Kenapa Perniagaan Internet BEST?

ibiz.jpgSaya telah menjalankan perniagaan Internet selama 11 tahun masuk tahun ni… dan ini antara mengapa saya rasa perniagaan Internet best! (Tidak mengikut apa2 tututan) 😉

  • Internet membolehkan kita melakukan promosi perniagaan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, tv, radio, majalah dan sebagainya 😉
  • Internet membolehkan usahawan memberi seberapa banyak maklumat dalam pelbagai format kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi, animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah. Sering kali percuma seperti FB, Youtube dan blog ini.
  • Sasaran pasaran yang ambil perhatian, kerana mereka yang memilih untuk membaca, melihat, mendapatkan maklumat daripada kita…
  • Perniagaan online yang kecil boleh bersaing dengan perniagaan besar secara offline. Keduanya bersaing pada tahap yang sama kini. Perniagaan online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang miliki berpuluh atau beratus pekerja!
  • Boleh mendapat sasaran yang paling tepat oleh kerana di Internet terdapat komuniti-komuniti pelbagai industri.
  • Perniagaan Internet adalah fleksibel, boleh dijalankan dimana sahaja pada bila-bila masa. Asalkan ada hubungan Internet… kini guna telefon bimbit pun boleh menguruskan perniagaan 😉
  • Perniagaan Internet boleh mendapat pelanggan dari serata dunia pada kos yang terlalu rendah!
  • Dan yang paling best sekali, perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga tercinta! 😉 My favourite!

Semoga anda juga akan mencuba perniagaan Internet, atau setidaknya, gunakan medium Internet untuk melariskan lagi apa sahaja perniagaan anda online atau offline! 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Kenapa Perniagaan Internet BEST?

  1. assalamulaikum abg irfan.
    boleh kongsi sedikit bagaimana untuk kita menembusi pasaran korporat ?
    terima kasih.

  2. Internet merupakan media yang pantas, berkesan, mos yang murah dan sentiasa beroperasi selama 24 jam. Ianya memberikan kelebihan yang terbaik untuk menjalankan perniagaan.

  3. sape ade idea ape yg bleh jana pendapatan mnjelng ramadhan n raye ni melalui bisness online? jom pkat2 brainstorm..

  4. Salam,
    Sdr, saya seorang editor untuk buku teks sekolah rendah.Cerita tentang diri saudara dan kejayaan sdr. telah terpilih untuk dimasukkan dalam buku teks Bahasa Malaysia kegunaan murid-murid seluruh Malaysia. Saya ingin mohon kebenaran drpd sdr. Di samping itu, saya juga ingin meminta saudara menyemak fakta2 ttg diri saudara. Harap dapat maklum balas yang positif daripada sdr. Terima kasih.

  5. Perniagaan internet memang best kerana boleh jana lebih banyak wang dalam masa yang singkat (sudah tentu perlu ada ILMU yang betul terlebih dulu)…

    Lagi best, ianya tetap menghasilkan income sampingan yang berterusan dan biasanya lebih besar daripada pekerjaan pertama (makan gaji)…

    Jadi pada mereka yang belum…

    Belajar dan try lah buat bisnes internet..

    Memang Lagi BEST 🙂

  6. Terima kasih kepada IK di atas banyak tip bisnes online mahupun offline. Apa yang saya tahu, internet boleh digunakan sama ada utk jual produk fizikal mahupun perkhidmatan. Cayalah!

  7. betul-betul….

    Kadang-kadang kita tak buat apa pun duit dah masuk ke dalam akaun….

    Semunya berbekal dari usaha gigih pada peringkat permulaan…

    Dengan internet ia berjalan tanpa henti

  8. tq sifu irfan kahiri…kelas work shop anda banyak membantu saya menjalankan perniagaan…

    Dengan usaha yang betul dan yang gigih…perniagaan internet memberikan pulangan yang lumayan…

  9. Ummm saya pun dah 5 tahun berniaga internet, selepas pergi workshop IK Jan 2006.

    Alhamdulillah berjaya, sehingga perlu buka butik (dah 3 tahun) untuk tampung permintaan.

    Paling best, dapat bersama anak-anak seperti kata IK 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.