Perniagaan berbentuk informasi – Produk paling laris di Internet

Pada hari Sabtu 20hb Jun ini, saya akan mengadakan satu mini workshop bertajuk “Terhangat di pasaran” mengenai kaedah dan strategi menghasilkan ebook dan menjana pendapatan daripada ebook tersebut.

Berikut adalah artikel tulisan saya daripada majalah NUR, ruang “bisnes”….

Produk paling laris di Internet
Oleh Irfan Khairi

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, informasi adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet.

Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali adalah, anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.

Teringat saya satu ketika dulu ketika mengendalikan workshop perniagaan Internet saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di Internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, industri membuang sampah.

Tersentak juga saya kerana sering kali, saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen yang saya akan ceritakan tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea.

Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk infomasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya mempunyai idea nak jual apa di Internet. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”

Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “buangan sampah”, masih boleh menjana idea untuk menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin bahawa, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang diperlukan adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan.

Lihat dalam diri anda sendiri, industri anda dan minat anda, apakah informasi yang anda boleh jual di Internet?

Selepas mengetahui topik informasi yang anda ingin hasilkan, langkah seterusnya adalah untuk anda pilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Sama ada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang ebook atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini.

Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau, pembeli boleh muat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai ebuku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan ebuku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana ebuku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya ebuku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan ebuku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun mengganti menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi- menjual produk paling laris di Internet!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Perniagaan berbentuk informasi – Produk paling laris di Internet

  1. Salam IK. perkongsian yg amat berguna. memang maklumat sangat berguna pd zaman sekarang.. t/kasih IK, tiba2 terasa ada idea. he2 😉

  2. Salam…salam…

    Produk informasi nih, rasanya lagi best kalo baca dlm bentuk buku berbanding ngan ebook.

    Dgn buku, kalo takde letrik, pakai lilin pun dah kira ok.
    Pastu lg, bleh baca kat mana2, bleh bawak ke mana2, takde risiko ter’delete’…

    So, apa kata kalo IK keluarkan pulak Mentor Jutawan & 101 Cara Promosi dlm bentuk buku? 🙂

    Runaldy: Ayat-ayat bodek..heheh…

  3. Salam,
    Buat IK dan semua sahabat-sahabat disini.

    Saya sangat bersetuju dengan tip ini harini.tetapi rakyat malaysia masih kurang budaya membaca.. tetapi dalam situasi begini pun saya rasa ebook masih laku lg… betul tak IK.. 🙂

    skang ni pun saya baru nak berjinak-jinak dalam bidang bisnes ebook ni. harap lepas ni dapat buat ebook sendiri.. 🙂

  4. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar khususnya pada petikan ini,

    Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

    Benar, kini setiap orang mempunyai pilihan untuk menjadi penulis & menerbitkan sendiri tulisannya.

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, work smart & creative”

    Assalamualaikum

  5. Salam..

    Saya pernah menyertai kursus terhangat Tuan IK. Memang berbaloi coz Tuan IK akan membantu anda menjana idea dlm industri. Memang produk informasi adalah produk paling laris sekali dlm dunia online..

    Tq.

  6. Menulis ebook sesuatu yang sukar bagi orang yang belum mula menulis.Dengan sedikit panduan dan keazaman yang kuat untuk menghasilkan ebook, InsyaAllah, anda akan dapat menghasilkan ebook yang baik.

    Saya sendiri sedang menyiapkan ebook bertajuk “Panduan Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Jepun”. Buku ini mengandungi banyak informasi kerana ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri selama 19 tahun berkecimpung yang bidang berkaitan.

    Ebook saya mungkin tidak diminati oleh golongan yang ingin menjadi jutawan, tetapi saya menulis kerana MINAT yang mendalam disamping ingin berkongsi pengalaman dengan orang lain.

  7. Memang tak dinafikan lagi industri penerbitan produk digital kini semakin mendapat tempat dimana ianya memerlukan kos yang minima dan boleh menjana keuntungan yang tinggi

  8. mentor jutawan & cara promosi berbentuk buku? hmmm… kalau jadi bentuk buku, mentor jutawan, saya dapat royalti RM4 je… (penerbit, pengedar & kedai ambik RM36) kalau saya jual dalam format ebook, dapat RM40 😉

    mana satu nak pilih ya…..

    ;)- ik

  9. Kalau saya, sebagai ushawan mesti pilih dalam format ebook, keuntungan 100%

    tetapi sebagai pembaca, kepuasan tetap dalam bentuk buku.. saya akan print ebook tu sendiri.. boleh conteng2 (buat nota..) 🙂

  10. Saya rasakan, ramai rakyat Malaysia lebih suka mendapatkan informasi percuma berbanding informasi berbayar (E-book)

    Ditambah lagi dengan budaya membaca di kalangan rakyat yang sangat kurang sekarang ini..

  11. Tapi ebook mudah dicetak rompak dan share kepada orang ramai tanpa kawalan. Informasi mudah diduplikasi atau diubah kepada bentuk lain. Hakcipta susah untuk dikawal dalam internet.

  12. wah saya pun berminat nak tau camne nak buat duit dari sampah yang saya ada … mmg idea yang baik ..

  13. Penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah dari semasa ke semasa.

    Maka ia adalah satu petanda yang baik bagi mereka yang ingin menjadi usahawan internet.

  14. Saya setuju dengan IK , maklumat/informasi khusus memang laris dan mampu untuk dijual pada harga yang tinggi , sebagai contoh di luar negara , satu panduan ebook atau video dijual pada harga sekitar USD37(RM100) – USD97(RM330) .

  15. ebook ni mmg ok emm..kalu rase kt malaysia kurang pelanggan, cari di luar negara pula, tulis dalam bahasa inggeris…kan ok?..

Leave a Reply

Your email address will not be published.