iPod
- Yo-yo
- Jam Swatch
- Motorola Razr
- Transformers the movie
- … dan banyak lagi
Bagaimana hendak menciptakan buzz? Jawapannya- produk atau perniagaan anda perlu mempunyai elemen “cool”
![]()
Boleh kah anda namakan lagi produk/perkhidmatan/perniagaan yang tersebar secara Buzz Marketing?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


August 3rd, 2009 at 3:34 pm
Social technology..it is
August 3rd, 2009 at 5:09 pm
Boleh tak kalau diibaratkan sebagai pasaran umpatan iaitu daripada perkataan mengumpat. Ia mudah tersebar…itu pandangan saya
August 4th, 2009 at 2:47 am
IK apa beza buzz marketing ni dengan viral marketing lak? Contoh buzz ni macam bisnes kedai makam atau restoran.
August 4th, 2009 at 8:08 am
Viral marketing = Word of mouth. Buzz Marketing sebahagian daripada viral/word of mouth…
Kira macam satu keluarga, tapi Buzz macam “anak” la… sebab ianya sering terjadi pada “trend” dan sesuatu yang “cool”
-ik
August 4th, 2009 at 9:24 am
Yup, sesuatu yang ‘cool’ sememangnya biasa menjadi bualan ramai. Contohnya cam servis SMS Reload yang saya gunakan..memang cool, topup segala jenis prepaid hanya guna sms jer..
“Saya top up prepaid guna SMS jer..awak?”
“Eh, saya dengar awak ada jual
topup..betul ke? Saya tengah ‘urgent’ ni
nak guna..kedai hp tutup plak.”
“Saya dengar kawan awak tuh leh topup guna SMS jer, leh topup bila2 masa & dimana saja. Camner dia buat ek?”
Walaupun hanya cakap mulut, jika servis mahupun produk tuh sesuatu yang ‘cool’ dan baru. Mudah tersebar umpama virus..tapi bukan H1N1 yer..haha..
August 4th, 2009 at 2:08 pm
dr,sy student ekonomi di uia..
sy bru student utk sem 1..
jd byk g yg sy xtahu tntg business ni.
sy nk tanya,buzz marketing ni,mknenyer kita kena cuba hasilkan satu produk yg lain drpd yg lain dan jadikan ia satu trend..betul kn.?
August 4th, 2009 at 3:18 pm
tak semestinya lain drp lain… contoh, jam tangan bukan baru. tetapi swatch berjaya ciptakan trend
ubah sesuatu sedia ada pun boleh jadi buzz… janji cool
-ik
August 4th, 2009 at 3:47 pm
janji cool
August 4th, 2009 at 7:41 pm
- gameboy
- Ben 10
August 4th, 2009 at 8:00 pm
cool info…
:)
August 4th, 2009 at 10:46 pm
hypermarket yang baru nak buka pun ada guna buzz marketing atau jualan hebat di akan diadakan tak lama lagi di sesebuah pasaraya.
August 5th, 2009 at 11:20 am
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Seperti juga “jom kena kopi..”
boleh sihat, kaya, bahagia?…..
August 5th, 2009 at 12:00 pm
Yang tersenarai menggunakan Buzz Marketing..
- PS 2
- Upin & Ipin
- Rich Dad Poor Dad
- ebook Mentor Jutawan
- Worksyop Jutawan Internet
August 5th, 2009 at 1:41 pm
customer kena betul2 puashati dengan kualiti produk/service tu,barula ada positive word of mouth..free promosi ni
August 5th, 2009 at 10:54 pm
Salam,
Great info from IK….. Pasaran mulut ke mulut ni memang berkesan abis kalau kena caranya…. Produk kena lain dari yang lain, yang penting… UNIK…
August 8th, 2009 at 4:24 pm
TQ IK..
buku IK pon ‘cool’ jugak..
penuh warna warni dan sedap di baca..
August 8th, 2009 at 9:46 pm
saya pun cool… tu yang selalu dapat buzz marketing tu
-ik
August 9th, 2009 at 8:43 pm
Harap-harap satu hari nanti ada produk PakAjiLeha yang dapat Buzz Marketing…mmm…
August 10th, 2009 at 9:37 am
cerita MATRIX adalah satu contoh baik terjadinya buzz marketing. ketika itu, Keanu Reeves sebagai NEO, memang cool… cerita pun cool… pakaian pun cool… cermin mata hitam pun cool…
Terus jadinay buzz marketing dan menjadikan The Matrix antara film box office dunia
-ik
August 15th, 2009 at 11:18 am
hmmm…perkhidmatan tukang urut tradisional pun termasuk dalam buzz marketing kan??