Category Archives: Tip Perniagaan

Antara Strategi & Teknik (Bahagian 1)

Dalam perniagaan tradisional dan perniagaan Internet, terdapat teknik untuk menjayakan perniagaan. Juga, terdapat strategi menjayakan sesuatu perniagaan.

Strategi & teknik adalah berbeza. Ramai usahawan Internet tempatan rata-ratanya, saya dapati amat memahami teknik-teknik perniagaan Internet. Namun, kekurangan adalah pada strategi perniagaan.

Sejak dua tahun lepas sehingga kini, saya menggunakan dan mengimplementasikan strategi perniagaan dan agak kurang menggunakan teknik perniagaan. Dapatkah anda bezakan antara strategi perniagaan & teknik perniagaan? Pada pendapat anda, yang mana satukah patut diutamakan?

Another way to look at STRATEGI & TEKNIK. Ia adalah teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW?  WHERE?  WHEN?  And  WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

email autorensponder

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategi adalah dengan siapa kita patut ada network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang, dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun daripada sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet?

Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

[Bersambung di “Antara Strategi & Teknik (Bahagian 2)”]

Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 1)”]

Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa “Tiada modal” untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.

affiliate

So, selepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet. Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), lebih baik anda sertai perniagaan program affiliate. Tak perlu bayar apa-apa pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?

Sekiranya anda ingin pelajari dengan lebih lanjut cara menjalankan perniagaan Internet Tanpa Modal, hadirilah workshop yang selalu saya jalankan di IKSB.

Di mana saya akan menunjukkan kaedah 100% percuma memulakan perniagaan Internet tanpa modal – daripada memilih produk secara percuma, membina laman web percuma sehingga promosi-promosi yang percuma tetapi amat efektif!

Untuk keterangan lebih lanjut apa kata anda ke laman web, www.rahsiainternet.com

Salam Inspirasi Kejayaan,

Irfan Khairi.

Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 1)

Alasan tidak dapat memulakan perniagaan yang paling menjadi kegemaran ramai sering saya dengar adalah :-

“Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”

tiada modal

Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada Institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.

Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk “affiliate” di Internet. – Perniagaan affiliate ialah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.

Ramai yang beranggapan atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggaplah perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!

Berikut adalah tiga contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal) :-

  • http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
  • http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
  • http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal – hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permainan di Internet!

[Bersambung di “Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 2)”]

5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda (Bahagian 1)

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

tawan pasaran

1 : Tawani melalui kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi

Kita sedia maklum bahawa kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi dan memuaskan akan menentukan kejayaan terhadap sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat  masalah apabila pelanggan merasakan mereka tertipu dengan belian yang dibuat. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar, oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kualiti produk dan perkhidmatan anda senantiasa diperbaiki.

2 : Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginkan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layanilah mereka dengan penuh kemesraan. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, baikilah dengan segera dan sebaik mungkin. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu faktor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang begitu tinggi!

[Bersambung di “5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda (Bahagian 2)”]

Perniagaan Internet bermodal… RM20,000! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Perniagaan Internet bermodal…  RM20,000! (Bahagian 1)”]

Oleh kerana wang yang dilaburkan adalah besar, dan bayaran bulanan adalah tinggi, 100% usaha dan tenaga dicurahkan untuk perniagaan kita tu adalah 24 jam sehari!

Tapi, bila perniagaan Internet, modal yang diperlukan adalah rendah, seperti harga sekali beli barang-barang dapur di TESCO, dan sewa bulanan juga amat rendah, seperti sekali bawa keluarga makan di McDonald’s sahaja. Overhead pun tiada – Cuma tolak bayaran bil-bil asas rumah sahaja… ini menjadikan perniagaan itu TIADA TEKANAN!

JADI, untuk memberikan daya motivasi yang tinggi dalam menjalankan perniagaan Internet,

  • Anggaplah bahawa modal yang anda keluarkan digandakan 100x!

Kalau modal RM200, ertinya, anggap bahawa anda telah melaburkan RM20,000! Bayar bulanan web hosting yang RM20 sebulan, anggap anda membayar RM2,000!

modal perniagaan

Sekarang, anda akan dapat merasai tekanan dalam menjalankan perniagaan. Sudah pasti anda akan mencuba sedaya upaya mengusahakan perniagaan Internet anda agar ianya berjaya dalam masa yang terdekat. Semangat anda akan berkobar-kobar, keinginan anda juga akan membara untuk mendapatkan sebuah kejayaan!

Perniagaan Internet bermodal… RM20,000! (Bahagian 1)

YA! – Anggap perniagaan Internet anda bermodalkan RM20,000!

Memulakan perniagaan Internet memerlukan kos yang amat rendah – kurang dari RM200 pun sudah boleh memulakan perniagaan Internet. Diambil kira, bayaran bulanan untuk web hosting (sewa tapak kedai kita) dalam RM20 sebulan pun boleh menjalankan perniagaan sehingga peringkat antarabangsa.

Namun, ianya adalah satu kelemahan apabila kos rendah, kita sering tidak mengambil endah atau berikan tumpuan yang kurang terhadap perniagaan kita.

modal perniagaan internet

Saya pernah memulakan perniagaan bukan Internet (offline) beberapa tahun lalu bermodalkan RM40,000. Wow… memikirkan wang yang dilaburkan sebanyak itu, setiap masa kita akan tumpukan perhatian. Setiap hari tidak mengenal erti cuti kerana kita perlu fokus mengusahakan perniagaan kita. Kesemua kerja-kerja “leg work” yang sukar juga kita akan lakukan ke hulu dan ke hilir.

Tekanan yang diberikan adalah amat tinggi! Belum lagi dikira sewa tapak perniagaan. Anggaran RM1,500 sebulan (tak masuk kos overhead elektrik, aircond, air, internet, insurans dan sebagainya). Nak bayar gaji, overtime dan bonus staff lagi!

[Bersambung di “Perniagaan Internet bermodal…  RM20,000! (Bahagian 2)”]

Bagaimana caranya untuk CEPAT KAYA? #Tanya IK

Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk CEPAT KAYA. Siapa tak nak cepat kaya kan? Tetapi, ada tak cara sebenar untuk cepat kaya?

Jawpaannya adalah ADA. Tetapi bukan seperti mana yang ramai inginkan… ramai yang ingin cepat kaya dan mudah kaya. Dalam #TanyaIK kali ini, saya menjawab persoalan cepu emas ini. Memang ada cara untuk cepat kaya, tetapi, tidak lah mudah…  Ikuti jawapan saya di klip video di bawah.

Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)”]

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan. Lihat dalam diri anda sendiri, industri dan minat anda, apakah informasi yang boleh jual di Internet?

Selepas mengetahui topik informasi yang ingin dihasilkan, langkah seterusnya adalah memilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Samada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

ebook informasi

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang e-book atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini. – Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau pembeli boleh memuat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai e-buku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan e-buku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana e-buku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya e-buku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan e-buku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun berganti dengan menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian pula. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi – menjual produk paling laris di Internet! Anda bagaimana?

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan dari kami,

Irfan Khairi & Shazrina

Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, jadi INFORMASI adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet. Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.

produk informasi

Teringat saya suatu waktu dulu ketika mengendalikan ‘workshop perniagaan internet’ saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, “Industri membuang sampah”.

Tersentak saya seketika, kerana sering kali saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing-masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen saya seterusnya tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea. Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk informasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya sudah mempunyai idea nak jual apa di Internet!. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”

Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “Pembuangan sampah”, masih boleh menjana idea menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang perlu, adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!

[Bersambung di “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)”]

 

Blog Perniagaan vs Facebook Perniagaan (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 1)”]

Blog untuk perniagaan:

  • Tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
  • Huraikan segala maklumat produk dan perniagaan dengan menyeluruh
  • Kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
  • Tonjolkan testimoni-testimoni yang memberi keyakinan
  • Amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!

Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.

Tiada syarat yang tetap, sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun di facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.

pelawat

  • Sebaik-baiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook.

Facebook amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke laman Facebook.

Bagi anda yang belum add Irfan Khairi di Facebook, boleh “Like” di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb kerana saya memberi tip-tip pendek motivasi & kewangan setiap hari di sana. Saya akan menunggu komen anda di wall fb saya!