Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, jadi INFORMASI adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet. Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.

produk informasi

Teringat saya suatu waktu dulu ketika mengendalikan ‘workshop perniagaan internet’ saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, “Industri membuang sampah”.

Tersentak saya seketika, kerana sering kali saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing-masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen saya seterusnya tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea. Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk informasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya sudah mempunyai idea nak jual apa di Internet!. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”

Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “Pembuangan sampah”, masih boleh menjana idea menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang perlu, adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!

[Bersambung di “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)”]

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)

  1. Salam saudara irfan,
    mmg tak sah lagi produk informasi seperti eBook yang paling laris dijual di internet. Saya ada kemusykilan sikit, sebab saya baru bermula dalam internet bisnes. Kalau saya nak mula dengan affiliate program, sesuai ka saya buat website 50% dalam bahasa melayu dan 50% dalam bahasa English, saya bercadang nak buat static website.

Leave a Reply

Your email address will not be published.