Mencari peluang perniagaan dari rumah?

Ramai yang mencari peluang perniagaan dari rumah, tetapi ramai yang tidak tahu di mana perlu mula.

perniagaan dari rumah

Perniagaan online atau offline mempunyai cabaran yang sama, dimana pembeli diperlukan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan. Untuk memulakan perniagaan dari rumah, anda boleh cuba pada 4 tip dibawah:

1. Mencari pasaran niche yang menguntungkan – bagaimana anda mencari niche yang menguntungkan? Anda boleh lihat pada pasaran dan juga mencari maklumat di internet dengan mencari di mana orang suka membelanjakan wang. Mencari pelanggan Ibarat seperti mencari bakal pengantin baru, perlu lihat dari jenis jantina, lelaki atau perempuan, umur , lokasi tempat tinggal untuk anda jalankan perniagaan pada pelanggan yang tepat untuk menjana pendapatan menguntungkan pada perniagaan anda.

Beberapa kelebihan menguntungkan terlalu kompetitif untuk perniagaan kecil untuk bersaing. Namun pelanggan tetap ingin mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda.

2. Membina Senarai email anda sendiri. Kunci kepada keuntungan jangka panjang adalah apabila anda membina senarai email pelanggan ataupun bakal pelanggan anda . Anda boleh memberikan hadiah atau sesuatu percuma sebagai dorongan orang ramai untuk memberikan nama dan alamat e-mel kepada anda dengan mengisi borang/form sebagai tanda bersetuju untuk menerima mesej anda di masa hadapan melalui email.

3. Memasarkan produk-produk yang berkaitan dengan senarai email anda. Matlamat utama anda adalah untuk mempromosikan dan memberi tumpuan kepada prospek yang mempunyai hobi yang sama, keinginan atau obsesi kepada produk perkhidmatan anda jalankan, di mana kebanyakan daripada mereka bersedia membelanjakan wang jangka masa panjang. Pada permulaan, anda tidak semestinya perlu mempunyai senarai yang besar untuk menjana pendapatan.

Ia mengambil masa dan pengalaman  untuk anda mengumpulkan maklumat email yang banyak.

 

4. Belajar dari mereka yang berpengalaman dalam niche anda. Anda juga boleh melapangkan masa dalam mempelajari dan menyertai kursus-kursus  berkaitan bidang perniagaan anda dimana anda boleh belajar terus daripada pakar berkaitan niche perniagaan anda, melalui ini anda bukan sahaja mendapat maklumat dan informasi dari seseorang yang berpengalaman, tetapi juga dapat menguruskan penggunaan masa dalam perniagaan anda dengan lebih baik lagi dengan belajar dari pengalaman mereka.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Mencari peluang perniagaan dari rumah?

  1. sy nk bktikan bhwa owg yg lmah cm sy nibleh jd jutawan internet pd umur 23 tahun,tp da brp kli sy cba buka laman sndri tp x menjadi mungkin sbb x thu cara dan tidak pandai guna internet. so for my first business activity,boleh tak kalau saya mintak ihsan irfan khairi untuk guide saya sampai saya ada laman perniagaan saya sndiri? sangat perlukan bantuan untuk tmpung kos sarahidup saya spnjng masa saya belajar ini… sekarang saya berumur 20 tahun…ayah saya petani dan ibu tukang masak asrama sekolah saya tidak mahu membebankan mereka lagi dengan meminta wang perbelanjaan setiap bulan nanti…saya anak sulong dari 4 beradik yang masih belajar semua.

  2. Buku pertama tuan dulu telah pun saya beli dan baca dan ianya sangat memberi menafaat buat saya dan keluarga. Malah posting blog tuan sentiasa saya ikuti untuk dalami ilmu. Thanks

  3. Saya minat berniaga tapi xde produk untuk di jual. Ingin tahu cara bagaimana nak berniaga dari rumah menggunakan internet.

  4. Salam, saya berminat untuk buat bisness Internet tapi tiada pengalaman langsung tentang kerjaya ini. Minta tolong tunjuk ajar @ seminar yang berkaitan area Johor @ Melaka. Terima kasih.

  5. Sabariah berumur 49 ingin mencari peluang bekerja dirumah harap tak terlambat ni disebab kan baru sekarang saya tahu sedikit mgunakan hdphone dan jalur lebar saya tak berpluang bekerja jadi dpt kiranya mbantu saya mncari pdptn lebih tk

  6. Saya berumur 49tahun.saya ingin mencari pendapatan lebih,saya tidak boleh berkerja saya ingin mencari peluang ini itu pun jika tidak terlambat.

  7. salam…saya dulu pun sama seperti anda..macam2 yang saya jual..baik makanan..tudung
    .kosmetik..sabun di online..memang macam2 buat untuk sara hidup dan ingin lebih selesa..tapi alhamdulillah saya jumpa peluang perniagaan dan join satu akedemi perniagaan…diorang guide saya macam mana nak jadi usahawan…sekarang saya dah tak buat lagi online…saya follow system yang disediakan..mentor semua dah disediakan…belajar dan praktikkan..insyaAllah…

  8. Assalamualaikum.. Saya berumur 36 tahun..nak minta tunjuk ajar dr mentor yg Boleh membantu Saya Dan Suami keluar Dari masalah Kewangan

  9. Assalamualaikum..walaupun sy prnah amik course business tp sy ttp xpandi untuk berbisnes…sbb sy seorg y pndiam dan pemalu..xpandai nk promote brg..xpandai nk guna internet tk bisnes..bnyk idea untuk buat bisnnes tp xckup brani..hrp tuan sudi membantu saya..

  10. Assalam, saya sudah berniaga hampir 7 tahun, saya anggap perniagaan saya macam cukup2 makan , modal usah nak dikatakan hampir ratusan ribu dah hangus, keadaan masih tidak berubah juga. Saya nekad untuk berhenti dan bekerja semula dan cari perniagaan online yg saya dengar bagus dan berhasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published.