All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

ubah kegagalan

Bagaimana saya ubah kegagalan menjadi kejayaan dalam Perniagaan Internet

Tahun 2000 adalah tahun pertama saya memulakan perniagaan Internet saya. Wah… sudah 15 tahun kini! Namun, perjalanan saya bukan terus mudah dan mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet. Selama satu tahun pertama, saya hanya berjaya  mendapat 3 pelanggan berbayar sahaja- Pelanggan berbayar… pelanggan buat kerja secara percuma memang ada! 😉

Ketika itu, perniagaan Internet saya adalah perniagaan reka cipta (graphic design) oleh kerana sememangnya itu latar belakang pendidikan saya di University.

Tahun 2000 adalah tahun agak penting untuk Internet oleh kerana ketika itu begitu banyak perniagaan-perniagaan online bermula. Mungkin ada yang kata, ketika itu tidak ramai pesaingan maka, mudah untuk memulakan perniagaan dan mencapai keuntungan.

Namun, perlu diingatkan pada tahun 2000, pengguna Internet hanyalah seramai 360juta pengguna sahaja! Jika di bandingkan dengan hari ini, lebih 3bilion pengguna Internet, iaitu 10x ganda dibandingkan 15 tahun dulu.

ubahgagal

Seperti yang disebutkan pada tahun pertama saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Soalannya bagaimana saya berjaya mengubahkan kegagalan tersebut menjadi kejayaan sehingga mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 3 tahun kemudian? Jawapannya…

1. Lakukan apa yang anda minat

Minat saya pada reka grafik adalah sejak kecil lagi. Alhamdulillah diberi bakat Allah SWT dalam bidang seni grafik/lukis. Di sekolah agama, sekiranya pertandingan tulisan khat, selalunya InsyaAllah saya menjadi juara. Di sekolah menengah pula, menjadi presiden kelab seni lukis. Menambung pendidikan di University di United Kingdom juga dalam bidan Multimedia Graphic Design.

Pendek kata, memang minat saya dalam bidang grafik sejak kecil hingga kini.

Mengapa ini penting adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu yang kita tidak minat, pastinya amat mudah dan pantas kita berputus asa. Walaupun saya mendapat 3 pelanggan untuk hasil kerja grafik saya dalam masa setahun, bagi saya ianya memadai oleh kerana saya lakukannya kerana minat.

Sekiranya melakukan kerja atau usaha tanpa minat dan kesungguhan, pastinya pada tahun pertama, saya sudah putus asa dan tidak menjalankan perniagaan Internet grafik yang dilakukan. Oleh itu… JANGAN PUTUS ASA!

2. Ketahui ada sebab kita gagal

Buang rasa ego atau terasa diri sudah pandai. Ada sebab mengapa kita gagal. Sekiranya kita fikirkan kita sudah pandai dan tahu segalanya (ego yang tinggi), maka, tiada ruang untuk memperbaiki diri kita. Kesilapan saya yang mengakibatkan kegagalan dalam perniagaan adalah kelemahan saya dalam ilmu perniagaan.

Dalam erti kata lain, pada tahun 2000 apabila saya memulakan perniagaan Internet, saya “main redah” sahaja. Tanpa ilmu yang betul, tanpa cara yang terbaik dan tanpa strategi yang sebenar. Akibatnya, pastinya perniagaan akan gagal.

Kekurangan ilmu ini membuatkan saya tekad mencari ilmu perniagaan Internet sebenar dan belajar dari mereka yang berjaya dalam perniagaan Internet. Ketika itu, saya melaburkan beribu-ribu ringgit juga untuk mencari ilmu perniagaan Internet yang sebenar. Mujur ketika itu saya bekerja fulltime sebagai Multi Media Designer di sebuah syarikat dan mempunyai gaji untuk dilaburkan mencari ilmu. Perniagaan Internet ketika itu adalah secara part-time. Oleh itu… CARI ILMU TANPA HENTI!

3. Aplikasikan ilmu serta merta

Sering saya dengar dan lihat orang ramai yang rajin membaca, menghadiri seminar, mencari ilmu, tetapi tidak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Memang bagus mencari ilmu, tetapi, sedihnya bila ramai yang mempunyai ilmu, tidak cuba mengaplikasikan ilmu yang di cari. Tidak henti-henti mencari ilmu, namun tidak TAKE ACTION!

Mungkin anda pernah kenali orang sebegini?

Ketika remaja lagi, saya suka membaca buku-buku motivasi. Dan dalam semua buku motivasi menyebut pentingnya menetapkan matlamat. Namun dalam semua buku motivasi juga mengatakan pentingnya untuk mengambil tindakan (take action), barulah matlamat akan tercapai!

Begitu juga dengan ilmu yang kita pelajari. Sekiranya ilmu yang dipelajari hanyalah untuk mengembangkan ilmu di dada, sememangnya tidak salah. Tetapi, sekiranya ilmu yang dipelajari adalah untuk mengembangkan pendapatan, ekonomi, kekayaan dan kejayaan perniagaan, maka segalanya perlu diaplikasikan.

Aplikasikan ilmu dan take action tanpa putus asa. Ada juga yang mengaplikasikan ilmu, kemudian, lihat masih sukar, mereka akan putus asa. Action perlu disertakan dengan konsisten, bukan hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu… TAKE ACTION SEKARANG!

3 tip di atas adalah 3 perkara penting yang saya lakukan sejak 2000 hingga kini. Sememangnya bunyi mudah, tetapi tidak dinafikan, adakalanya ianya susah untuk dibuat. Perlu ingat, sekiranya mudah, pastinya semua orang sudah berjaya kini. Tetapi, oleh kerana ianya sukar, maka mereka yang melalukan sesuatu ekrana minat, mereka yang sering mencari ilmu dan mereka yang terus mengaplikasikan ilmu di dada… mereka lah yang akan berjaya!

*** Teringin menjadi usahawan? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.

putus asa

Bila Hati Ingin Putus Asa…

Sesetengah orang kita lihat bagai amat mudah jalan hidup mereka. Untuk mencapai kejayaan seperti tidak perlu banyak usaha. Untuk mendapat kekayaan, mungkin sudah ada datang dalam keluarga yang berada. Harta benda pula cukup lengkap segala-galanya.

Tetapi, bila tiba diri kita sendiri, untuk mencapai kejayaan, kekayaan harta dan benda, amat-amat perit dan susahnya untuk dicapai. Segala usaha telah ditaburkan, segala susah senang dilalui bersama keluarga, tidak lupa doa dan ikhtiar yang diberi, namun, kegagalan-demi-kegagalan datang tiba.

putus asa

Ada yang kegagalan kecil. Ada juga terjumpa kegagalan yang besar yang membuatkan diri terududuk membisu. Minda menjadi buntu tidak tahu arah kemana hendak ditujukan. Terasa berat kepala memikirkan apa yang perlu dilakukan, tambah-tambah dilihat umpama semua cara telah dicuba dan diusahakan. Mengapa orang lain mudah untuk berjaya, mengapa bagi aku susah?

Ketika inilah tiba masanya kepala mula memikirkan satu pilihan yang sebelum ini kita tahan untuk fikirkan. Hati mula terasa untuk mengambil pilihan untuk putus asa.

Apa lagi pilihan yang ada? Segala ikhtiar telah dilakukan, semua jalan menghadapi kesukaran. Semua cara tidak mengena.

Sebenarnya, ini sering terjadi pada ramai antara kita. Detik perlu memikirkan untuk putus asa ataupun tidak.

Ramai antaranya akan memilih jalan yang paling mudah. Menerima kegagalan dan berputus asa. Mana taknya, berbagai-bagai yang telah dikorbankan, mungkin wang, mungkin usaha dan tenaga, tak lupa juga waktu. Apabila berputus asa, semuanya akan hilang.

Tidak ramai pula yang akan memilih jalan yang sukar, iaitu terus berusaha sedaya upaya, ikhtiar dan bertawakal tetap mencari-cari juga jalan penyelesaian untuk mencapai sesuatu itu. Tidak ramai yang mampu atau cukup kuat untuk meneruskan perjalanan.

Beza mereka yang berjaya dan mereka yang gagal terletak di sini.

Rata-rata di dunia, mereka yang berjaya tidak ramai. Mereka yang menerima kegagalan dan berputus asa memang ramai kerana ia jalan yang mudah. Tidak dinafikan, untuk terus berusaha, sememangnya sukar. Dan yang sukar itulah membuatkan ramai tidak memilihnya.

Dalam perjalanan mencapai kejayaan, pastinya kita akan bersemuka dengan keadaan dimana kita pula perlu membuat pilihan ini. Sama ada terus berusaha, ataupun berputus asa…

Pilihlah untuk terus berusaha.

*Sekiranya anda terjumpa jalan buntu  dalam perniagaan, dan ingin terus berusaha tanpa putus asa, lawati http://www.OpenEdu.com.my untuk melihat bagaimana kami boleh membantu perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

motivasi pantas

Perniagaan dan motivasi yang pantas

Dalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

motivasiterpantas

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time 🙂

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

Untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan internet, Intake akan datang akan bermula tidak lama sahaja lagi. Sekiranya anda berminat, pastikan anda daftar awal oleh kerana sesi program OpenEducation adalah terhad kepada jumlah peserta yang kecil dan sering penuh DENGAN PANTAS– seperti artikel saya hari ini! 😉 Klik di sini untuk maklumat lanjut!

beri fokus

Fikir BESAR dalam perniagaan

Sememangnya mudah untuk berfikir kecil dan mempunyai sasaran perniagaan yang kecil. Tetapi, kita akan mencapai lebih banyak dan besar apabila kita berfikir BESAR!

Dalam kejayaan, mindset memainkan peranan penting. Begitu juga untuk usahawan, untuk berjaya dalam perniagaan dan kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar, kita perlu ubahkan mindset untuk berfikir besar.

Mungkin apa yang kini kita capai dalam perniagaan, bagi kita sudah mencukupi. Ataupun bagi kita, keadaan kita kini boleh dikatakan membanggakan. Tetapi, “mencukupi” dan “membanggakan” adalah berdasarkan perbandingan dengan apa?

Adakah berdasarkan dengan pendapatan kita yang kini sudah lebih, atau pendapatan usahawan hebat lain yang mungkin berjuta-juta RM? Adakah berdasarkan pesaing-pesaing yang kecil di sekeliling kita, ataupun pesaing berjenama besar di Malaysia atau serata dunia?

berifokus

Untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat dan lebih besar, pastinya perlu mula dengan mindset berfikir besar dalam perniagaan.

Membaca kisah-kisah usahawan jutawan dari serata dunia, kesemuanya mempunyai visi dan misi yang besar pada awal penglibatan perniagaan. Walaupun masih tidak mempunyai apa-apa atau walaupun perniagaan masih di tahap baru, matlamat yang besar itu membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.

  • Sekiranya kini anda mempunyai perniagaan tudung kecil-kecilan, pernah kah anda terfikir untuk menjadi jenama besar di Malaysia atau jenama tudung muslimah popular dunia setaraf Vera Wang, Donna Karen, Jimmy Choo?
  • Sekiranya anda mempunyai perniagaan bakery atau membuat cookies, pernahkah anda terfikir menjadi jenama besar seperti Famous Amos yang terkenal serata dunia?
  • Sekiranya anda berniaga burger kecil-kecilan sekalipun, pernah kah anda terfikir akan menjadi McDonalds, Burger King atau Wendys?

Mungkin kita tidak pernah kerana berbagai alasan seperti, mereka boleh la, aku mana boleh. Aku takde ilmu. Aku dakde modal. Aku tak ada contacts. Aku tak ada ini… aku tak ada itu…

Maka, di takuk lama lah perniagaan kita dan tidak akan berkembang.

Kebanyakan usahawan-usahawan jutawan juga bermula tanpa ilmu, tanpa modal, tanpa contacts. Apa yang mereka lakukan adalah berfikir besar untuk MENCARI ILMU, MENCARI MODAL dan MENCARI CONTACTS.

15 tahun lalu ketika saya memulakan perniagaan, saya juga tidak mempunyai ilmu, modal dan contacts. Tetapi hari ini, perniagaan saya dan contacts saya telah capai ke luar negara. Semuanya kerana berfikir besar 15 tahun lalu!

Start SMALL, tetapi think BIG!

*Sekiranya anda berminat untuk menjalankan perniagaan internet, lawati http://www.OpenEdu.com.my untuk melihat bagaimana kami boleh membantu perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

pantas

Pelanggan suka yang PANTAS?

Zaman ini, perkhidmatan yang pantas adalah antara kriteria yang penting untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan.

Pernah terfikir mengapa McDonalds, KFC, Burger King dan lain-lain mendapat sambutan hebat ketika ini? Sebab, ianya FAST FOOD. Makanan yang disediakan dengan pantas!

Masyarakat kini inginkan sesuatu dengan pantas. Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang memerlukan penghantaran, hantar dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memulangkan barangan rosak untuk diperbaiki, perbaiki dalam masa beberapa hari sahaja. Apabila anda menerima email pelanggan, balas dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memesan sesuatu dari kedai anda, berlari sedikit untuk mendapatkan barang tersebut dari rak!

pantas

Pernah tak anda menghantar sesuatu produk yang rosak kepada service center sesuatu perniagaan, dan perlu menunggu sebulan dua atau lebih untuk mendapatkan barangan itu kembali?  Dalam keadaan ini, pastinya kita pun rasa lebih baik sahaja membeli yang baru untuk menggantinya bukan?

Terutamanya pada zaman ini di mana pesaingan perniagaan amat tinggi, kepantasan perkhidmatan pelanggan perlu diberi keutamaan untuk menjadi perniagaan pilihan pelanggan.

Penyelidikan pengatakan pelanggan akan beli berulang kali dari perniagaan yang memberi perkhidmatan pelanggan terbaik! Oleh itu, jangan sia-siakan strategi perniagaan yang ini!

Selain dari keuntungan berganda yang anda akan terima, kepantasan juga akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi lebih produktif. Bagaikan serampang dua mata 🙂

* Pemilik perniagaan kini mempunyai pelbagai cabaran seperti pesaingan yang tinggi, pelanggan yang lebih memilih, kos pengiklanan yang semakin mahal, waktu yang semakin suntuk, dan sebagainya.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

pesaing perniagaan

Tewaskan pesaing perniagaan dengan cara ini…

Ketika saya di sekolah menengah, saya mengambil mata pelajaran perdagangan. Sejak di bangku sekolah lagi memang saya berminat dalam bidang perniagaan.

Masih jelas lagi antara pembelajaran yang dilalui adalah ciri-ciri seorang usahawan termasuklah “Seorang yang inovatif”. 

Sejak dulu lagi, ramai kata saya seorang yang kreatif oleh kerana berbakat dalam seni InsyaAllah. Bila saya bertanyakan pada guru, apakah beza kreatif dan inovatif, jawapan yang diberikan adalah jawapan yang saya pegang sehingga hari ini. Kata guru saya ketika itu…

Kreatif adalah orang yang bijak menciptakan sesuatu yang baru. Manakala inovatif adalah bila bijak mengubahkan sesuatu yang sedia ada kepada sesuatu yang baru…

tewaskan

Sama ada tepat atau tidak istilah yang diberikan, saya tidak tahu pada masa itu. Tetapi penjelasan itu memudahkan pemahaman saya dan membuatkan saya melihat perniagaan pada sudut yang berbeza.

Antara kunci kejayaan jenama adalah menjadi inovatif. Iaitu, membina jenama sesuatu perniagaan pada sudut yang berbeza berbanding pesaing.

Melakukan sesuatu yang 100% berbeza atau baru, mungkin sukar diterima orang ramai (kreatif). Tetapi, mengubah sesuatu yang sedia ada mungkin dengan hanya 10% boleh diterima oleh orang ramai (inovatif).

Cuba lihat jenama-jenama yang hebat hari ini. Kesemuanya bukan menciptakan sesuatu yang baru, tetapi sekadar mengubah sesuatu yang sedia ada.

  • Air Asia tidak menciptakan sistem penerbangan atau pengangkutan baru, tetapi sekadar menghasilkan pembayaran tambang murah untuk  penerbangan (inovatif)
  • Ferrero Rocher (contoh artikel saya beberapa hari lepas) tidak menciptakan coklat. Terdapat pelbagai coklat sebelum Ferrero Rocher. Tetapi, menciptakan pembungkusan yang kelihatan mewah dan mampu milik (inovatif).
  • Iphone tidak menciptakan telefon pintar. Tetapi menciptakan telefon pintar yang kelihatan unik dan cantik, serta mudah untuk digunakan (inovatif)

Untuk perniagaan anda juga, anda perlu memberi inovasi kepada jenama anda. Minda manusia sering dipenuhi dengan pelbagai maklumat.

Sesuatu yang berinovasi mudah untuk diterima minda oleh kerana ianya sudah dikenali (tidak perlu mencipta sesuatu baru), tetapi berbeza dengan jenama lain (ubah sesuatu yang sedia ada).

Dalam keadaan pesaingan yang semakin ramai, dan pengguna yang semakin bijak dalam berbelanja, jenama adalah kunci #1 kejayaan sesuatu perniagaan.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

bina jenama

3 Langkah PENTING untuk membina jenama…

Setiap kali saya ke luar negara, saya akan memilih rangkaian hotel kegemaran saya “Starwoods” yang merupakan antara jaringan hotel terbesar di dunia untuk penginapan.

Mengapa?

Kerana percaya dan yakin jaringan hotel ini memuaskan hati dan keperluan saya berdasarkan pengalaman travelling ke seluruh negara dan menginap di jaringan hotel yang sama.

Adakah bererti jaringan hotel yang lain tidak bagus? Sama sekali bukan. Saya pasti hotel-hotel lain pun bagus juga. Adakah saya telah mencuba semua jenis hotel dan akhirnya memilih jaringan “Starwood”? Pastinya saya tidak pernah mencuba smeua hotel.

Hanya dengan sekali melalui pengalaman bersama jaringan hotel Starwood, membuatkan setiap kali travel, akan booking hotel Starwood!

Ini menunjukkan kekuatan penjenamaan.

  • Walaupun banyak pesaing, kita akan memilih satu jenama
  • Walaupun kita tidak pernah cuba yang lain, kita tetap memilih satu jenama
  • Walaupun mungkin lebih mahal, kita tetap memilih jenama tersebut

3langkah 

Untuk membina jenama yang hebat, 3 perkara ini amat diperlukan:

Brand promise (Janji jenama)

Merujuk kepada apa yang dijanjikan oleh sesuatu jenama- apa yang akan diberikan melalui iklan-iklan atau mesej yang disampaikan. Pembeli dan pengguna akan tertarik dengan janji pengiklanan yang diberikan, oleh itu, jangan sia-siakan janji tersebut. Janji tersebut akan menarik lebih ramai pengguna kepada jenama anda.

Brand Experience (Pengalaman jenama)

Menjanjikan sesuatu yang hebat tetapi, tidak memberi pengalaman yang dijanjikan akan merosakkan jenama. Tepati janji yang telah diberikan melalui iklan-iklan. Sebagai tambahan, beri lebih dari apa yang dijanjikan untuk memberi kesan dan impak lebih mendalam kepada pengguna.

Menjanjikan sesuatu tetapi tidak penuhi, akan memusnahkan jenama. Menjanjikan sesuatu dan memenuhinya, akan memberi kepuasan kepada pengguna.

Tetapi, menjanjikan sesuatu dan memberi lebih daripada apa yang disangkakan, akan menjadikan pengguna sebagai pengguna yang paling setia! Lakukan yang ini!

Brand Relationship (Hubungan jenama)

Terlalu banyak pesaing hari ini yang memberi ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang sama. Walaupun pembeli telah membeli dari kita, tidak bermakna mereka akan setia dengan jenama kita.

Di sinilah hubungan antara jenama dan pengguna adalah amat penting. Bina hubungan jangka masa panjang bersama pengguna dan pelanggan. Sering mengingatkan mereka dan beri manfaat kepada mereka supaya jenama anda sentiasa difikirkan dan menjadi pilihan mereka untuk masa yang akan datang!

Membina jenama perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Ia melibatkan langkah-langkah tertentu untuk membina jenama yang hebat. Namun, langkah-langkah ini adalah amat penting untuk keuntungan perniagaan jangkamasa panjang lebih-lebih lagi, dalam keadaan pembeli yang semakin bijak dan pilihan pesaingan yang semakin banyak, serta masa yang semakin suntuk.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

pelaburan

Bila pelaburan 20 sen boleh memberi pulangan 20 ringgit

  • Perasan tak di pasaraya terdapat berpuluh-puluh jenis cili sos. Tetapi, apabila kita membeli, kita akan pilih satu sahaja yang biasa kita gunakan.
  • Begitu juga dengan mineral water. Ada pelbagai jenama. Rasa pun sama sahaja. Tetapi, apa yang membuatkan seseorang memilih antara satu mineral water dan mineral water yang lain?
  • Pernahkah anda memilih sesuatu barang dari beberapa pilihan yang lain dan hanya membelinya oleh kerana “packaging”nya kelihatan menarik?
  • Bagaimana pula dengan blog yang anda sedang membaca ini. Terdapat berpuluh ribu blog di Malaysia, tetapi, anda sedang membaca blog saya yang satu ini.

Kesemua di atas dan banyak lagi adalah contoh strategi “penjenamaan” dijalankan.

Pada ketika ini, membina jenama perniagaan adalah #1 paling penting supaya perniagaan kita sering menjadi pilihan pembeli,  kesukaan pembeli, menarik pembeli serta mendapat pembeli yang berulang-ulang kali.

Pernah saya berbual dengan Dato Muhkriz Mahathir dalam satu majlis perniagaan, beliau baru pulang dari Jepun ketika itu. Beliau berkata bahawa kuih-kuih di jepun apabila dijual di supermarket, ianya dalam packaging yang sangat menarik dan cute! Membuatkan orang mudah dan suka membeli.

Berbeza dengan kuih di Malaysia, di mana, kebiasaannya tidak mempunyai packaging langsung.

Ya, sememangnya menambahkan packaging akan menambahkan kos. Mungkin 10sen mungkin 20sen. Tetapi tahukah anda, packaging yang menarik dan berjaya memenangi hati pelanggan dapat dikenakan charge sehingga lebih RM1 atau RM2 dan lebih lagi? Dengan hanya pelaburan tambahan 10sen!

choc

Apakah bezanya coklat Ferrero Rocher dan coklat yang lain? Tentunya packagingnya yang kelihatan mahal dan mewah. Tetapi, kos untuk ia kelihatan mahal dan mewah mungkin hanya penambahan 20sen-50sen sahaja. Namun, harga yang dikenakan adalah sehingga berpuluh-puluh ringgit.

Ini adalah antara ilmu penjenamaan yang perlu usahawan kini pelajari.

Penjenamaan bukan hanya terhad kepada packaging sepertimana yang dibincangkan di sini, tetapi banyak lagi seperti logo, warna, slogan, indentiti, keunikan, perbezaan, populariti, keyakinan dan terlalu banyaak lagi!

Tanpa ilmu penjenamaan, pastinya sesuatu perniagaan akan sentiasa berada di takuk lama. Banyak perniagaan tempatan tidak berjaya berkembang oleh kerana tidak mempunyai ilmu penjenamaan, atau memikirkan penjenamaan perniagaan sebagai kurang penting.

Alhamdulillah, sejak 2000 hingga kini, saya berjaya membina jenama perniagaan saya bermula di United Kingdom, kemudian di Malaysia, dan kini ke serata dunia pula. Dan apa yang membolehkan ini terjadi? jawapannya adalah ilmu penjenamaan.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

bersaing

3 Cara bersaing dengan pesaing yang lebih besar

sobig

1 : Tawani melalui harga yang lebih rendah

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang begitu penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

2 : Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan

Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka. Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

3: Tawani melalui menjadi ketua pasaran

Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.

Jenama saya, Irfan Khairi juga sering dikatakan sebagai ketua pasaran apabila jenama “Jutawan Internet” dilekatkan pada nama saya sejak 2005 lagi sehingga kini. Ia sebenarnya adalah strategi membina jenama juga.

Sebenarnya, menjadi ketua pasaran bukanlah perkara yang sukar. Tidak semestinya anda mempunyai syarikat besar seperti Colgate, atau menjadi “jutawan” untuk menjenamakan perniagaan anda. Memadai anda membina jenama anda dalam lingkungan sasaran pasaran anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjenamakan perniagaan fotografi anda, anda perlu membina jenama anda dikalangan peminat-peminat fotografi. Sekiranya anda ingin membina jenama anda dalam bidang masakan, anda perlu membina jenama di kalangan mereka yang berminat dalam masakan sahaja.

Cepat sebelum tempat ini diambil oleh PESAING ANDA!…

TERKINI: Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelainan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing yang sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

puas hati

Pelanggan perniagaan yang berpuas hati

Salah satu strategi pemasaran perniagaan kita adalah pemasaran mulut-ke-mulut, atau word-of-mouth- di mana ianya adalah strategi yang percuma dan datangnya dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Ianya dikatakan juga, 60% daripada keuntungan sesuatu perniagaan, datangnya daripada promosi mulut-ke-mulut yang positif.

Promosi sebegini hanya boleh dicipta dengan melahirkan rasa puas hati daripada pelanggan.

Pelanggan bergembiran dengan belian yang dilakukan, gembira dengan bantuan yang diberikan, dan merasakan mereka melakukan keputusan yang amat baik. Perasaan yang lahir dalam hati ini akan membuatkan mereka tergerak untuk kongsikan pengalaman dan keputusan belian mereka bersama rakan-rakan dan keluarga.

 

puas hati

Sebagai usahawan, kita perlu ingat bahawa perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata. Tetapi, perniagaan juga adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan membantu mereka yang membeli.

Banyakkan senyuman ketika berniaga, di riwayatkan Rasulullah juga ketika berniaga amat murah dengan senyuman dan berlaku adil kepada semua pelanggan. Seraya mengakibatkan perniagaan baginda laris disambut pelanggan.

Istilah “customer is King” sering kali digunakan di buku-buku perniagaan barat. Lebih lagi, kita perlu melakukan tuntutan konsep persaudaran dengan Islam bersama pelanggan-pelanggan kita.

Dalam perniagaan, sekiranya pelanggan tidak puas, maka untung perniagaan kita juga tidak akan puas!

**********

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]