Menetapkan harga barang dalam perniagaan

Menetapkan harga barang untuk dijual dalam perniagaan adalah antara satu strategi yang sukar, namun amat penting dilakukan dengan betul. Ramai yang berfikir untuk meletakkan harga yang rendah untuk produk mereka kerana befikir, lagi rendah harga, lagi ramai yang akan membeli. Ada juga yang fikir perlu meletakkan harga yang tinggi supaya produk tidak dilihat berkualiti rendah.

Sama ada produk yang kita ingin jual adalah murah ataupun mahal, skil menjual adalah diutamakan dalam perniagaan. Kerana, tidak semestinya produk yang murah mudah dijual. Dan pada waktu yang sama, walaupun terdapat jam RM50, tetapi jenama jam RM5,000 adalah lebih dikenali!

pricing-tag.jpg

Antara faktor yang perlu diambil kira dalam menetapkan harga produk atau perkhidmatan:

  1. Fikirkan siapakah pasaran kita dan pendapatan sasaran pasaran
  2. Fikirkan juga harga yang diletakkan oleh pesaing atau perniagaan yang serupa dengan kita
  3. Fikirkan hubungan antara kualiti dan harga – sekiranya kualiti yang tinggi, harga juga boleh ditinggikan
  4. Fikirkan kos produk dan juga pengendalian perniagaan. Dalam perniagaan, pastinya kita ingin keuntungan, dan pada waktu yang sama, perniagaan perlu bertahan pengendalian untuk jangka panjang

Apa yang pentung adalah, apabila menetapkan harga, letakkan diri kita sebagai pembeli. Dan dengan jujur, tanya diri kita sendiri, sekiranya produk kita dijual pada harga tersebut, adakah kita akan membeli?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Menetapkan harga barang dalam perniagaan

  1. Assalamualaikum, pada saya jika ia barang keperluan semua orang maka harganya harus di minimakan keuntungannya supaya semua orang boleh memilikinya tetapi jika barang eksklusif maka kita boleh meletakkan harga berdasarkan target dan keupayaan sasaran kita.Apa matlamat kita berniaga,jika untuk berkhidmat kepada manusia dan memberi keselesaan,mudahkan orang untuk memilikinya. Jadilah pemurah,akan dimurahkan rezeki kita.Insyaallah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.