Thu 4 Jan 2007
Hari #4: Mencipta isi kandungan / Sales copy CaraPromosi.com
Posted by Irfan Khairi under Cabaran 7 Hari
Hari ini adalah antara langkah yang paling penting dalam membina laman web- iaitu membuat isi kandungan. Isi kandungan, dalam bahasa perniagaan Internet dipanggil Sales Copy.
Sales copy yang menarik akan menukarkan pelawat kepada pembeli. Tidak kira produk kita sehebat mana atau dapat membantu pengguna menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi sekiranya sales copy tidak menarik pelawat menjadi pembeli, maka ianya adalah sia-sia.
Sales copy yang baik adalah yang mampu memberi:
- Keyakinan kepada bakal pembeli untuk meneruskan belian
- Kredibiliti kepada perniagaan untuk membina kepercayaan pelanggan
Sales copy sesuatu laman web perlu fokus kepada pelawat/bakal pelanggan.
- Tentukan siapakah target market anda yang paling baik, kemudian,
- Berikan manfaat produk anda kepada target market tersebut.
Satu cara yang sering saya lakukan adalah, fikirkan diri sendiri sebagai pelawat. Adakah saya akan beli produk ini selepas membaca isi kandungannya? Selagi saya tidak mendapat jawapan YA, saya akan terus berusaha mengubahkan sales copy sehingga ianya memberi impak yang diinginkan.
Membuat sales copy memerlukan kesabaran dan perancangan. Lakukan langkah demi langkah, perenggan demi perenggan sehingga mendapat satu muka surat sales copy yang memberi impak.
Biasanya, saya akan ambil paling banyak masa dalam menyediakan sales copy dan sehari selalunya tidak mencukupi. Sales copy adalah “pekerja” kita yang akan bantu menjual produk kita 24jam sehari- oleh itu, perlu beri tumpuan kepada pekerja kita
Teringat quote dari salah satu favourite movie saya The Godfather: “Make an offer they can’t refuse!”. Fikirkan ini apabila mencipta sales copy yang berjaya.
Di Workshop Jutawan Internet saya akan tunjukkan strategy menyediakan laman web yang dapat menjual. Workshop Jutawan Internet seterusnya adalah pada 27hb Januari 2007!
Untuk melihat perkembangan terbaru CaraPromosi.com, klik di sini… Masih belum sampai 50% siap pun lagi dan banyak kekurangan. Saya letakkan juga supaya anda boleh melihat proses membina dan fine tuning sebuah sales copy. Seperti saya katakan, perlu kesabaran & perancangan!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


January 4th, 2007 at 2:22 am
Setuju dgn Irfan, salescopy kene power. baru ada Umphh!!
January 4th, 2007 at 3:04 am
Agak mencabar juga sebab kadang2 tidak semua pelanggan mempunyai cita rasa yang sama. Kalau kita sebagai pelanggan, kita mempunyai cita rasa yang berbeza.
Anyway, pelbagai percubaan dalam buat salescopy should reflects the result. Buat je dulu. No such thing as perfect salescopy selagi kita tak cuba dan tak nampak hasilnya
January 4th, 2007 at 6:26 am
haaa….
power betul ayat memang pandai ayat so tak mustahillah nanti ramai yang akan subscribe sama ini carapromosi.com
so, saya tak sabar menanti hari jumaat seperti yang nyatakan tentang harga bayaran tu.
kita jumpa online esok.
salam.
January 4th, 2007 at 7:49 am
dr,
“”Biasanya, saya akan ambil paling banyak masa dalam menyediakan sales copy dan sehari selalunya tidak mencukupi”"
ops, saya dah jumpa aktiviti yg banyak mengambil masa seharian
betul , sales copy yg hebat dpt menaikkan semangat seseorang utk membeli.
tapi, bagaimana caranya; pd pembacaan ker? perlu bantuan rakan2 untuk membaca/memberi komen terhadap sales copy yg telah kita siapkan nanti ker?
January 4th, 2007 at 8:57 am
apa pendapat kawan2 kalo saya jual kain batik?
tolong bagi komen
January 4th, 2007 at 9:02 am
Betul tu buat salecopy bukan perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran
Saya nak Irfan komen salecopy produk terbaru saya di http://www.spammingmenow.promoprosper.com
Saya setuju kata tentang kita kena cuba cara promosi yang kita tahu dan kena belajar semua cara promosi (online & offline)untuk mengetahui yang mana memberi impak yang paling berkesan.
January 4th, 2007 at 11:39 am
betul tu byk kena buat homework and research tentang promosi nie..
promosi lah penentu maju ke tidak perniagaan kiter nie..
produk yang baik tetapi tak diketahui org pun tak laku jugak kan..
January 4th, 2007 at 12:15 pm
kalau nak buat sales copy ni, memang memakan banyak masa, sebab perlu buat aft yang benar-benar menarik dan simple serta yg banyak memberi manfaat (benefits)..copywriting juga nak kena power, mesti tahu skill copywriting selain cara promosi, di mana mahu promosi dan teknik yang benar2 membawa leads/visitor ke website..beri maklumat sebanyak mungkin di sales copy, kita ‘didik’ pelawat
untuk hapisol, mengikut pengalaman, saya belajar sendiri copywriting melalui pembacaan dan kaji iklan org lain, then buat sales copy dan selepas itu test,test dan test, cuba try mana satu iklan yang lebih banyak bawa pelawat ke website saya..jika tidak mencapai seperti yang diharapkan, karang iklan baru dan edit/update lagi sales copy untuk membuat ia tampak lebih informatif, efektif dan mampu ‘mendidik’ seterusnya menjual..
be creative dan rajin buat test market..err, apa pendapat Irfan dan kawan-kawan? thanks
January 4th, 2007 at 2:34 pm
Sales copy yang meyakinkan! Mampu menarik usahawan interenet yang mmg perlukan ilmu utk mempromosikan perniagaan mereka utk mendapatkan e-book ini. Sales copy perlu menyajikan maklumat dan sebab mengapa seseorg perlu mendapatkan apa yg kita tawarkan kepada mereka. Barulah target customer kita akan dapat dapat diyakinkan:
“adalah menjadi suatu kerugian bagi mereka sekiranya mereka tdk mendapatkan produk yg kita tawarkan”
P/s: Eiza… kalau nak jual kain batik di internet, fikirkan dulu ttg DEMAND - ada tak org yg akan membeli? Dan ramai tak COMPETITOR yg turut menjual kain batik secara online? Siapa TARGET MARKET nya? Adakah utk pembeli overseas/Malaysia shj? Sekiranya nak proceed jugak stlh mengkaji jawapan kepada persoalan2 ini, cuba utk DIFFERENTIATE produk kita produk sedia ada di pasaran. Keunikan/inovasi mampu membuatkan org membeli kita instead of our competitors…. wallahu a’lam.
January 4th, 2007 at 2:56 pm
saya kadang2 kena tukar juga sales copy dalam web saya.. tapi kalau tersalah ubah.. boleh jejaskan kemasukkan pelawat.
antara produk saya di internet berjaya terjual RM2k dalam masa 2 minggu hanya menggunakan sales copy.
January 4th, 2007 at 4:07 pm
sales cpy panjang ke efektif, atau pendek efektif?
January 4th, 2007 at 5:00 pm
salam ,
saya pelukis pelan. ape yang mampu saya ketengahkan bile ingin ceburi intenet bis ni? mintak tolong..
January 4th, 2007 at 5:37 pm
bagi saya , panjang ker pandek tak kisah, yg penting jika bakal pelanggan membacanya, terus beliau terangsang untuk membeli.
tapi sales copy workshop tu, memang merangsangkan perasaan saya dan membuatkan niat saya untuk berjumpa dengan semakin awal iaitu pd bulan disember 2007 kpd januari 2007. pasti lama membuat kajian untuk sales copy produk tersebut, betul ka ?
January 4th, 2007 at 6:46 pm
Saya ada satu kemusykilan,
bolehkah sesuatu perniagaan bercorak perkhidmatan tu berjalan dengan baik tanpa memerlukan Sales Copy?
http://www.IrfanReka.com
http://www.TheLogoBrand.com
January 4th, 2007 at 7:27 pm
Salescopy copy yang menarik tu. Baru siap 50% pun rasa macam teruja nak tahu kesudahannya.
January 5th, 2007 at 8:31 am
TQ Mazny kerana beri buah pikiran…
January 5th, 2007 at 4:48 pm
saya ada terbaca berkaitan sale copy.idea ni dari rudl (jutawan internet dunia)..jika mahukan lebih maklumat sila lawati www.marketingtips.com (maklumat ni saya dapat dari irfan khairi dalam bentuk cd semasa pesta buku di pwtc-thank )
cuba amik contoh dalam tu..
syah
www.pil-fiber.com
January 5th, 2007 at 8:09 pm
Irfan… lambat sket respon to ur Q.. Pendapat saya, sales copy sepatutnya “brief yet comprehensive”.
–>Klu terlalu pendek, maybe tak cukup utk convincekan bakal pembeli. Tp klu terlalu pjg pulak, bakal pembeli mungkin berasa bosan membacanya, dan hilang tumpuan terhadap apa sebenarnya yg cuba kita ketengahkan kepada mereka.