Pagi tadi saya mendapat surat jemputan sebagai panel program TV anjuran Kementerian Belia dan Sukan “Generasi Y” yang akan disiarkan pada Ahad ini RTM1, 12pm (secara langsung). Tajuk perbualan talk show kali ini adalah “Pengangguran: Budaya atau Krisis”

Apabila terima sahaja surat jemputan, yang pertama keluar di fikiran saya adalah:

Sekiranya graduan-graduan yang menganggur membuka fikiran dan memulakan perniagaan, serta tidak bergantung kepada mencari kerja makan gaji sahaja… maka, kuranglah masalah pengangguran di Malaysia :)

Topik kali ini lain sikit kerana saya ingin meminta pendapat anda berkenaan dengan pengangguran.

Apa yang pertama sekali keluar di fikiran anda? salah siapa mereka menganggur? Salah diri sendiri yang memilih? Kurang kualiti dan kepakaran? Salah majikan yang dikriminasi? majikan yang tidak mahu beri peluang? atau apa sahaja…

Kali ini saya ingin dengar pendapat anda.

ps: In fact, ketika saya bersetuju menjadi duta MIBO, saya memikirkan jumlah pengangguran graduan-graduan kita yang menyedihkanlah, saya bersetuju untuk menjadi jurucakap MIBO supaya lebih ramai terbuka minda menjadi usahwan-usahawan ICT. Di bawah saya sertakan maklumat MIBO (klik more). Tetapi, sebelum baca tu, minta pendapat anda mengenai pengangguran terlebih dahulu ;)
(more…)

Pendapat Anda? [77] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pendapat anda mengenai speaker
  • Katakan tidak (setuju)
  • Berani lantang bersuara
  • Perniagaan yang memeningkan