invest.jpg*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*

Semua tahu bahawa kita perlu create multiple-streams-of-income. Betapa pentingnya aliran pendapatan berganda.

Salah satu caranya adalah melabur keuntungan perniagaan kita. Sebaiknya, lakukannya secara automatik. Bukan melabur pada pelaburan Internet. Tetapi, laburkan di Institusi kewangan yang sah. Sebaiknya offline :)

Setiap bulan lakukan auto debit ke akaun perniagaan anda untuk menyalurkan keuntungan perniagaan anda ke akaun pelaburan. Tidak kisah, sedikit, ataupun banyak, tetapi, setiap bulan, ianya dilakukan secara automatik.

Auto-Debit adalah instruction yang anda beri kepada bank anda untuk mengeluarkan sejumlah wang secara automatik ke sesuatu akaun yang lain setiap bulan. Dalam tip ini, ia disalurkan ke akaun pelaburan pula. 

Sekiranya anda lakukan auto debit ke akaun pelaburan untuk mendapat pulangan (kini terdapat banyak akaun pelaburan berteraskan pelaburan Islam yang boleh memberi pulangan ><15%) katakan RM1,000 setiap bulan. Berapa lama perlu tunggu untuk wang tersebut menjadi RM1,000,000? Lebih kurang 18 tahun sahaja.

Simple tip, tetapi, tidak ramai yang melakukan auto debit ke akaun pelaburan setiap bulan. Bila tak lakukan auto-debit, sering kita terlupa untuk meletakkan sebahagian wang kita untuk dilaburkan.

ps: Walaupun sekiranya anda tidak menjalankan perniagaan, ianya adalah idea yang amat baik untuk anda melakukan auto debit sebahagian dari pendapatan bulanan anda ke akaun pelaburan. RM200-RM500 setiap bulan pun sudah memadai… kalau boleh, lebih!

pps: Alhamdulillah kini ada banyak peluang pelaburan berteraskan Islam yang disediakan oleh bank-bank tempatan yang memberi pulangan yang amat baik. Sebagai contoh, Selasa depan akan dilancarkan CIMB Islamic Funds. hubungi bank anda untuk bertanyakan mengenai akaun pelaburan yang disediakan :)

*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?
  • Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik
  • Melabur untuk ilmu… berapa banyak RM?
  • StormReaders 2U di JB - Fullhouse