Perniagaan online, promosi offline?

Comment semalam ada menyebut tentang ini dan saya tergerak hendak menyentuh berkenaannya hari ini.

Perniagaan Internet tempatan especially, tidak seharusnya bergantung 100% kepada promosi online sahaja. Ini kerana:

  • Di Malaysia, masih ramai yang tidak mempercayai perniagaan Internet. Oleh itu, promosi offline boleh menjadi sebagai jambatan untuk mencapai mereka yang tidak percaya menjadi percaya oleh kerana iklan offline memberi kesan psikologi bahawa sesuatu perniagaan Internet itu wujud secara nyata (bukan sekadar maya sahaja).
  • Di Malaysia dikatakan lebih daripada 10 juta pengguna Internet. Yang tidak mengguna Internet hampir 20 juta lagi. Jadi, it makes sense untuk meluaskan pasaran dengan cuba mencapai pasaran yang lebih besar yang tidak dicapai oleh perniagaan Internet.
  • Dalam ebook 101 Cara Promosi menyatakan 1+1 dalam promosi, tidak menghasilkan 2. Tetapi, mungkin 5… 10… 20? Oleh itu, gabungan promosi online dan offline akan melipat kali ganda keberkesanan suatu promosi.

Ada juga yang kata, kalau camtu, baik tak payah buat perniagaan Internet. sebab bukan 100% melalui Internet. 

Back to the basic. Apakah matlamat sesuatu perniagaan? Sudah tentunya untuk mendapat keuntungan yang maksima. Oleh itu, adalah lebih wajar memaksimakan untung tidak kira melalui media promosi apa sahaja.

Bak kata Donald Trump “Focus on the goal, NOT the weapons!” 😉

ps: Yahoo, Google, Amazon, GoDaddy dan sebagainya semuanya walaupun perniagaan Internet, tetapi tetap menjalankan promosi offline secara meluas. Untuk mengetahui 101 Cara Promosi, lawati http://www.rahsiainternet.com/carapromosi

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

23 thoughts on “Perniagaan online, promosi offline?

  1. saya setuju dgn apa yg Khairi katakan.. masih kurang kesedaran ttg perniagaan Internet. Ianya seringkali disalahtafsirkan sebagai skim cepat kaya…
    sebab itu la saya rasa agak tawar hati hendak target online market Malaysia..

  2. Terima Kasih untuk tips yang bagus untuk hari ini.

    Saya jugak bersetuju dengan Saudara irwandahnil tentang kos promosi offline. Tetapi, kalau memang ade a very good business online macam lelong.com, then memang berbaloi untuk advertise kat newspaper dan magazine jugak.

  3. Saya menuntut dari sifu kita la… Irfan. Mmg betul 1+1 takkan jadi 2 dalam mempromosikan perniagaan. Mcm saya sendiri, masa jual secara offline, sambil tu saya menyebarkan brosur tentang online bisnes. Memang betul spt yg dikatakan dlm tips hari ni, bila kita bagitau yg kita ada online shop dan diorg boleh juga dapatkan semua produk yg kita jual hari tu di internet, ramai yg seolah-olah impressed “ohhh… boleh beli online ye?” Jadi, sekurang-kurangnya kita dpt mewujudkan kepercayaan terhadap bisnes online kita – yg ianya mmg benar2 wujud, kita org di blkg tabirnya dan bukannya menipu etc. Lagipun thru experience, org malaysia ni, ramai yg even dah surf website, tapi masih call utk membeli secara offline…

  4. Kalau dah namanya perniagaan..mestilah banyak cara promosi perlu dilakukan.Memang tak boleh harap online semata-mata.. kalau terjadi gempa bumi macam hari tu menyebabkan talian internet bermasalah, takkan kita tak buat promosi? rugi la bisnes kita macam tu.. 🙂

  5. spt kata apa matlamat buat bisnes, saya amat setuju kata Donald Trump “Focus on the goal, not the weapons”. Perlu juga diingat “Strategi yang menjayakan kita pada satu masa, boleh menjatuhkan kita pada pada masa dan suasana yang lain. btul tak ?…

  6. Promosi di mana pun, yang penting kita perlu ada bajet untuk pengiklanan. Dengan bajet yang terhad (atau tiada bajet langsung), capaian dan keberkesanan promosi kita adalah agak (amat?) sempit. Kita mungkin boleh sampai kepada komuniti tertentu, tapi tidak secara menyeluruh. Irfan sudah lama melakukan promosi secara online dan juga offline. Cuba lihat kesannya ke atas perniagaannya sekarang. Tapi dia juga meletakkan bajet yang besar (berpuluh ribu setahun?) hanya untuk tujuan promosi – online dan offline. Dengan lain perkataan, tanpa WANG – kita sukar utk begerak jauh… sekadar pendapat.

  7. untuk mendapatkan pulangan semua jenis promosi memang perlu dicuba.disamping itu boleh dibuat kajian kaedah mana yang paling baik

  8. betul kata irfan….
    tak semestinya kita beniaga secara online tapi promosi tertumpu kpd 1 cara online saja.kena pelbagaikan cara promosi…

  9. 1+1= 2, salah tu dik , 1+1 =20,30…. Betul
    kata Cikgu Irfan.

    Saya yang dalam bidang perakaunan ni mungkin
    memikirkan ketepatan. So 1+1 = 2

    Tetapi dalam bisness kata seorang usahawan “bisness bukan hanya perakaunan samaada untung atau rugi dan bisness juga bukan hanya sekadar marketing untuk melariskan jualan. Seorang usahawan harus memikir lebih daripada itu sehingga matlamat akhirnya tercapai.”

    So, dalam bisness 1+1 takkan menjadi 2

  10. salam n selamat sejahtera

    pada saudara sekelian.
    apa yg diterangkan terlalu berharga. tetapi sy ada soalan pengiklanan berhubung rapat dgn pemasaran. yg mana perlu kita buat dulu pemasaran atau pengiklanan. adakah buat salah satu akhirnya dapat hasilnya kedua-duanya. ramai ahli perniagaan memilih cara yg mudah iaitu iklan kan saja. tapi hasilnya bagi sy tetap berbeza. pemasaran adalah perkara lama dlm dunia perniagaan tetapi perlu suntikkan. sy berharap Irfan akan menerangkan pasal pemasaran pula disesi akan datang.

    apa2 pun sy minat tentang Blog ini dan banyak ilmu yg sy timba ………… terima kasih semua

  11. saya sokong…

    ape saja peluang promosi mesti diambil selagi tak menjatuhkan maruh,profesionalsme dan yang pasti katakan tidak pada spamming..

  12. talking about offline promo.. saya ada terbaca sebuah iklan di Harian Metro.. Satu full page ttg produk dia.. hmm. Entah apa dia cuba promo.. tapi, ada satu line kat dalam tu yang buat darah saya menyirap.. ada ka patut dia cakap rakyat Sabah dan Sarawak miskin.. hmm.. maybe dia tak pernah pergi Sarawak lagi kot. By the way, why don’t you get mybloglog for this blog Irfan? It’s gonna be cool 😉
    I have one myself. You can check out my profile in Mybloglog there..

  13. Sebenarnya promosi dalam internet mcm-mcm ader. blog/sub/spider/bot/crawl/submission/meta desp/meta title dan macam macam lagi [satu dunia tahu] ni yang buat website itu top rank.Lagi banyak lagi tinggi rank dan satu lagi yang saya jumpa tetapi mungkin segelintir ajer yang tahu spyware. selalunya ia mendatangkan masalah. irfan, ader tak spyware friendly for advertisment???? . tanpa mengawal app com.

  14. salam..saya pendatang baru 🙂 saye mcm berminat utk test market..tp kalau perniagaan makanan spt kek..mcmane pulak nk buat online? sbb die perlu sntiasa dlm petiais..dn smestinye tak boleh mail..

Leave a Reply

Your email address will not be published.