Cara menarik pelanggan ke kedai menggunakan Internet

Sebentar tadi, saya ke kedai gunting rambut. Tiba masanya untuk potong rambut!
Tetapi, bukan itu yang saya ingin kongsikan…
Pemilik kedai gunting rambut tersebut adalah dari Mesir. Namanya Ahmed. Datang ke Dubai untuk mulakan perniagaan (seperti saya!). Kedainya, nak kata ramai orang, tidak. Nak kata tiada orang, tidak juga. Sama seperti kedai gunting rambut yang lain, ada waktu-waktunya.
Oleh kerana sering berkunjung ke kedainya, saya dan dia sudah seperti kenalan. Apa taknya, setiap kali gunting rambut, akan berbual sambil dia memotong rambut.
Beberapa bulan yang lepas, ketika saya melawatnya, sambil berbual-bual, beliau bertanyakan pada saya tentang cara promosi kedainya di internet. Maklumlah, beliau tahu saya mengajar cara meramaikan lagi pelanggan untuk perniagaan.
Ketika itu, nasihat saya adalah agak mudah kepada Ahmed. Iaitu, kedainya memerlukan laman web.
Seperti yang saya sangka, dia agak keliru. Katanya ketika itu, dia tidak menjual produk di internet. Dia menjalankan perkhidmatan. Adakah perlu laman web?
Saya kata sangat-sangat perlu. Kalau nak nak saya bantu, itulah langkah dia yang pertama.
Entah macam mana, bulan lepas ketika melawat kedainya, dia memberi tahu saya laman web telahpun siap. Dia tunjukkan pada saya. Katanya anak saudaranya di
Mesir buatkan. Dia pun penunjukkan laman webnya kepada saya.
Nak kata cantik tidaklah, tetapi, memadai dan mempunyai elemen-elemen asas sesuatu laman web untuk berjaya. Ketika itu (bulan lepas), dia bertanya lagi. Laman web dah siap… what’s next?
Oleh kerana saya tahu, dirinya bukanlah mesra IT, mungkin agak sukar untuk saya mengajar teknik dan cara online yang lebih advance. Tambahan, masa yang diambil untuk potong rambut adalah dalam 15-20 minit sahaja. Itulah waktunya untuk saya kongsikan tip perniagaan!
Bulan lepas, saya hanya kongsikan 1 tip sahaja. Yang paling mudah. 
Pastinya dia tidak memahami maksud reach di Instagram yang kini sudah jatuh lebih 70% (ertinya, kini lebih 70% followers anda di Instagram tidak akan NAMPAK PUN update anda). Untuk saya jelakan padanya juga mungkin akan mengambil masa yang lama. Fikir saya, tidak perlu faham pun.
Saya tunjukkan padanya bagaimana hendak melakukan geo targeting menggunakan instagram supaya orang ramai yang berhampiran dengan kedainya dapat menjumpai laman webnya. Sebab itulah penting laman web – untuk convert pelawat online menjadi pelawat ke kedai gunting rambut pula!
Apa yang saya sangat suka dengan Ahmad adalah, dia adalah seorang “do-er” (suka BUAT – “do”).
Dia akan buat apa yang di ajar. Tidak banyak soal, tetapi buat sahaja. Lebih-lebih lagi topik yang dirinya tidak faham.
Hari ini apabila berkunjung di kedainya, apabila berjumpa dengan saya, Ahmed senyum lebar.
Katanya…
“I got 20 new customers last week from the internet!”
Dan yang lagi bestnya, hari ini saya potong rambut secara PERCUMA- on the house!
Tidak kira apa sahaja perniagaan anda, sama ada menjual produk fizikal secara online, atau perkhidmatan yang memerlukan orang berkunjung ke kedai, atau apa sahaja model perniagaan anda, dengan menggunakan internet cara yang betul, pastinya ia akan membantu perniagaan anda.
Ada cara yang betul, ada cara yang salah.
Hanya menggunakan “INSTAGRAM” sahaja (seperti ramai antara kita) tidak akan berjaya kini, oleh kerana instagram sudah TEPU. Instagram memerlukan laman web kini!
Hanya mempunyai laman web tidak mencukupi, jika tidak tahu meletakkan “offer” apa untuk convert pelawat menjadi pembeli (atau pengunjung datang ke kedai).
Hanya mengetahui kaedah marketing sahaja juga tidak mencukupi jika cara itu tidak kena dengan perniagaan anda. Seperti Ahmed, saya sarankan “geo targeting” oleh kerana secara spesifik saya tahu ia akan membantu perniagaan gunting rambutnya.
Dan hasilnya… 20 pelanggan baru dalam masa 1 minggu. Itupun baru dapat nasihat dari saya sikit-sikit sahaja selang sebulan lebih.
Namun apa yang penting adalah, Ahmed adalah seorang “do-er”. Dia melakukan apa yang ditunjukkan. Setiap langkah satu persatu.
Ramai yang mempunyai ilmu, tetapi tidak mengimplimentasikan ilmu tersebut.
DOING adalah berbeza dengan KNOWING. Seperti Ahmed, walaupun dirinya tidak pandai IT, tetapi oleh kerana menggunakan teknik yang betul langkah demi langkah, ianya tetap memberi pulangan!
Anda seorang DO-ER dan ingin memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan anda? Sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial! Klik di sini untuk maklumat lanjut.
PS: OK tak rambut baru?
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.