IK di Al Kulliyyah, TV3 sempena Hari Belia

Ok, sempena hari Jumaat mulia ini, saya bagi tip melalui Al-Kulliyyah la ya… ikuti sesi saya di Al Kulliyyah tajuk “Kreatif berakhlak” di clip YouTube di bawah…

http://www.youtube.com/watch?v=PB7U094kS38

Some take away points:

1. Dalam perniagaan tidak boleh menipu. Kita perlu fikir keuntungan jangkamasa panjang, dan bukan jangka masa pendek. Untuk bersaing dengan pesaing, kita perlu berbeza dengan pesaing kita. Bukan menipu untuk bersaing!

2. Zaman-zaman belia muda mudi ni la minda kita paling kreatif! Oleh itu rebut peluang sementara minda kita masih dalam keadaan optimum dan dinamik.

3. 98% peratus belia-belia kita tidak mempunyai matlamat. Matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Langkah kedua? dapatkan ILMU yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut!

4. Kita perlu mempunyai “perspektif masa” yang lama. Bererti, lebih lama kita dapat gambarkan masa depan kita jauh kehadapan, lebih hebat dan mudah untuk kita mencapai kejayaan!

Bottom line…

Ilmu tu penting. Wahyu pertama juga menekankan kepentingan ILMU dan dalam Al-Quran ILMU disebut sehingga 750 dalam berbagai-bagai cara…

*sorry saya cakap laju sikit sebab nak mengejar masa. 140km sejam!*

ps: Event saya pada bulan ini terdekat adalah Workshop Jutawan Internet, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah. Klik untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

11 thoughts on “IK di Al Kulliyyah, TV3 sempena Hari Belia

  1. Salam..
    saya berminat aktiviti En. Irfan pada 6hb.June di Kuala Lumpur..details please…

    saya ada juga browse through newsletter yg di kirimkan..malah saya juga membaca buku buku En. Irfan..memang sangat bagus.saya ingin turut serta aktiviti pd 6hb.June akan datang..
    terima kasih.

  2. Terima kasih saudara Irfan di atas tip-tip yang telah anda berikan, semoga amal baik saudara mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

  3. Huh.. saya dah lihat Al-Kulliyyah kat Youtube tu. IK, Awak memang hebat la. Tahniah, tahniah.

  4. saya juga berkesempatan menonton. sememangnya ilmu itu teramat penting. dalam skop perniagaan , perlulah meletkkan matlamat dan juga target . dan selepas itu, barulah mendapatkan ilmu serta kajian. akhirkan dengan tindakan yang sempurna.

  5. salam ik………..saya sangat berminat dengan seminar lipat ganda mlm……….boleh tak ik datang kawasan utara pulak……fyi saya tinggal di sg petani……..tentu ramai leader mlm di sini yang sangat sangat sangat berminat seperti saya.

  6. ya. tips2 yang sangat berguna dan bermanfaat. ckp laju pun xmengapa asalkan maksudnya sampai.. hehe… jgn mrh ea ik :-). semoga kita akan terus maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published.