Perniagaan Internet


Jumaat lepas, di Radio24, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan dalam perniagaan Internet. Jangan lupa ikuti saya setiap Jumaat jam 5.30 petang di Radio24 93.9 fm atau ikuti secara streaming di http://www.radio24.com.my

mistake.jpg

Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…

  1. TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.

    Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.

    Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! ;)

  2. TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.

    Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!

  3. TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.

    Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda! ;)

  4. HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.

    Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.

    Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!

  5. MELAKUKAN SPAMMING. Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.

    Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!

Sekiranya anda ingin mempelajari lebih mendalam cara terbaik menjalankan perniagaan Internet, dijemput untuk hadiri Workshop Jutawan Internet yang saya kendalikan di Signature Class, Mutiara Damansara. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Pendapat Anda? [7] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jangan pandang rendah pesaing
  • Tidak terlalu banyak warna
  • Hits - kesilapan dalam mengira pelawat
  • Perniagaan Internet dan Strategi Laman Mini

  • Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya melalui Facebook, tentu tahu bahwa pada tahun ini saya telah menghasilkan modul keusahawanan Internet dan media sosial untuk sebuah universiti tempatan- Asia eUniversity. Asia eUniversity adalah universiti tempatan bertaraf global dengan mempunyai pusat di lebih 30 negara-negara Asia.

    Saya amat teruja atas tawaran Asia eUniversity kepada saya untuk menghasilkan modul keusahawanan Internet bukan sahaja untuk universiti tempatan, tetapi juga bertaraf antarabangsa!

    aeuposter.jpg

    Saya mula mendapat pendedahan Internet secara formal sejak tahun 1998 di Staffordshire University, United Kingdom di dalam jurusan Multimedia tajaan JPA. Alhamdulillah, pencapaian saya sebagai pelajar multimedia boleh dikatakan membanggakan sehinggakan sebuah syarikat di UK mengambil saya sebagai konsultan sebelum saya menjalankan perniagaan melalui Internet.

    Bekerja sebagai konsultan kepada senuah syarikat di Birmingham, saya mula menjinak-jinak dalam perniagaan Internet dan memulakan perniagaan Internet saya yang pertama.

    Namun, nak dijadikan cerita, walaupun sebagai seorang pelajar tajaan JPA dan mendapat keputusan yang baik ketika di University, serta mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat IT terbesar di UK ketika itu, perniagaan Internet saya gagal.

    Sepanjang setahun, saya berusaha, tetapi, mengalami kegagalan…

    Ketika itu baru saya perasan bahawa apa yang saya belajar di University adalah ‘teori’ dan bukannya ‘praktikal’ yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Apa yang saya belajar dan ketahui di Universiti adalah berbeza dengan apa yang di alami di dunia perniagaan.

    Sejak itu, saya mula menghadiri seminar, workshop, membaca buku dan jga belajar dari mereka yang bepengalaman dalam bidang perniagaan untuk mengetahui selok belok, dan ‘rahsia’ berjaya dalam perniagaan.

    He (Irfan Khairi) is an accomplished business man at a very young age. People like him should be adjunct professors in Universities to teach others how to do business and not those people who come from PHDs from universities yang mengajar business daripada text book. Because text book knowledge and real street knowledge to be successful is two different things.

    -Prof. Dato Dr. Ansary, Director of Asia eUniversity

    Pertengahan tahun ini (2011), saya mendapat tawaran dari Asia eUniversty dan Prof Dato Dr Ansary selaku pengarah Asia eUniversity untuk menghasilkan sebuah modul khas untuk masyarakat Malaysia dan pelajar antarabangsa tentang perniagaan Internet.
    Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang pendidikan keusahawanan, saya menerima tawaran tersebut dan menghasilkan modul Eksekutif Diploma in Internet & Social Media Marketing.

    Apa yang paling menarik sekali tentang modul yang dihasilkan ini serta pendekatan Asia eUniversity adalah, ianya ‘business based learning’, bererti, pelajar pada akhir pembelajaran bukan sahaja akan mendapat sijil atau hanya konvo seperti universiti lain. Tetapi, akan menghasilkan perniagaan sendiri sepanjang modul 9 bulan yang disediakan. Perniagaan yang boleh menjana keuntungan!

    Pendekatan universiti ini juga adalah menarik oleh kerana mahukan saya yang berpengalaman dalam perniagaan untuk menjadi tenaga pengajar modul universiti ini. Oleh itu, untuk intake pertama 2012, saya akan menjadi pesyarah untuk modul keusahawanan Internet ini

    Memang banyak yang ingin saya sampaikan mengenai program keusahwanan Internet ini, tetapi mungkin saya akan kongsikan lagi dari masa ke semasa.

    Suka saya ambil peluang ini untuk menjemput anda- pembaca blog / facebook saya untuk hadiri majlis ‘open night” Executive Diploma in Internet and Social Media Marketing yang akan berlangsung pada hari KHAMIS 22hb ini jam 8.00 malam, di kampus Asia eUniversity. Sesi bersama saya ini, adalah percuma dan akan dikongsikan maklumat2 menarik mengenai perniagaan Internet seperti di bawah….

    Saya amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk memeriahkan majlis serta bersuai kenal pada hari Khamis ini.

    Malam Internet & Media Sosial kali ini adalah kali terakhir untuk 2011, dan kami amat mengalukan kehadiran anda untuk menyerikan majlis. Maklumat lanjut di bawah:

    “Malam Internet & Media Sosial” bersama Irfan Khairi
    Khamis, 22hb Disember 2011
    Lokasi: Asia eUniversity
    Dataran Kewangan Darul Takaful,
    No 4, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
    (Berhampiran Kg Attap)
    Masuk: Percuma

    Untuk menghadiri, sila lakukan tempahan tempat dengan menghantar email  ke sales@rahsiainternet.com dengan tajuk email ”Malam AeU 22/12″ dan sertakan maklumat berikut:

    • Nama
    • Jumah peserta
    • No. handphone

    Jumpa anda di sana dengan topik-topik baru yang penuh dengan informasi bermanfaat untuk kejayaan kerjaya dan perniagaan anda!

    ps: Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut program ini atau tidak dapat hadir pada hari Khamis ini, sila hubungi En. Wan Faizal di talian 03-77292277

    Pendapat Anda? [2] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tahun baru, azam baru - Asia eUniversity
  • Menggunakan Youtube & Facebook dalam pemasaran Internet
  • Duta produk untuk melonjakkan jenama perniagaan dengan cepat
  • Integration Marketing - Mengambil peluang trafik yang sedia ada

  • Mat Salleh selalu sebut, A picture worth a thousand words. Oleh itu, gunakan gambar/imej dan juga video untuk laman web/blog ataupun facebook kita.

    Dulu-dulu lebih kurang 14…15 tahun dulu ketika saya belajar membina laman web, zaman tu, Internet hanyalah text sahaja. Bila boleh masukkan imej pula, hanya sekadar imej yang punyai 216 warna.

    Zaman ini, terlalu banyak perubahan. Imej/gambar pun dah tiada masalah untuk gunakan yang hi resolution. Begitu juga video yang high definition! ;)

    Dalam perniagaan Internet, gunakan sepenuhnya kebolehan gambar dan juga video dalam menjelaskan lagi produk dan perkhidmatan kita. Manusia suka melihat gambar-gambar kerana a picture paints a thousand words. Jangan lupa juga menggunakan video seperti Youtube. Kalau a picture paints a thousand words, apatah lagi video yang turut sama boleh menunjukkan pergerakkan, ekspresi muka, dan juga bunyi dan suara.

    Sememangnya penggunaan gambar dan video yang efektif memerlukan kita korban kan sedikit masa. Dan adakalanya wang. Tetapi, bila ‘leceh’ sebegini la, pesaing kita pun akan rasa ‘leceh’ dan mereka pun tak lakukan. Oleh itu, baik kita lakukan dulu sebelum pesaing lakukan! Betul?

    PS: Checkout YouTube channel dan subscribe di http://www.Youtube.com/irfanTV

    Pendapat Anda? [2] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menggunakan online video (Youtube) dalam perniagaan
  • Huruf di laman web perniagaan Internet
  • Perniagaan & tanggungjawab sosial
  • Buzz marketing - promosi percuma yang tersebar luas

  • youtubelogo.gif

    Zaman ini, usahawan perlu melihat lebih jauh daripada hanya teks dan gambar dalam menjelaskan mengenai perniagaan mereka. Zaman ini, dengan kelajuan kemudahan Internet yang semakin hebat dan juga kemudahan laman seperti YouTube, video merupakan platform menyampaikan maklumat perniagaan dengan lebih mudah dan berkesan.

    Bukan sahaja menggunakan teks dan gambar, video boleh memberi daya tarikan kepada sesuatu perniagaan dengan adanya visual, pergerakan, animasi, dan juga bunyi dalam menkayakan lagi sesuatu perniagaan.

    Melalukan ‘product demo’, menjelaskan mengenai perniagaan dan juga membina jenama, video dapat memberi lebih banyak maklumat dalam masa yang lebih singkat kepada pelanggan dan juga bakal pelanggan.

    Mengapa anda patut menggunakan video?

    Bayangkan anda seorang usahawan menjalankan perniagaan kuih raya. Maklumlah, raya semakin hampir… Anda menggunakan blog atau facebook untuk promosikan perniagaan Kuih anda. Alhamdulillah, perniagaan kuih anda mendapat sambutan.

    Bayangkan pula anda mempunyai pesaing yang juga berniaga kuih raya. Pesaing anda juga menggunakan blog dan facebook untuk mempromsikan kuihnya. Tetapi, selain itu, pesaing anda turut menggunakan VIDEO di YOUTUBE! dalam menjelaskan dan menceritakan mengenai kuihnya. Di video tersebut memaparkan jenis2 kuih, penjelasan lisan olehnya, kuih-kuih dijamukan ketika buka puasa, dan juga pesaing anda mengalu-alukan pelanggan untuk mendapatkan kuih dari mereka menggunakan video.

    Agak-agaknya, siapa yang akan mendapat pasaran yang lebih besar? Pastinya pesaing anda!

    Sememangnya menggunakan video memerlukan usaha lebih sedikit, namun, usaha lebih inilah yang akan membezakan anda dengan pesaing anda. Mudahan, anda juga memikirkan mengenai video dalam pemasaran perniagaan anda!

    Lawati dan subscribe kepada Youtube channel saya di http://www.youtube.com/irfanTV . Ada ucapan raya untuk anda! ;)

    Pendapat Anda? [8] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menggunakan YouTube dalam Perniagaan
  • Penggunaan gambar/imej dan video di Internet
  • IK @ “Keluarga di 9″, TV9
  • Kenapa Perniagaan Internet BEST?

  • Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau ingin mulakan, peluangnya adalah perniagaan tersebut sedia mempunyai pesaing. Sering kali, pesaing yang ramai.

    Oleh itu, bagaimana caranya untuk mendapat dan merebut pelanggan dikalangan pesaing anda?

    Salah satunya adalah dengan menggunakan Internet untuk mendapat pelanggan tanpa had kepada apa sahaja perniagaan anda.

    Secara offline, mungkin kita dapat berjumpa dengan 2-3 prospek perniagaan sahaja sehari. Namun, dengan adanya Internet, anda boleh “berjumpa” 200-300 atau 2000-3000 atau lebih sejari! Bayangkan sambutan pada perniagaan anda dengan penambahan prospek sebegini.

    Apa yang anda perlukan sebagai permulaan adalah - akaun Facebook (mungkin anda sudah sedia punyai) dan juga Blog. Soalannya, blog atau Facebook adalah baik? Jawapannya…

    • Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan anda oleh kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma- tiada kos kepada anda!
    • Facebook pula berfungsi sebagai platform membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda. Membina hubungan adalah amat penting dalam membina jenama (seperti yang dikongsikan di FORMULA FACEBOOK)

    Gabungan Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpahad untuk apa sahaja perniagaan anda- tak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara offline! Keduanya adalah baik.

    Pendapat Anda? [11] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda
  • Menggunakan online video (Youtube) dalam perniagaan
  • Keuntungan perniagaan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas
  • Program loyalty dalam perniagaan

  • Mengapa domain name .my, .com.my, .net.my, .org.my dan domain name tempatan yang lain adalah lebih baik?

    Satu sebab yang amat penting adalah domain name tempatan seperti di atas akan mendapat tempat yang lebih baik di enjin pencari apabila seseorang melakukan carian tempatan.

    Kini, enjin pencari seperti Google mempunyai pilihan kepada pengguna untuk melakukan carian internasional atau carian tempatan. Bagi mereka yang menggunakan domain name tempatan seperti .my, .com.my, .net.my, .org.my akan mendapat kelebihan promosi percuma ini.

    Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet tempatan, atau baru hendak memulakan web presence anda, pastikan anda mendapatkan domain name berakhir .my untuk mendapat kelebihan di enjin pencari. Domain name .my boleh didapati di .my Registry

    Pendapat Anda? [7] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bagaimana memindah ke web hosting baru dari yang lama
  • Cayalah domain name ni!
  • Hari #2: Domain Name & Web Hosting
  • Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com

  • ibiz.jpgSaya telah menjalankan perniagaan Internet selama 11 tahun masuk tahun ni… dan ini antara mengapa saya rasa perniagaan Internet best! (Tidak mengikut apa2 tututan) ;)

    • Internet membolehkan kita melakukan promosi perniagaan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, tv, radio, majalah dan sebagainya ;)
    • Internet membolehkan usahawan memberi seberapa banyak maklumat dalam pelbagai format kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi, animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah. Sering kali percuma seperti FB, Youtube dan blog ini.
    • Sasaran pasaran yang ambil perhatian, kerana mereka yang memilih untuk membaca, melihat, mendapatkan maklumat daripada kita…
    • Perniagaan online yang kecil boleh bersaing dengan perniagaan besar secara offline. Keduanya bersaing pada tahap yang sama kini. Perniagaan online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang miliki berpuluh atau beratus pekerja!
    • Boleh mendapat sasaran yang paling tepat oleh kerana di Internet terdapat komuniti-komuniti pelbagai industri.
    • Perniagaan Internet adalah fleksibel, boleh dijalankan dimana sahaja pada bila-bila masa. Asalkan ada hubungan Internet… kini guna telefon bimbit pun boleh menguruskan perniagaan ;)
    • Perniagaan Internet boleh mendapat pelanggan dari serata dunia pada kos yang terlalu rendah!
    • Dan yang paling best sekali, perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga tercinta! ;) My favourite!

    Semoga anda juga akan mencuba perniagaan Internet, atau setidaknya, gunakan medium Internet untuk melariskan lagi apa sahaja perniagaan anda online atau offline! ;)

    Pendapat Anda? [20] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Segan letak harga!
  • IK Podcast @ BFM89.9fm
  • IK bawak kereta apa?

  • Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.

    Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.

    Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

    Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
    Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

    • Perlu berlimu
      Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
    • Perlu menambahkan jaringan
      Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
    • Perlu punyai perasaan tolong menolong
      Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

    Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

    Pendapat Anda? [43] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Networking- kualiti, bukan kuantiti
  • Network berguna vs Network kurang berguna
  • Tip Satu Minit Network
  • Perniagaan produk berkualiti pun PASTI akan GAGAL

  • Ramai yang masih baru membina laman web perniagaan pada mulanya akan ghairah dalam meletakkan iklan-iklan (kebanyakannya iklan dari affiliate) dengan harapan, lagi banyak iklan, lagi mudah ianya akan di klik dan dapat komisyen.

    Masalahnya, apabila terlalu banyak iklan di laman anda, laman menjadi tidak profesional. Iklan juga menjadi tidak fokus dan ia mengakibatkan tiada siapa yang klik!

    Sebaiknya, hadkan bilangan iklan di laman anda mengikut jumlah (mungkin 2-3 iklan sahaja) ataupun industri (fokus kepada 1 industri sahaja). Untuk memaksimakan pulangan daripada iklan-iklan affiliate, kuncinya adalah untuk meletakkan iklan yang berkaitan dengan laman anda sahaja, dan berikan fokus kepada iklan tersebut, seperti testimonial peribadi ataupun artikel khas mengenai sesuatu perniagaan itu.

    Terlalu banyak iklan di sesebuah laman web akan mengurangkan keberkesanan iklan tersebut.

    Sebagai pengiklan pula, a good tip adalah untuk iklan di tempat yang tidak banyak iklan disiarkan untuk memaksimakan klik! :)

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Iklan menjadi tidak efektif apabila…
  • Iklankan informasi dalam perniagaan
  • Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan

  • Dua pengumuman ingin saya sampaikan kepada anda…

    Atas kejayaan mengendalikan sesi Online Seminar (Webinar) saya yang pertama beberapa minggu lepas serta menjalankan ulangan siaran, webinar siri 01 bertajuk “Nak jual Apa?”, ramai yang inginkan saya mengendalikan tajuk-tajuk baru pula!

    Atas sokongan yang diterima, pada hari Khamis ini jam 9 malam secara “Live” online saya akan mengendalikan Webinar bersama Irfan Khairi “Live” siri 02 bertajuk “Cara bersaing!”. Yang akan mendedahkan kaedah bersaing supaya anda dapat menawan pesaing-pesaing dalam perniagaan anda!
    Topik yang akan disampaikan:

    • Masih tak tahu hendak menjual apa di Internet?
    • Cara bersaing dengan efektif dan menewaskan pesaing anda?
    • Cara paling efektif promosikan perniagaan anda- Facebook, Blog atau Laman Web?
    • Maklumat lanjut Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April

    Sekiranya anda ingin mengikuti online seminar ini secara “live” dari keselesaan rumah anda, ikuti link di bawah dan cetak/print maklumat yang diberikan. Jangan ketinggalan oleh kerana sesi online webinar ini adalah percuma dan sarat dengan maklumat yang boleh membantu perniagaan di Internet. Lawati:

    http://instantteleseminar.com/?eventid=18033087
    *Jangan lupa print maklumat di sini & letak di depan meja komputer anda! ;)

    Pengumuman kedua adalah mengenai sesi Prelude Revolusi Perniagaan Internet yang akan diadakan pada  Sabtu 12hb Mac 2011, di Vistana Hotel Kuala Lumpur.

    Sejak beberapa bulan lepas, saya telah mengendalikan road tour PERCUMA memeberi tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet. Alhamdulillah, sambutannya amat hebat dengan beribu peserta telah terlibat sama!

    Namun, sesi road tour Prelude ini sudah hampir mencapai penghujungnya. Mungkin, sesi pada 12hb Mac ini adalah sesi terakhir yang dikendalikan, oleh kerana tempat untuk acara Revolusi Perniagaan Internet sudah hampir penuh. Sekiranya penuh, road tour akan dihentikan*.

    Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet di acara PRELUDE Revolusi, jangan ketinggalan pada hari Sabtu 12hb di Vistana Hotel Kuala Lumpur! Maklumat lanjut di bawah.

    -Irfan Khairi @ IK
    Kuala Lumpur

    ps: Sudahkah anda sertai saya di Facebook? sekiranya belum, “Like” FB page saya di sini. Saya memberi berbagai2 tip perniagaan, motivasi dan kewangan setiap hari!
    pps: Anda terlepas sesi webinar pertama Siri 01 “Nak jual apa?” Sertai PRELUDE Revolsi Perniagaan Internet di bawah supaya tidak ketinggalan tips dan strategi yang disampaikan!

    ****************
    PRELUDE Revolusi Perniagaan Internet (PERCUMA)
    Sesi terakhir!*
    bm_poster_for_email.jpg

    Ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi, mempunyai 3 soalan utama, iaitu:

    1. Nak jual apa di Internet?
    2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
    3. Bagaimana nak promosikan perniagaan anda?

    Sesi saya di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 12hb Mac, akan menjawab ketiga-tiga soalan di atas. Tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan secara part-time, atau anda sedang menjalankan perniagaan kini dan ingin mengembangkan keuntungan perniagaan anda melalui Internet, di sesi ini, akan membantu anda mencapai matlamat perniagaan Internet anda.

    Oleh itu, anda dialu-alukan menghadiri sesi saya pada hari Sabtu depan!

    PRELUDE REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET

    Bersama Irfan Khairi
    Tarikh: Sabtu 12hb Mac 2011
    Kuala Lumpur
    Vistana Hotel
    10.00 pagi - 1.00 tengah hari
    Masuk: PERCUMA

    Sekiranya anda ingin menghadiri sesi di atas, sila lakukan tempahan awal oleh kerana sesi-sesi ini adalah eksklusif kepada 100 penyertaan sahaja untuk memudahkan pembelajaran teknik-teknik perniagaan Internet yang disampaikan. Juga akan disampaikan maklumat mengenai acara gilang gemilang- Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 + tawaran istimewa bagi mereka yang hadir.

    Sekiranya ingin hadir sesi di Vistana Hotel Kuala Lumpur, sila email sales@rahsiainternet.com dengan tajuk “PRELUDE KUALA LUMPUR 12 MAC” beserta maklumat-maklumat berikut:

    Nama: ………………………..
    No.HP: ………………………..
    Alamat email: …………………………
    Jumlah peserta: ………………………………

    Kita jumpa di sana ya!

    Pendapat Anda? [6] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
  • Podcast: Irfan Khairi @ BFM89.9
  • Aktiviti terbaru IK

  • Sempena acara Revolusi Perniagaan Internet, dapatkan lagu tema acara ini- lagu berkonsep motivasi. Mudahan dapat memberi motivasi dan menaikkan semangat anda bila memerlukan!

    bm_poster_for_email.jpg

    Boleh download di sini: http://www.rahsiainternet.com/mp3/Revolusi_ku.mp3 enjoy!

    Nadi ku degup kencang
    Jiwa ku takkan goyang
    Keringat kudrat membasahi
    Semangat takkan mati

    Andai ku jatuh tersungkur
    Selagi di kandung tubuh
    Akan ku bangun semula
    Menggapai bintang

    Ku berdoa
    Pada Mu Tuhan
    beri kekuatan
    Tiada tandingan

    Ku berdoa
    Dengan nafas ku hela
    Ku lihat cahaya
    Dunia baru
    Revolusi ku

    Lagu & Lirik: IK
    Nyanyian: Razzi Rahman
    Performed by: Pagi band (facebook.com/pagifb)

    Boleh download di sini: http://www.rahsiainternet.com/mp3/Revolusi_ku.mp3 enjoy!

    ps: sekiranya anda free pada Khamis 27hb Jan 2011, jam 8.00 malam, akan diadakan sesi preview PERCUMA Revolusi Perniagaan Internet, di Cititel Hotel, Midvalley Kuala Lumpur (Tingkat 5). Di jemput hadir ;)

    Pendapat Anda? [10] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Revolusi Perniagaan Internet - a great 2 days event!
  • Rahsia membina jenama
  • TQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Irfan Khairi ‘Live’: “Revolusi Perniagaan Internet” poster

  • Next Page »