Sun 16 Jul 2006
Sentiasa alert, dan sediakan perancangan khas sekiranya sesuatu yang tidak diingini dilakukan oleh pesaing anda. Sediakan plan B. Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing anda menurunkan harga dengan mendadak untuk menarik pelanggan anda? Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing anda menambahkan lagi kualiti produk mereka? Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing memburuk-burukkan perniagaan anda? Apa yang anda akan lakukan ekiranya pesaing baru hebat muncul?
Sentiasa fikirkan alternatif untuk perniagaan anda. Banyak bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti di atas dan banyak lagi. Dunia perniagaan adalah kompetitif. Fikirkan plan B supaya anda sering bersedia melakukan sebarang perubahan sekiranya apa sahaja terjadi!
Sebagai perniagaan kecil, melakukan perubahan adalah amat mudah! Cuma masalahnya, kebanyakan perniagaan kecil tidak mempunyai plan B.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

July 16th, 2006 at 12:20 am
Helo all… Pelan B saya apabila Harga d turunkan dan Kualiti Produk ditingkatkan oleh pesaing. Harga tetap sama , beri mereka bonus yang istimewa dan tingkatkan kualiti d bahagian khidmat pelanggan.
July 16th, 2006 at 12:54 am
Bekerjasama dengan pihak lain yang juga mempunyai reputasi dan tahap yang baik samada dari segi jenama, jualan dan kepakaran.
July 16th, 2006 at 1:06 am
Assalamualaikum…………..
Bukan Plan B Sahaja Yang Perlu..
Mungkin Juga Kita Perlukan Plan C,D…
July 16th, 2006 at 6:58 am
Kita kena sentiasa bersedia dengan pancaroba yang dihadapi.
July 16th, 2006 at 7:59 am
Asmk..
Dr IRFAN dan member2 seperjuangan, (barisan ‘tentera2 IT’ yg kental)..
Bukan apa sebut pasal PLAN B, terus teringat gambar Jackie Chan (kalau tak silap tajuknya ‘Who Am I’ kot) sebagai tentera dengan motto mereka “Eleven Done Too Many’..
Yang sempoinye.. gerakan besar2an menentang penjenayah negara mengikut plan tersusun..
Last sekali musuh terperangkap dalam PLAN B yang serba canggih dan extreme..
WAHHH…. DAHSYATNYA…
July 16th, 2006 at 12:01 pm
Kene sedia banyak Plan ni. Selaunya sedia satu plan je. Tak pernah nak pikir pasal plan B. Kalaud dah terjadi baru nak pikir plan B.
July 16th, 2006 at 12:03 pm
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, kita perlu bersedia sepanjang masa, disamping memikirkan serta melaksanakan perancangan2 baru untuk mempertingkatkan lagi prestasi perniagaan, kita perlu berubah, better and better, sudah pasti kita akan memperolehi kemajuan.
July 16th, 2006 at 7:25 pm
Mengadakan Plan B bukan setakat jika terdapat saingan sahaja, bahkan Plan B juga perlu disediakan sekiranya perancangan kita yg pertama tidak mendapat sambutan atau tidak menjadi. Jika pun tidak mempunyai Plan B atau pun tidak terfikir akannya dari awal, jgn berputus asa,jadikan ini sebagai cabaran, pengajaran dan sebagai peringatan pada masa hadapan dan teruskan berusaha!
July 16th, 2006 at 10:27 pm
perbaiki kelemahan pada produk dan service kita..plan B
July 17th, 2006 at 12:40 am
Anda perlu bersaing!!
Bagaimana untuk anda bersaing di dalam perniagaan anda?
Ketahui siapa pesaing anda? Lantik perisik handalan untuk pantau pesaing anda. Sediakan pelan B C D E F untuk anda berlawan. Anda perlu ingat bahawa berniaga umpama berperang. Hidup atau mati. Persoalannya bagaimana sahabat nabi Abdul Rahman bin Auf berniaga? Bagaimana Rasullullah berniaga? Apakah rahsia kejayaan mereka?
July 17th, 2006 at 3:29 pm
Mungkin ada sesetengah orang berpendapat, pesaing akan menjatuhkan bisnes kita..jangan anggap ia sebagai masalah atau ancaman..fikirkan pelbagai alternatif atau plan untuk kita lebih produktif…Contoh sendiri..kat dunia, berjuta-juta website ader..kenapa ramai pengunjung sudi membaca tips 1 minit walaupun sekejap?…Itulah salah satu plan…
July 17th, 2006 at 5:17 pm
wajib ada plan BCDEFGH….dan seterusnya..setiap satu plan semestinya mengunjurkan kepada matlamat asal.. bermakna kita telah siap sedia ‘diserang’ dari pelbagai sudut.. plan BCDEGFGH itulah perisai kita
July 18th, 2006 at 9:01 am
Plan B ..atau kita panggil plan alternatif yang boleh menyelamat perniagaan kita. Tapi bagi peniaga kecil seperti dikatakan tak dapat melihat keperluan plan B. Mengapa ? Adakah mereka merasakan berada di comfort zone. Atau mereka mudah meletak keputusannya kepada takdir ?
July 18th, 2006 at 8:48 pm
Consider situasi ini, (Kisah Benar)
Kawan saya ada sebuah CC. Dtg sorg pemuda bekerja dgnnya sbg pembantu utk mengurus Cyber Cafenya itu. Beliau sanggup dibayar rendah yg penting dia dpt pelajari bgmana kwn saya tu operate bisnes dia. setelah hampir setahun bekerja dgn kwn saya itu, beliau berhenti dan dengan modal yang 3 kali lebih besar berbanding masa kwn saya tadi mula mula run bisnesnya, pemuda tadi membuka Cyber Cafe-nya sendiri betul-betul di sebelah premis kwn saya tadi. Dia telah meletak harga perkhidmatan separuh daripada harga yg kawan saya tawarkan. apalagi, semua customer kwn saya tu tentulah lari ke kedai sebelah. setelah perniagaan kwn saya ni ditutup (krn malas / tiada keinginan nak bersaing), pemuda tadi telah meletakkan harga perkhidmatannya balik kepada harga asal, sama seperti harga yg ditawarkan oleh kwn saya dulu.
apa komen anda tentang situasi ini? adakah disebabkan tiada plan B atau ada sebab lain? patutkah pemuda tadi berbuat demikian atau padan muka kwn saya yg tiada desire utk berjaya itu?
————————————–
Thank you, your payment was successful
Merchant’s Reference: CD Rom + RJJIT
WorldPay Transaction ID: 184667575
—————————————
PS: Baru beli CD-ROM Irfan dan bukunya..
July 26th, 2006 at 9:02 pm
Assalammualaikum semua?
28hb ogos 2006 genaplah setahun usia Cybercafe saya. Daerah tempat saya berniaga agak terpencil. Pada mulanya perniagaan saya rancak dan pada masa tidak sampai 6 bulan saya dapat mengembangkan/membesarkan perniagaan saya. Tapi yang menjadi masalah kepada saya di tempat saya selalu terjadi masalah streamyx down dan bekalan api terputus bukan sahaja kepada sektor swasta malahan kepada sektor kerajaan. Ini secara langsung menyebabkan pendapatan saya terjejas. Yang terbaru ada lagi cyber baru telah dibuka. Saya telah membuat plan B yang mana saya nak berpindah ke tempat yang tiada masalah streamyx dan bekalan api. Tapi masalahnya saya kekurangan modal. Ada sesiapa yang dapat membantu saya?
March 18th, 2007 at 9:48 pm
Salam Azri,
Pada pendapat saya, apa yg boleh dilakukan ialah menyediakan add -on value pada cybercafe anda seperti contoh, membuat satu kejohanan online-game di CC anda.
Selamat.
June 14th, 2008 at 5:30 pm
Persaingan memang tidak dapat dinafikan.Saya juga telah hampir 5 tahun menjalankan perniagaan cc.Bermula dengan modal yang amat kecil, jadi perniagaan saya ini “progress”nya agak perlahan.Malangnya, hampir setahun ini x-kawan saya yang berniaga di tingkat bawah kedai saya telah menukarkan perniagaannya dari kedai buku kepada cc. Setahun saya hanya bertahan memandangkan modal saya yang amat terhad.Apa idea anda untuk saya atasi masalah ini?
December 14th, 2009 at 9:42 pm
Saya harap perniagaan yang kita jalankan bermanfaat untk masyarakat. sbb byk gak bdk ponteng skola, duk kt cc, n gamai bdk melayu main game kat cc tak ingat umah. arap2 mereka terjaga dr segi pergaulan n jangan hanya fikirkan keuntungan sahaja kalau ia bisa merosakkan bangsa sendiri tanpa kita sedari.