Jutawan Gawat! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Jutawan Gawat! (Bahagian 1)”]

Mulakan perniagaan berkos rendah

soho

Kini, perkataan SoHo – Small office Home office sudah menjadi kebiasaan. Seperti yang saya sering sarankan, apabila memulakan perniagaan, fikirkan pilihan untuk mengurangkan kos permulaan. Zaman kini, dengan kebolehan dan kekuatan Internet, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan daripada rumah. Jadi, mulakan SoHo!

Memulakan perniagaan secara tradisional, seperti menyewa tapak kedai, membuat renovation kedai, memasang kelengkapan kedai dan sebagainya boleh memakan berpuluh ribu ringgit kos permulaan. Itu pun belum dikira kos overhead yang tinggi membayar elektrik, air, air-cond, pekerja, pengangkutan dan sebagainya.

Bolehkah perniagaan anda dilakukan daripada rumah? Itulah soalan pertama yang anda perlu tanya pada diri anda sendiri. Small office home office adalah konsep yang sangat popular di negara barat, dan mula mendapat perhatian kita di Malaysia. Secara peribadi, saya telah menjalankan perniagaan SoHo sejak 10 tahun lalu! Bila kita kurangkan kos, maka, keuntungan juga bertambah berlipat kali ganda!

Perniagaan tidak kira keadaan ekonomi

Satu tip yang saya terima dari pakar perniagaan adalah, tidak kira ekonomi naik atau turun, permintaan produk dan perkhidmatan mengenai ‘health’ dan juga ‘wellness’ tidak banyak berubah. Ini kerana, orang ramai kini menitikberatkan kesihatan tidak kira keadaan ekonomi.

Fikirkan produk dan perkhidmatan yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi. Pelajari trend belian ketika ekonomi merosot, dan anda pasti akan jumpa produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk dijual!

Menurut majalah Entrepreneur, produk organik juga adalah antara produk yang akan BOOM ketika ekonomi merosot. Di sini juga saya sarankan agar kita semua luangkan masa untuk membaca majalah-majalah perniagaan dan mencari idea-idea perniagaan!

Akhir kata…

Tidak kira keadaan ekonomi, dengan kebijaksanaan, usahawan perlu melihat peluang-peluang yang ada dihadapan mereka. Fikirkan positif dan jangan hanya lihat kepada kesan ekonomi negatif sahaja. Saya telah melihat sendiri, telah ramai usahawan yang berjaya ketika keadaan ekonomi merosot!

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah pendekatan perniagaan supaya dapat hidup tidak kira ekonomi turun atau naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru. Tiada yang mustahil dalam perniagaan!

Teringat saya akan kisah kawan baik saya, jutawan hartanah Azizi Ali. Tahukah anda, bagaimana beliau menjadi jutawan? Beliau membeli rumah ketika gawat 10 tahun lepas, dan menjualnya ketika ekonomi pulih semula!

Itulah yang dinamakan Jutawan Gawat – menggunakan peluang kegawatan untuk memperolehi keuntungan!

Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,

Irfan Khairi

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.