Kali ini saya ingin menjawab 2 soalan yang berkaitan. Terima kasih kepada yang menyoal :)  

SOALAN: Kalaulah di dunia ini, cuma terdapat 1 CARA sahaja untuk memperolehi duit yang banyak, iaitu melalui internet, model apakah yang Dr akan pilih dan rekomenkan?

Hmmm… minta 1 cara. Tapi saya ada 2 cara bagaimana? Ok, saya pilih satu sahaja… jawapannya adalah: mencipta produk sendiri, dan menjualnya di Internet! Contoh seperti buku RJJIT, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Cara Promosi. Sebabnya adalah, perniagan boleh dilakukan dengan automatik dan keuntungan anda terima hampir 100%. Bagi yang berminat mencipta produk sendiri, Workshop Jutawan Internet ada menceritakan panjang lebar.

Tetapi kalau anda minta saya jawab 2 cara, cara kedua adalah menjalankan perkhidmatan di Internet. Contohnya adalah seperti grafik designer, editor buku, proofreader, copy writer, 3d animator dan sebagainya… Walaupun keuntungan anda akan terima hampir 100%, namun perniagaan ini sukar dijalankan secara automatik oleh kerana anda yang perlu memakan masa untuk menghasilkan kerja.

SOALAN: Apakah saranan Dr. untuk sy mengembangkan perniagaan ini tanpa menjejaskan kerjaya, masa untuk keluarga dan pada masa yang sama perniagaan dapat diteruskan?

Good question. Sebenarnya, mungkin ramai yang tahu, pada asalnya saya menjalankan perkhidmatan di Internet- sebagai grafik designer, mencipta cover buku, logo, consultation online. Tetapi, ianya memakan terlalu banyak masa dan tenaga. Namun, masa tu, tiada keluarga- bujang trang-tang-tang :) , so, tak mengapa dari pagi sampai lewat malam menghadap komputer. Namun, kini masih lagi menjalankan perniagaan sebegitu, tetapi, tidak terlalu banyak seperti dulu. Dah cut-down!

Kini, dah berumahtangga perlu bahagi masa dengan cekapnya. Jadi, time management memainkan peranan penting. Terutama sekali, model perniagaan juga menggunakan model perniagaan mencipta produk sendiri, dan menjualnya di Internet. Jadi, perniagaan boleh dijalankan secara automatik dan masa tidak terlalu banyak terluang dihadapan komputer.

Sebagai contoh, kalau dulu nak buat grafik, 3-4jam hanya untuk siap satu kerja pelanggan. Kini dalam masa kurang 5 minit boleh siap order pelanggan membeli buku/cd atau ebook.

Sebagai tambahan, perlu berdisiplin dari segi, walaupun kerja di rumah, perlu ada “waktu pejabat” juga. Bukan bermaksud kerja di rumah relaks duduk depan TV… tetapi, time kerja, masuk bilik pejabat SOHO, dan fokus lakukan kerja2 sepatutnya.

Sebagai tambahan, memandangkan perniagaan Internet dilakukan dari rumah, apa kata anda sertakan sekali keluarga dalam perniagaan anda. Dengan ini, ia menjadi perniagaan keluarga dan dapat merapatkan lagi hubungan sesama keluarga.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan perniagaan… dan lagi perniagaan
  • Gandakan pelawat - dapatkan recommendation dari pelawat anda
  • Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?
  • Apa saya buat dengan my first RM1,000,000?