Mengiklan melalui brochure dan pamphlet sering di lihat sebagai tidak efektif- mungkin kerana sekiranya kita sendiri menerima brochure atau pamphlet, kita akan terus buangnya ke tong sampah!

Kali ini, disini satu tip bagaimana untuk menggalakkan penerima terus membaca brochure anda.

Bentukkan brochure anda dalam format soalan dan jawapan. Berikan soalan, dan kemudian, berikan jawapan kepada soalan tersebut.

Pakar psikologi mengatakan bahawa dengan memberi soalan, secara automatik (separa sedar), pembaca akan lebih cenderung terus membaca untuk mengetahui jawapannya. Soalan-soalan seperti:

  • Anda mempunyai masalah jerawat yang teruk? Baca selanjutnya untuk mengetahui cara rawatan yang mudah…
  • Bagaimana kami dapat membantu anda?
  • Apakah manfaat rawatan ini kepada anda?
  • Di manakah lokasi kami?
  • Berapakah harga rawatan ini?

… dan seterusnya!

Dan sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, anda boleh gunakan tip ini untuk menggalakkan lebih ramai pelawat membaca apa yang anda ingin katakan- dan mengubah mereka menjadi pembeli! Rujuk http://www.rahsiainternet.com/workshop sebagai contoh.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengiklan melalui brochure dan pamplet
  • Antara strategi & teknik
  • Jutawan! bersama jutawan muda ICT
  • Teknik “Halo” dalam perniagaan