Wed 24 May 2006
Ciptakan satu logo untuk perniagaan anda. Logo, walaupun kecil, memberi impak yang amat besar kepada sesuatu perniagaan. Kecil-kecil cili padi la katakan!
Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar/imej daripada perkataan. Pelanggan anda akan mudah ingat logo/imej anda. Di situ la datangnya pepatah “A picture paints a thousand words”
Coca-Cola, Pepsi, 7-eleven, Shell, Petronas, Malboro, Dell, Windows, Intel-Inside, Tip Satu Minit… dapatkah anda gambarkan logo-logo tersebut? Sudah pasti!
Cuba fikir sejenak dan lihat disekeliling anda. Kesemua perniagaan, produk dan perkhidmatan yang berjaya pasti mempunyai LOGO tersendiri. Anda juga perlukannya untuk berjaya!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 24th, 2006 at 1:22 pm
Apasal dah tengahari tapi masih takde yg bagi komen ni? Mesti semua belum ade logo lagikan? Heh heh… Takpe, kalau belum boleh design sendiri. Design yg simple dulu, letak warna yg menarik. Bila dah ade budget nanti upah orang upgrade kan. Logo itu akan jadi jenama yang kita bawa ke mana-mana. Logo saya black & white, sesuai dengan imej fotografi saya. So, tunggu ape lagi, start scratching!
May 24th, 2006 at 6:47 pm
Membayangkan gambar lebih mudah diingat berbanding perkataan
May 25th, 2006 at 10:39 am
Dah banyak logo saya reka. Bila dah banyak sangat logo tu susah pula nak pilih mana yang lebih menarik.
May 27th, 2006 at 10:31 am
hehe….software apa yg biasa digunakan utk wat Logo simple2 ek? Klu macam Photoshop tu sy rasa cam complicated sket…
:)
May 27th, 2006 at 8:45 pm
ada cara mudah tak nak dapat idea cipta logo sendiri?.
May 28th, 2006 at 6:39 pm
Laptop… sebenarnya takde benda yg too complicated pun, asalkan kita MAHU BELAJAR. selalu sebut tentang mencari ilmu, melengkapkan diri dengan segala macam pengetahun, apatah lagi kita yang mahu menjadi peniaga E-dagang ni. Photoshop adalah salah satu elemen penting jika kita hendak membuat website kita sendiri. Pengetahuan saya berkenaan Photoshop bermula dengan NOTHING. But I get somebody to teach me SOMETHING. Then I learned it myself and kept exploring about EVERYTHING. Now, Alhamdulillah I know LOTS OF THING. Isn’t that SOMETHING? Baca semula tips sebelum ini, anda pasti akan menemui sesuatu. Kata kuncinya… keep learning NEW THINGS!
June 12th, 2006 at 8:08 pm
baik cadangan ini….
macam-macam keluar idea untuk logo….
thanks…
January 13th, 2007 at 1:01 pm
hmm.. setuju kata
kebanyakan usahawan kita sering mengabaikan point ini. Tetapi, ciri-ciri logo tu mestilah seiring dengan jenis perniagaan, halatuju, visi dan misi perniagaan anda.
Barulah pelanggan akan sering mengingat produk dan servis yang kita berikan.
http://www.IrfanReka.com
http://www.TheLogoBrand.com
February 14th, 2007 at 10:27 pm
logo memang penting beb..tp x yah susah2 fikir logo yg susah2..kalu tgk contoh bagi (Coca-Cola, Pepsi, 7-eleven, Shell, Petronas, Malboro, Dell, Windows, Intel-Inside) berapa bnyk je yg best? hakikatnye org kenal ngn logo2 ni pasal cara promosi..tu cara org akan igt…
-fikir
p/s: sape x tau logo TESCO?
February 20th, 2007 at 12:39 pm
kadang-kala logo bersimbulkan ejaan nama syarikat boleh membantu mengingatkan pelanggan apabila nama syarikat itu mudah dan senang disebut…betul tak irfan?
February 20th, 2007 at 12:43 pm
untuk Laptop:
software yg paling mudah anda boleh guna PAINT …tp perisian itu hanya untuk logo anda yg paling simple sahaja…saya percaya, simple tapi menarik dan nampak profesional itu lebih bagus…so gunalah PAINT
February 20th, 2007 at 12:47 pm
to mr.madah:
lihat pada konsep perniagaan andalah…jika perniagaan anda menjual belacan contohnya, saya rasa perlu ada logo yg bergambar dan berwarna warni…jika bisnes anda sebuah syarikat spt mengedar komputer dll relate, logo anda hanya perlu sesimple mungkin tetapi hasilnya lebih pro spt contoh DELL…
March 29th, 2007 at 6:53 pm
leh x bagi contoh logo yang sesuai untuk saya.. saya nak buat logo untuk bisnes saya..
July 1st, 2007 at 1:56 pm
Saya nak minta tolong dari sape-sape di sana tolong carikan misi & visi syarikat-syarikat terkenal di malaysia, blh tak plzzz!
February 17th, 2008 at 8:54 pm
masalah kedai gunting
March 4th, 2009 at 7:37 pm
Salam…
saya nak cipta satu logo company yang berasakan pembekal alat tulis…ada idea tak?
March 4th, 2009 at 7:39 pm
salam..saya nak cipta logo company yang berasakan pembekal alat tulis..ada idea tak?