Program loyalty dalam perniagaan

Yang ni saya tak tahu bahasa Malaysia nya “Loyalty Programs”… any ideas?

Dalam perniagaan, kos untuk mendapatkan pelanggan baru, adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Maksudnya, untuk mendapat pelanggan baru, kita perlu melakukan promosi baru, yang memakan kos tinggi. Tetapi, untuk menarik pelanggan sedia ada dalam membeli produk atau perkhidmatan kita semula, kosnya adalah lebih rendah.

Satu kaedah dalam menarik pelanggan sedia ada kita adalah dengan mewujudkan loyalty program…

Contoh loyalty program:

  • Kad Mesra yang kita guna di stesen minyak Petronas. Bila selalu menggunakan kad Mesra tersebut di Petronas, kita mendapat bonus
  • Di The Chicken Rice Shop, kalau kita order kids meal, mereka akan chop pada satu card ni, dan kalau dapat 8 chop, dapat 1 free meal
  • Di SPA juga sering menggunakan strategi ni, selepas maybe 5 sesi spa, kita dapat 1 sesi percuma

Boleh tak anda aplikasi kan “loyalti program” seperti ini untuk perniagaan anda dalam menggalakkan lebih ramai pelanggan mengulangi pembelian mereka. Kerana…

Kos mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapatkan pelanggan sedia ada

Hmm… loyalty program = “program ganjaran” dalam bahasa Malaysia?

Bolehkah anda berikan lagi contoh-contoh loyalty program/program ganjaran yang anda pernah temui?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

34 thoughts on “Program loyalty dalam perniagaan

  1. Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

    Tq Irfan,
    Semoga tip ini dpt membuka mata kita semua TERUTAMA yg terlibat dlm industri MLM.
    ‘Loyalty Program’ ini sebenarnya ‘konsep’ industri MLM ‘TULEN’. Mendidik masyarakat menjadi PENGGUNA BIJAK (hanya mengguna produk berkualiti dgn jaminan ‘organik’ dan menjadikan ‘KUASA’ berbelanja sebagai ‘ASET’ yg memberi pulangan amat lumayan.
    http://jomkenakopi.webs.com/

  2. 7eleven pun bagi free slurpee lepas dah cop kad , byk juga supermarket yg guna kaedah sama agar pelanggan sentiasa dihargai, PARKSON beli brg ada voucher jika melebihi pembelian brg mereka selain bonuslink point πŸ˜‰

  3. Loyalty Program = Program Kesetiaan.

    Program lain yg boleh di ambil contohnya ialah “Insuran kereta (NCV)”. Terjemahan utk perniagaan ialah setiap pelanggan yg melakukan pembelian ulangan akan menikmati “Diskaun Bertingkat”.

  4. bukan mudah untuk mendapat pelanggan yang setia dgn produk kita.mcm produk ik la ramaikan pelnggan yg setiap kerana keperluan yang berterusan yang menyebabkan pelngan akan terikat dengan produk yang kita keluarkan.tq

  5. Ò€Loyalty ProgramsÒ€=Program Kesetiaan

    Program ini lebih menjaminkan kesetiaan pelanggan dengan kos yang minimum.

    Ramai pelanggan yang setia=Keuntungan berganda

  6. Yep, bagi saya loyalty program menanam kesetiaan pelanggan kepada brand / perniagaan tersebut. Dan ini akan menjana jualan yang berulang kali daripada pelanggan yang sama πŸ™‚ That is what loyalty program is all about πŸ™‚

  7. Sudah tentulah Program Kesetian ini diterapkan dalam konsep perniagaan MLM..

    MAS dengan Kad ENRICH…

    Lain-lain seperti Shell dan Parkson dengan BONUSLINK, Jusco dengan JCard, dan banyak lagi lah..

  8. salam ceria bro Irfan, saya pernah jumpa program loyalty nie. Tapi dekat cyber cafe bukit bintang.customer yang selalu pergi kedai tu akan dapat satu kad loyalty.bila penuh 5 cop,customer dapat guna free 1 jam.mmg bagusla program loyalty nie.

  9. Bagus juga Loyalty Programs ni. tetapi nak kumpul mata untuk mendapatkan hadiah (isi minyak) punya la susah. walaupun sudah setia pada satu jenama station minyak sejak mimiliki kereta tapi satu hadiah pun tak dapat.(4 tahun punya kumpul mata ganjaran) kini bertukar ke minyak jenama lain.

  10. Loyalty Programs = Program Mesra Pelanggan? πŸ˜€

    Ya, betul tu Irfan. Menarik pelanggan yang sedia ada adalah lebih senang daripada mula menarik pelanggan yang baru. Bab ni, ada diterangkan dalam buku ‘Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar’ Irfan tu kan… πŸ™‚

    Dan teknik Program Mesra Pelanggan (Program Kesetiaan) adalah antara teknik tepat dan berkesan ke arah itu.

    Antara contoh lain? Hmmm… Pasaraya-pasaraya besar? Tesco, Mydin, dan lain-lain lagi. Mereka guna kad poin juga. So, boleh redeem untuk dapatkan barang atau kupon diskaun. Kalau ada lagi yang guna contoh ni, saya maklumkan lagi ya… huhuhu… πŸ˜€

    Thanks Irfan. πŸ™‚

    – Usahawanita Internet, IM Zainun

  11. Terlalu banyak perniagaan yang memperkenalkan Program Kesetiaan ni. Memang bagus. IK pula bila nak wujudkan Loyalty Programs seperti ini?

  12. Salam.

    Mungkin kita jugak boleh gunakan idea loyalty ni kat client kita. Berikan lebih byk diskaun kepada pelanggan setia, berikan lebih servis kepada mereka.

    Regards

  13. ringkasan program loyalty nie .. misal contoh beli 2 dapat separuh harga … on direct sales. kalo beli banyak dapat diskaun .. may be certain product kena kumpul point atau chop bagi mendapat rebate pembelian … tapi untuk perniagaan internet saye syorkan dengan menggunakan kaedah pembelian kedua mendapat diskaun contoh beli 1 dengan harga RMxxx jika beli 2 anda mendapat 50% potongan … mudah jek loyalty program nie … anda boleh aplikasikan dalam perniagaan yang anda lakukan … saye pun selalu bagi diskaun pade customer2 saye di kedai ..

  14. it really work, and i think ia sesuai di aplikasikan kepada kebanyakan perniagaan kita, the important thing is, kita kene bijak sesuaikannya dengan our business, rite?

  15. salam untuk semua,
    idea yg membuatkan sesuatu perniagaan terus berkembang walaupun ekonomi gawat, program kesetiaan merupakan konsep menang-menang antara pengusaha dan pengguna, jgn terlepas pandang tentang perkara ini terutama sekali peniaga2, tangkap peluang time gawat ni untuk melipakan-gandakan keuntungan, banyak contoh syarikat gergasi dan syarikat baru sudah beralih arah ke teknik ini untuk menarik pelanggan tetap sejak bonuslink dilancarkan dulu sehinggakan bank-bank di malaysia pun menggunakan teknik ini untuk menarik pelanggan menggunakan perkhidmatan mereka seperti maybank2u.com.

  16. Salam, baru berkesempatan memberikan sedikit input, sebagaimana yang kita semua maklum, dalam dunia perniagaan khususnya (amnya dalam kehidupan) perkara paling payah ialah nak mengekalkan prestasi perniagaan yg kita ceburi, so idea mewujudkan program kesetiaan sedemikian amatlah dialu-alukan. Pada pandangan peribadi saya, network itu terlalu penting untuk masing2 maju dan terus maju ke hadapan-bersatu kita teguh bercerai kita roboh..dalam apa jua situasi kita hendaklah bersatu, bisnes untuk semua, sama2 maju, sama2 untung..apa2 pun mulakan dgn niat suci_kerana Allah InsyaAllah!Bisnes kita berkat, kaya dunia akhirat..Amin!(p/s:Dah try toner mata biru yg saya hadiahkan ketika taklimat di Cititel?_Jumpe lagi nx workshop-InsyaAllah)

  17. Program kesetiaan ni memang bagus kerana win-win situation. Pembeli mungkin dapat mata ganjaran dan diskaun, manakala penjual pula akan mendapat pembeli yang setia untuk guna produknya. Buat masa ni sy cuma melanggani kad Mesra…

  18. salaam en irfan, bagi saya Program Kesetiaan ini akan menyebabkan keyakinan kita bertambah terhadap apa sahaja produk-produk yang dijual atau dikeluarkan oleh sesebuah syarikat itu.

  19. Dengan loyalty program ni, kita mengikat customer untuk terus setia dgn kita..Ia mmg betul2 berkesan. Lgpun betul kata IK lebih senang customer yg ada utk membeli semula (repeat sale) dr mencari pelanggan baru

  20. Salam,

    Bagi saya loyalty program nie boleh dianggap sebagai salah satu marketing tools tak kira online atau offline business.Dengan adanya loyalty program,kita dapat mengekalkan tahap kesedaran pelanggan kita yang kita masih berada di pasaran sambil boleh mempromosikan produk yang lebih advanced atau baru.Mengekalkan kesetiaan pelanggan adalah tugas yang sama pentingnya dengan mencari pelanggan baru.Pelanggan tetap biasanya akan expect a better expectation daripada kita.

  21. salam en irfan,

    saya amat setuju dgn pendapat usahawanita internet, bahawa menjaga pelanggan yg sedia ada adalah lebih senang dari menarik pelanggan baru.

    & dengan mengadakan program sebegini, pelanggan yg sedia ada seboleh2nya akan berbelanja di tempat2 tersebut utk kumpul points/apa2 yg berkaitan & secara tak langsung ia menjadi medium utk viral marketing yg mana dia mesti akan cerita pada saudara mara dia. kalau depa tak join pun, pasti depa akan pinjam kad diskaun members tu & gunakan utk beli barang kat kedai berkenaan.

    betul tak?

    & ia juga melambang sesesuah perniagaan tu mempunyai margin yang tinggi. setakat berapa sen diskaun & bagi hadiah macam2 utk points terkumpul ape lah sangat.

  22. salam…
    di kenalpasti aplikasi yg sama juga berlaku pada peniaga2 DVD cetak rompak.. loyalty program turut digunakan. 1 DVD 1 cop.. cukup 10 cop free 1 DVD…just think of it…

  23. Ada sesiapa boleh bagi cadangan kalau perniagaan itu berkaitan dengan perkhidmatan(tidak ada produk).

  24. Tujuan utama bagi peniaga adalah untuk bersaing dengan peniaga lain bagi mengekalkan pelanggan lama dan menarik pelanggan baru melului program yang memberi “ganjaran” atau “umpan” menarik pelanggan lama terus membeli darinya.

    Pelanggan sekarang menjadi lebih bijak dan pemilih kerana mereka banyak pilihan. Pelanggan akan berbanding harga, kualiti, servis, hadiah dan lain-lain sebelum membuat keputusan membeli atau menggunakan servis tersebut.

    “Tamak” merupakan “naluri” manusia. Program kesetiaan yang memberi “faedah”, “diskaun” atau “hadiah” sudah tentu akan terus mendapat sambutan dan sokongan pelanggan.

    To your success
    Bryan Hee
    Follow me on Twitter
    http://Twitter.com/bryanhee

  25. loyalty program??
    hmm saya masih xberapa pham sangat ttg ni.;
    bagi saya :
    MLM VS Loyalty Program?
    atau MLM dtukar ke Loyalty Program
    boleh x?

  26. Hanya untuk perbincangan, kenapa pelanggan setia?
    1. Setia betul-betul setia.
    2. Setia sahaja setia.
    3. Setia suka-suka
    4. Setia nak cuba.
    5. Tidak setia tetapi diam.
    6. Tidak setia beritahu orang.
    7. Musuh pemusnah kesetiaan.

    Dimana pelanggan kita berada?

  27. Salam..mungkin terlewat utk memberi komen dalam isu ini tapi saya sekarang dalam kajian untuk analisis program kesetiaan yang mana adakah sangat berkesan bagi menarik pengguna lebih2 lagi berkaitan dengan penebusan mata ganjaran…pendapat kalian bagaimana…adakah berbaloi berbelanja dan mengumpul mata ganjaran yang banyak dan menebusnya dengan barangan yang kadar harganya adalah lebih murah?komen anda sangat dialu-alukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.