IDEA akan HILANG!

Malam tadi saya tak boleh tidur.

Dalam pukul 2 pagi sehingga 5 pagi waktu subuh, kepala saya berpusing-pusing. Bukan kerana pening, tetapi kerana memikirkan bermacam-macam perkara. Lebih-lebih lagi mengenai perniagaan.

Terfikir tentang idea perniagaan baru, strategi perniagaan sedia ada, tentang perniagaan industri pelancongan saya yang terhenti akibat pandemik dan akan bermula semula tak lama lagi, dan macam-macam lagi.

Pernah tak anda alami keadaan sebegini? Bangun di tengah-tengah malam sehingga tak dapat tidur kembali kerana pelbagai yang bermain-main dalam kepala.

Pastinya pernah kan?

Apa yang saya lakukan adalah, tidak buang masa, terus bangun dan tulis kesemua idea-idea yang datang dalam buku nota.

Sesuatu idea itu akan hilang jika tidak ditulis. Bila dapat sahaja idea, kalau kita tak tulis, sejam dua kemudian pastinya kita akan lupa!

Sememangnya dalam buku nota saya ada pelbagai idea perniagaan dan strategi perniagaan. Bila ketandusan idea, saya akan rujuk semula buku nota idea-idea perniagaan saya ini.

Minda kita adalah seperti otot. Jika kita tidak exercise, maka otot juga tidak akan berkembang. Jangan harap sekali sahaja pergi ke gym, badan terus jadi “abang sado”. Pastinya tidak.

Ianya memerlukan dedikasi yang tinggi berbulan-bulan (mungkin juga bertahun) untuk jadi abang sado.

Samalah seperti mencari idea perniagaan dan strategi perniagaan.

Jika kita tidak “exercise” kan minda, fikir banyak idea dan strategi, pastinya minda kita juga tidak akan berkembang.

Kita akan rasa sangat sukar mendapat idea dan strategi perniagaan yang terbaik. Tetapi, jika kita selalu memikirkan idea, menulis idea, makin lama, makin mudah untuk kita dapat idea-idea yang lebih hebat!

Mula fikirkan idea. Lebih kerap, lebih bagus. Nanti, anda juga akan mendapat idea yang terbaik untuk perniagaan anda setiap masa.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, tetapi TIDAK ADA IDEA nak mula di mana dan IDEA nak jual apa?

Sertai webinar PERCUMA bersama saya di sini: www.NakJualApa.com di mana saya akan kongsikan bagaimana caranya mencari idea perniagaan terbaik dan mulakan idea tersebut dari kosong.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.