Di Manakah Tahap Kewangan Anda? (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Di Manakah Tahap Kewangan Anda? (Bahagian 1)”]

bebas kewangan

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah – anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). Namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela.

Tip untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)

Tahap ini paling sedikit yang mencapainya… boleh dikatakan teramat sedikit. Mereka ini adalah dari golongan yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama–nama seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang  berada di dalam tahap ini.

Mereka semua memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu orang pekerja. Oleh yang demikian wang yang dimilikinya adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga ke akhir hayat.

Namun  begitu, keadaan ini tidak pula membuatkan mereka berhenti  daripada melakukan kerja dan menjalankan perniagaan kerana, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan yang kukuh ini, mereka seringkali  melakukan tugas  lantaran  minat dan bukan semata–mata kerana wang!

Jadi, sekali lagi ingin saya tanyakan, “Di manakah tahap kewangan anda sekarang ini dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda?  – Tepuk dada, tanya selera!

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,

Irfan Khairi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.