Fri 29 Oct 2010
Sekiranya modal kita kurang atau budget kita kurang, bagaimanakah cara terbaik untuk promosi perniagaan kita?
Ikut dua langkah ini dan anda akan berjaya maksimakan pulangan promosi perniagaan anda pada kos yang rendah…
- Langkah #1: Tentukan sasaran pasaran anda. Kecilkan pasaran anda kepada satu market sahaja. Who are the BEST target market for your products & services? Luangkan lebih banyak masa di sini.
- Langkah #2: Ulang mesej promosi anda berkali-kali pada sasaran tersebut. Ulang-ulang dan ulang pada sasaran yang sama-sama dan sama!
Untuk berjaya mendapat pasaran yang besar, langkah pertama adalah untuk memasuki fikiran pasaran anda. Ini dapat dilakukan dengan mengulangi mesej yang sama berkali-kali.
Ianya akan mengambil masa yang lama untuk memasuki fikiran pasaran anda sekiranya modal anda adalah kurang, namun, dengan kesabaran dan ketekunan melakukan promosi yang sama, mesej perniagaan anda akan memasuki fikiran target market terbaik anda lambat laun!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


December 1st, 2006 at 9:24 am
Thanks a lot Saya rasa dalam banyak2 tips, yg ni la paling power dan berkesan bagi saya. Insya-Allah sy akan amalkannya selalu..
December 1st, 2006 at 9:31 am
Terima kasih
Saya dah praktikkan kedua-dua langkah tersebut. Memang praktikal…
Semestinya saya sudah nampak hasilnya.. saya mesti teruskan usaha saya untuk kekal pada tahap sediada atau menambah baik promosi saya.
thanks
December 1st, 2006 at 9:36 am
hi semua..teknik ini saya mahu cuba..tambahan pula kebanyakan small business online di malaysia budgetnya memang agak ‘ciput’ sedikit..tq
December 1st, 2006 at 12:01 pm
Kalau nak kaya cepat pun janganlah buat skim piramid berselindung atas nama e-book ke apa ke ! Lepastu pulak nak sedapkan cerita masukkan pula nama Irfan & Azizi Ali. Azizi Ali tu educated dan genius, itu pasal dia boleh jadi pilot. Sekarang macam macam org si putar alam mengaku perunding kewangan dsb nya padahal srp & spm pun tak pass.
December 1st, 2006 at 1:07 pm
As’kum…terima kasih info hari ni…saya pasti gunakan utk perniagaan saya…insyaAllah…Zamri Azran Alam
December 1st, 2006 at 4:33 pm
saya pun tengah blajar nih
December 1st, 2006 at 5:04 pm
sy sokong pandangan azhar..
December 2nd, 2006 at 2:07 am
saya setuju dengan bab ini, pasal tulah saya tak jemu-jemu promosi website saya untuk niche market, magnet therapy…..
bila dah established atau dapat pagerank, boleh lah jual produk-produk magnet therapy…
apa yang bakal menjadi masalah, dikhuatiri keadaan atau suasana atau semangat bercakap-bercakap dan bercakap tentang benda yang sama boleh membosankan, lebih-lebih lagi kalu kurang respon dari orang lain, lebih buruk lagi kalau langsung tak dapat respon dari orang lain.
saya letakkan target untuk satu-satu website berjaya adalah 6 bulan.
apa pula pandangan irfan dalam cerita target kejayaan satu-satu website ni. atau kalau boleh sendiri keluarkan subjek khusus untuk penilaian website yang berjaya, sederhana dan mati ‘dead’?
bagus tak idea ni?
December 2nd, 2006 at 9:05 am
Assalammualaikum
Tip ni mmg best sy pasti akan gunakan dalam perniagaan saya. mmg pun budget sy skrg nih ciput tiba-tiba dapat tip camni bagai bulan jatuh keriba lah gamaknya.
Anyway thanks a lot
December 2nd, 2006 at 11:17 am
teknik promosi ini memang membosankan. dan selalunya melemahkan semangat sebab effect dia, sikit-sikit sahaja nampak. ada kalanya kita terasa macam nak ubah mesej… approach. tapi, itu lah kesilapannya…
cuba ingatkan rokok Malboro. sejak 50 tahun lepas, mereka ada tak ubah mesej mereka? mereka ada tak ubah target market mereka (untuk lelaki yang rugged ala cowboy)?
memang bagi usahawan ianya boring… tetapi, ia amat efektif apabila memasuki fikiran pasaran anda.
October 24th, 2007 at 2:28 pm
semua rakyat malaysia mesti cuba dan ikut cara
January 9th, 2008 at 6:04 pm
yup betoi tuh…saya juga akan cuba bertahan dengan tips nie…kita perlu fokus pada biz dan target sasaran kita.
mungkin makan masa lama 1 atau 2 tahun atau lebih dari itu..
yg penting jgn mudah mengalah…tul tak?
May 27th, 2008 at 9:42 pm
very true!
sudah pun saya laksanakan n it works!
thank u IK
June 1st, 2008 at 9:42 pm
thanks a lot saudara irfan atas tips promosi ni,saya akan cuba menggunakan nya.sbb saya dah tahu knp saya selalu gagal…sbb saya selalu ubah teknik promosi dan tdk konsisten…senang citer ,x sabar.
insya ALLAH.dgn input yg u beri saya cuba konsisten terhadap target market saya,,,,
thanks.
November 2nd, 2008 at 4:30 pm
ye betul tu, kalau budget kecik utamakan target kepada golongan tertentu ajer, xpayah nak market kepada semua golongan, buang karan je
December 20th, 2008 at 1:45 pm
sy sokong..yang penting fokus
February 20th, 2009 at 3:33 am
saya akan amalkan tips2 ni.. thanks a lot
January 17th, 2010 at 4:15 pm
Kalau nak promosi dengan lebih berkesan dan menarik traffik yang banyak macam mana pulak?
November 1st, 2010 at 11:41 am
Ya!
November 1st, 2010 at 12:08 pm
Setuju sangat. Dengan sasaran begini, kami sering mendapat repeat sale…
November 1st, 2010 at 9:26 pm
Hmm… tips yang ringkas tapi sangat berkesan. Thanks Dr. IK.
November 1st, 2010 at 9:41 pm
Satu perkongsian yang berguna dalam isu promosi. Kebanyakan teknik yang diberikan adalah percuma dan amat rendah sekali dalam soal modal..
Tetapi kesan amat lambat apa yang yg diperkatakan oleh Tuan IK.
Tq
November 2nd, 2010 at 11:46 am
Saya faham dengan konsep tu.Bagaimana pulak kalau yang bisnesnya live bertemu orang ramai? Lately sekarang ni saya tengok pembeli dah kurang, terutamanya di shopping2 complex dan hypermaket.Tambahan pulak persaingan dikiri kanan. Nak main harga plak x dibenarkan disesetengah shopping complex dan hypermarket.Macamana peniaga kita nak survive? IK tolong bagi tips.
November 2nd, 2010 at 4:21 pm
memang menarik teknik ni…cam dalam radio ar jugak kalo kita dengar lagu baru memang mula mula sakit telinga tapi kalo dah hari hari dengar jadi lali..kadang kadang mulut pun ikut menyanyi gak
November 4th, 2010 at 11:30 pm
Sekiranya melakukan sesuatu itu berdasarkan “passion”, walau budget umpama “siput sedut”(sedap tu..)InsyaAllah tak ada istilah bosan & putus asa. Jangan dilupa berdoa, promosi, promosi, promosi….
November 10th, 2010 at 1:39 am
Thanks IK…perkongsian yang menarik bagi sesiapa yang kekurangan modal untuk promosi…
December 6th, 2011 at 12:09 am
thanks saudara irfan,perkongsian yg menarik.