Diari saya minggu ini…

 

 

Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya aktiviti mingguan saya, kali ini dalam “Reality” saya akan tuliskan sedikit ringkasan aktiviti saya sepanjang minggu ini 😉

  • Ahad 24hb…

Workshop Jutawan Internet dijalankan di JW Marriott KL! Terima kasih kepada peserta-peserta yang sungguh sporting! Semoga berjaya dalam perniagaan Internet.

Workshop hari ini mendapat liputan daripada akhbar KOSMO. Terima kasih kepada KOSMO kerana memberi sokongan! Workshop Jutawan Internet seterusnya akan diadakan tidak lama lagi. Klik untuk maklumat lanjut.

  • Isnin 25hb…

Hari ini saya berada di studio Popiah Pictures di Jalan Bukit Bintang untuk menjalankan penggambaran “Nescafe Kick-Start” Musim ke-4! Bagi anda yang tak tahu, ini kali ke dua saya menjadi judge untuk program Nescafe Kick-Start… besar tanggungjawab sebab perlu memilih siapa yang berhak menang RM30,000 dan RM150,000 untuk menjadikan impian mereka satu reality.

Nescafe Kickstart akan mula disiarkan di TV3 minggu hadapan.

Shooting untuk rancangan sebegini agak memenatkan oleh kerana dari pagi sampai ke malam. Makan minum semua di Popiah Pictures. Bersama saya, judges lain adalah Azah 3R, Peter Ong dan host Cheryl Samad. Ucapkan good luck kepada peserta-peserta Nescafe Kick-Start tahun ini… final akan diadakan pada bulan April nanti 😉

Sepanjang hari ini, memang di studio shooting for Kick-Start.

  • Selasa 26hb…

Sepatutnya, pagi ini saya perlu berada di studio Radio24 untuk rakaman “Jutawan bersama Irfan Khairi” Tetamu adalah Dr HM Tuah. Sepatutnya kali kedua Dr Tuah menjadi tetamu ikon jutawan saya… tetapi, last minute pula rancangan dibatalkan oleh kerana baru baru ini, Dr Tuah menjadi peneraju programnya sendiri di Radio 24 bertajuk Seribu Motivasi. Polisi Radio24 pula, tetamu tak boleh dikalangan peneraju program… maka, rakaman jutawan di batalkan.

Rakaman di ubah hari esoknya bersama ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Kali ini, dirancang untuk membuat rakaman temubual melalui telefon oleh kerana Azman Ching sibuk esok!

Sebelah petang pula, terdapat sesi presentation & pitching untuk propose satu documentary dengan sebuah syarikat semi kerajaan di Impiana KLCC. Oh ya… saya juga antara pengarah syarikat milik mantan pengacara TV3, Nizal Mohammad- Nizal dot com Sdn Bhd. Nizal dot com adalah syarikat production & media di mana saya sebagai Digital Content Director. Haa… sekarang anda baru tahu saya pun milik perniagaan lain selain Irfan Khairi Sdn Bhd! 😉

Nizal dot com adalah sebuah production & media house di mana kami focus on producing dokumentari untuk broadcasting dan juga new media. Syarikat milik bersama Nizal, saya sendiri dan Nahar Khan (Nahar dulu2 penulis skrip XXRay dan pengarah siri-siri Kisah Benar dan banyak lagi. Seorang pengarah award-winning- very talented!)

Di Impiana ketika presenting project proposal, dapat lihat pengarah terkenal lain seperti U-Wei (Kaki Bakar) dan produser Raja Azmi (Black Widow) turut sama persembahkan proposal mereka.

Hmmm… berjayakah Nizal dot com dalam presentation proposal kami? Kami pun sedang menunggu jawapannya… doa-doakan ya. kalau menjadi, inilah antara project besar syarikat production kami  😉

  • Rabu 27hb…

Pagi ini saya ke Wisma Bernama, tingkat 15- Radio24 untuk menjalankan sesi recording bersama ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Pertama kali Jutawan melakukan temubual melalui telefon.

Malangnya… sekali lagi terdapat kesulitan. Dah la semalam dengan Dr Tuah tak menjadi, pagi ini juga tak menjadi apabila studio mengalami technical problem! Apabila bersama Azman Ching on air, saya dnegar suaranya… tetapi, beliau tak dengar suara saya.

Kelam kabut panggil krew teknikal bernama… tetapi, masalah tidak dapat settle dalam waktu yang singkat kerana saya & Azman Ching masing-masing punyai urusan yang lain.

Nak tak nak, hari ini, Jutawan di batalkan dan dimainkan rakaman Jutawan dari tahun lepas.

Juga hari ini, berteleconference dengan seorang ikon jutawan Singapura, Abang Abu- pernah menjadi tetamu Jutawan bersama Irfan Khairi Disember lepas kerana ingin menjemputnya ke KL sekali lagi untuk program Jutawan, serta, berita baik bagi kita di KL, untuk promosikan seminar terhangat di pasaran Singapura- MAP UNTUK KAYA kelolaan abang Abu yang akan diadakan pada bulan May nanti.

MAP UNTUK KAYA di KL akan diuruskan oleh sayarikat saya IKSB. Bagi pembaca setia Tip satu minit, jangan lepaskan peluang ini… jauh dari Singapura Abang Abu akan tunjukkan anda MAP untuk jadi KAYA.

  • Khamis 28hb…

Setiap pagi Khamis, saya akan berada di studio Astro Awani di Bursa Malaysia untuk mengendalikan segmen Motivasi Kewangan & Perniagaan saya di WW bersama Dangsuria. Malangnya, Dangsuria tidak dapat ke studio pula oleh kerana dibawa ke hospital kerana sakit gastrik. Semoga beransur sihat dengan cepat…

Di WW hari ini, saya menceritakan tentang 7 peringkat “Financial Freedom”. Bagaimana hendak mencapai financial freedom… nanti insyaallah saya akan tulis peringkat-peringkatnya di sini.

  • Jumaat 29hb…

Hari ini saya cuti dari segala aktiviti. Meluangkan masa bersama isteri & anak-anak. Bawa semua makan luar and spend some quality time!

Seminggu kalau setiap hari sibuk, pasti luangkan masa juga untuk keluar dengan keluarga. Aktiviti yang saya recommend untuk semua orang!

  • Sabtu 1hb March (esok!)…

Pejam celik, dah masuk bulan March 2008! Cepat sungguh masa berlalu. Bila lagi banyak aktiviti, lagi cepatlah masa berlalu!

Baru tadi, manager saya Azran ingatkan saya bahawa esok saya perlu berada di Astro, Bukit Jalil sempena rancangan “Temujanji”. Hampir terlupa saya! Sebuah rancangan di mana saya sebagai tetamu jemputan akan ditanya soalan oleh penonton di studio. Kira open for all questions!

Minggu hadapan, rancangan ini akan diudarakan… nanti saya beritahu tarikh keluar tv ok 🙂

Itulah sebahagian aktiviti saya minggu ini…

Somehow, masa saya muda-muda dulu, saya dapat bayangkan satu hari nanti saya akan berada dalam industri media & broadcasting. nak glamer lah kononnya masa tu 😉 rasanya masa tu ramai remaja-remaja punyai impian yang sama. Bila lihat jadual harian saya minggu ini, seperti setiap hari dipenuhi urusan media… wow. that’s the power of visualizing!

Whatever the mind can conceive, the body can achieve!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

19 thoughts on “Diari saya minggu ini…

  1. Memang pencapai yang sangat hebat tahniah..Jika di teliti daripada awal memang nampak jelas apa yang telah doctor lakukan demi kerjayaan..dan semoga lebih berjaya di masa akan datang.. 🙂

  2. yup… kalau ikutkan, sejak blog ini bermula pada tahun 2006, bulan februari 2008 ni la paling kurang saya menulis di sini. hanya 11 posting je sebulan 🙁

    rasanya selain dari sibuk dengan aktiviti perniagaan & media, bulan lepas juga datuk saya meninggal dunia. tu yang tak sempat menulis…

    insyaallah, saya akan cuba maintain posting di sini tak kira sibuk macam mana pun…

  3. Salam Semua,
    Wah! banyaknya schedule didiari itu belum yg lain2 lagi. Terima kasih banyak dpt juga kami follow up. Tak sabar nak baca cerita tentang 7 peringkat â€Financial Freedom”. Macam mana lah tak powerful vizualization hingga tercapai impian satu persatu ini semua gara2 penuh planning ahead. Hmm…. bila impian saya hendak tercapai saperti IK di UK tu dulu. Barulah sy faham tiba2 jadi IK sy orang baru mana lah sy faham. Sorry ya, sy keliru dulu. Walaubagaimana pun terima kasih banyak kerana berkongsi berbagai2 info disini. Salam Semua.

  4. Wow! Superb! Gempaklah! Cayalah! Apalagi ek?

    Kagum dan teruja saya bila baca catatan kehidupan seharian Abg Irfan.

    Saya pun dah visualize future saya, saya nak buat sesuatu yg saya minat dan enjoy sangat2!
    Saya nak jadi macam Abg Irfan!

    p.s : Bila tengok Tip Satu Minit yg berkaitan kat atas teringat saya dulu idola saya tiga orang je, sekarang dah bertambah lagi seorang. Dan beliau adalah.. Irfan Khairi!

  5. Tahniah Irfan, semakin sukses, setiap hari penuh dgn aktiviti perniagaan dan media, apa yg diinginkan selama ini sudah tercapai, semoga akan dtg lebih kejayaan yang dpt dikecapi.

    Masa remaja saya juga mempunyai impian utk muncul dlm media elektronik atau majalah, skrg juga masih mempunyai cita2 tersebut, dan yg dah tercapai, ialah membina hidup bersama pasangan yg terlibat sepenuhnya dlm bidang broadcasting hampir 9 tahun, ok jugak kan..

  6. Jadual yang padat namun perlu menyemak kembali jadual yang telah dirancang, jangan sampai terlupa bila dah banyak aktiviti ni? Tugas manager pun perlu menyemak jadual yang telah dirancang.Manager juga perlu mengingatkan kepada mentornya agar aktiviti tersebut tidak terlepas begitu sahaja. ”Masa tidak akan kembali tetapi bagaimana kita mengisi masa itu”

  7. esok (ahad 2hb march) saya akan berada di Hilton KL Sentral untuk taklimat MIBO.

    Bagi yang berminat dengan MIBO dan belum berkesempatan menghadiri taklimat, bileh ke HILTON KL Sentral Esok, jam 2.00 petang- 5.00 petang.

    Minggu ni memang penuh jadual saya 😉

  8. a ah… betul tu p2, saya sibuk macam calon pilihanraya 🙂

    waktu yang tak tertulis tu. maknanya saya buat perniagaan internet dari rumah la tu 🙂 Soho- Small office, Home office.

  9. oh, baru faham acronym SOHO tu,hehe

    ni da jadi tip berminit2 ni,hehe, tapi xpe, saya enjoy je baca, seronok tengok life abg irfan yg sangat2 berjaya sekarang..

  10. cm minat lak nak bisnes intenet. ni first time msk blog nih..cmner ek nak mulakan. idea nk beniaga dh lamer tp x tau cmner nk mulakan..lg2 biasala..modal kena byk kn. a

Leave a Reply

Your email address will not be published.