Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang menerima pelanggan yang berulang seperti restoran, perniagaan berbentuk perkhidmatan, atau perniagaan yang memerlukan belian barangan kerap, anda akan mendapati bahawa 20% daripada pelanggan anda akan memberi 80% dari keuntungan perniagaan anda!
Oleh itu, pastikan siapakah antara 20% pelanggan anda yang memberi pulangan 80% keuntungan perniagaan anda. Mereka adalah pelanggan VIP anda dan anda harus menjaga mereka supaya mereka tidak lari ke pesaing anda 🙂