Tiba di Malaysia!

Malam tadi selamat tiba KLIA. Melancong memang memenatkan, dalam kapal terbang sahaja 13jam dari London Heathrow ke KLIA.

Kebanyakan perancangan yang dicadangkan sebelum ke UK, telah direliasasikan. Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi… buat kali ini, sudah cukup memadai. Berikut adalah rumusan perancangan kita sepertimana yang tertulis pada hari pertama Nota dari UK (dan france)

1: Rakaman *dokumentari* strategi perniagaan “Strategi X”
Pengambaran telah dijalankan di beberapa lokasi di UK dan France. Tetapi, apa yang lebih penting adalah informasi yang dikumpulkan di lokasi-lokasi tersebut. Secara keseluruhan, tidak berjaya complete 100% pengambaran, tetapi, cuma complete 40% pengambaran.

disney2.jpgdisney1.jpg
Pengambaran Strategy X di Disneyland Paris.
Untuk gambar-gambar di lokasi lain klik…
gambar di Oxford atau gambar di Birmingham.

Namun, informasi yang dapat adalah 100%. Maka, Strategy X nanti, kami perlu improvise sedikit. Pada asalnya ingin menjadi dokumentari 40minit… tetapi, dalam flight perjalanan ke Malaysia semalam, saya mengambil keputusan untuk meneruskan Plan B- kini akan menjadi satu laporan di mana menggunakan teks, gambar2, klip-klip visual dan audio.

*tip* Dalam perniagaan, kadang kala apa yang dirancang tidak menjadi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jangan risau… di sinilah satu skill yang anda perlukan iaitu menjadi fleksible- improvise!

Sekiranya sesuatu tidak menjadi seperti yang dirancang, think outside the box! Banyak perniagaan menjadi semakin maju oleh kerana perancangan asal tidak menjadi, tetapi pemiliknya menggunakan thinking outside the box untuk improvise.

Pengambaran pertama dilakukan di Bournville, Birmingham. Tahukah anda disitulah mulanya coklat Cadbury? Pada mulanya ia hanya satu kedai kecil sahaja. Kini menjadi coklat yang terkenal di serata dunia. Bagaimanakah Cadbury melakukan? Strategy X!

Kemudian ke bandaraya Oxford pula untuk pengambaran Strategy X seterusnya. University of Oxford merupakan antara university utama di dunia. Bagaimana sebuah Institusi pendidikan melakukannya? Strategy X!

Kemudian pengambaran membawa saya ke Paris France, tempat taman bertema Disneyland yang diasaskan oleh Walt Disney. Pada mulanya, ia bermula dengan hanya lakaran seekor tikus kartun… dan kini menjadi sebuah nama yang hebat dalam industri hiburan. Bagaimana ianya terjadi? Strategy X!

Bukan setakat itu sahaja, perniagaan Internet seperti Yahoo.com, Google.com, Amazon.com, Dell.com dan banyak lagi termasuk saya sendiri menggunakan strategy ini- semuanya bermula dari kecil! Strategy X akan didedahkan pada hujung Disember! 🙂

2: Pelancaran buku Secrets of Internet Millionaires Revealed- lancar!
Pelancaran buku SOIMR berjalan dengan lancar dengan kehadiran Tan Sri Elyas Omar, DatoAbdul Rahman Bakar dan juga Datuk Bandar Oxford.

Buku dilancarkan, kemudian saya memberi sedikit “book talk” kepada hadirin bermulakan dengan sedikit lawak “I don’twant to take too much of your time because I’m pretty hungry!”. Nasib baik orang ketawa 🙂 Kesemuanya ok!

Berikut adalah press release pelancaran…

Oxford 30hb October- Pakar perniagaan Internet Malaysia Dr Irfan Khairi telah melancarkan bukunya “Secrets of Internet Millionaires Revealed” di Oxford, United Kingdom pada hari ini.

elyas.jpg“Secrets of Internet Millionaires Revealed” yang merupakan versi bahasa Inggeris buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” yang diterbitkan pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang hebat di Malaysia sehingga menjadi antara buku terlaris di pasaran.

Pelancaran ini menyaksikan kali pertama buku tulisan tempatan dilancarkan di UK.

Pelancaran buku yang dianjurkan oleh Oxford Association of Management telah di saksikan oleh YAB Tan Sri Elyas Omar, YB Datuk Abdul Rahman Bakar Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Bandar Oxford

“Harapan saya agar pelancaran buku ini menjadi dorongan kepada anak tempatan untuk lebih bersemangat melangkah ke arena antarabangsa tidak kira dalam industri apa sahaja”

mayor.jpgMenurut Dr Irfan Khairi yang juga merupakan pakar motivasi kejayaan, usahanya memperkenalkan perniagaan Internet kepada masyarakat Malaysia sejak tahun lalu telah membuahkan hasil dengan bertambahnya usahawan-usahawan Internet Malaysia melalui seminar yang dikendalikan.

“Industri perniagaan Internet masih baru bertapak di Malaysia dan semakin ramai usahawan tempatan mengambil peluang perniagaan Internet untuk memasarkan produk dan perkhidmatan di Internet”

Peluang perniagaan Internet masih lagi terbuka luas untuk rakyat Malaysia oleh kerana masih banyak ruang pasaran yang boleh dipenuhi

Apabila ditanya mengenai kes-kes penipuan di Internet, Dr Irfan melafazkan kekesalannya.

“Internet merupakan sejenis media. Penggunaannya terpulang kepada individu dan tidak dapat dinafikan, sememangnya terdapat mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan media ini”

“Pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam menangani penipuan di Internet, namun, pengguna juga perlu lebih bijak dan sentiasa berwaspada supaya tidak ditipu. Kebanyakan penipuan Internet adalah berteraskan skim menjana pendapatan dengan mudah.”

islamic.jpgApabila ditanya apakah perancangannya untuk masa hadapan, Irfan yang sering menjalankan bengkel perniagaan Internet di serata Malaysia berkata bahawa beliau ingin terus membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan tempatan bukan sahaja dalam bidang Internet.

Beberapa buah buku Secrets of Internet Millionaires Revealed telah disumbangkan kepada perpustakaan Oxford Islamic Center. Dr. Irfan Khairi juga merupakan ahli Oxford Islamic Center.

Buku “RahsiaInternet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan “Secrets of Internet Millionaires Revealed”, diterbitkan oleh True Wealth Sdn Bhd dan boleh didapati di kedai-kedai buku tempatan.

3: Perbincangan Irfan Khairi Academy of E-commerce
Perbincangan dan segala maklumat telahpun saya terima untuk melanjutkan sebuah Akademi di sini dengan pengiktirafan dari UK. Masih lagi banyak perlu diusahakan di sini dan sekiranya tiada aral melintang, akan dilaksanakan pada tahun 2007.

Secara keseluruhan…

Walaupun tidak lama saya ke UK, namun, banyak yang telah saya perolehi seperti yang dirancangkan dan juga berbagai-bagai ilmu baru yang saya pelajari along the way. Saya akan kongsikan dari masa ke semasa di ruang Tip Satu Minit ini.

quorn.jpg

Beberapa hari lepas saya ada sebut tentang rumah/flat (pertama) kecil saya ketika saya mula menjalankan perniagaan Internet. Di atas adalah gambar saya di depan flat berkenaan. Kalau anda nak tahu besar mana, ruang flat adalah 3 meter x 4 meter. Tiada bilik tidur- tidur kat ruang tamu sahaja. Dapur pun di situ juga.

bighouse.jpgYang ini pula (kiri) adalah gambar rumah jiran di depan flat saya. Salah satu pengerak motivasi saya untuk mencapai kebebasan kewangan… hari-hari tengok banglow besar ni ketika itu. Sekarang, alhamdulillah sudah tinggal di bunglow sendiri!

Sebelum saya tamatkan tulisan Nota dari UK (& France) ini, ingin saya nyatakan, walaupun perjalanan ke UK sudah bertamat, namun, perjalanan saya masih jauh lagi. Masih lagi banyak perkara yang saya ingin lakukan dan dengan sokongan anda seperti selama ini, saya pasti segalanya tidak mustahil!

paris1.jpgSekiranya melalui pengalaman saya ini anda mempelajari satu perkara sahaja, harapnya, anda pelajari untuk THINK BIG. Tidak kira di mana keadaan anda kini, atau sebelum ini, perjalanan masih lagi jauh untuk mencapai apa sahaja kecemerlangan yang BESAR. Yang penting THINK BIG. Aim for the sky! 🙂

Terima kasih atas sokongan anda!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

66 thoughts on “Tiba di Malaysia!

  1. kami disini sentiasa menyokong usaha untuk memartabatkan industri perniagaan internet di malaysia.

    inilah Idola kami yang perlu kami contohi. semangat, usaha yang tak putus-putus.. teruskan 🙂

  2. dr,

    welcome home!

    tahniah. saya sentiasa menyokong
    rasa mcm lambat pula penghujung disember utk ketahui tentang strategy X ni.

    saya baru habis membaca majalah dewan masyarakat. tahniah keluar lagi utk keluaran bulan november ni. cover majalah pula, sangat memotivasikan saya utk berjaya dlm perniagaan ni iaitu, JUTAWAN SEBELUM USIA 35 THN. intipatinya menceritakan tentang 3 org jutawan unit amanah, 3 org jutawan internet (dr ada kat muka surat 19) dan 2 org jutawan mlm.

    nampaknya, saya ada lagi 8 thn utk bergelar jutawan. “yakin boleh, rakan muda”

    btw, good luck

  3. TAHNIAH .. seronok baca pengalaman perjalanan irfan.. saya nie bila lah dapat gi oversea mcm ni..

    hhmm.. apa yer strategy X tu? nie last saya teka strategy X tu.. kalau salah juga.. takperla.. saya tunggu je kemunculan produk terbaru tu.. he he he.. memang confirm saya akan beli..

    hmm.. strategi X yer.. apa yer?.. hmm.. “reverse engineering” ke ? ke “bootstrap”?

  4. selamat kembali ke malaysia .~!!! wahh~!! alhamdulilah~ selamat pergi dan selamat pulang ke malaysia dengan selamat!!..hehehhehe…..tak sabar rasanya menantikan dokumentari strategy X tu~!! mengikut tmpt2 pengambaran dan cite2 dari ..saya mendapat sedikit gambaran ttg intipati dokumentari tu !!..ermm…ape2 pun..kita tunggu kemunculan strategi X tu nanti…..

    oh ya~ sebelum terlupa…saya ingin mengucapkan terima kasih pd di atas kiriman NewsLetter RahsiaInternet.com Oktober 2006 v2…terima kasih ..

  5. Selamat kembali ke tanah air. Tahniah Irfan.
    Saya pun ade cita-cita nak jadi mcm Irfan dalam bidang yang mahu saya ceburi.
    Kenelah saya pasang strategi X juge kan doktor.

  6. Syukur saudara dah balik ke malaysia bersama ilmu didada…moga ilmu yg saudara dpt boleh dikongsi kat orang Malaysia.STRATEGY X tu saya masih menunggu p saudara.Saya pun tetap yakin SAYA pasti menjadi seorang jutawan seperti saudara pada suatu hari walaupun mungkin perniagaan yg berlainan…insyaAllah..KIRA2 TAK LAMA DAH…yg pastinya apa yg saudara sedang lakukan ini menolong orang lain menjadi jutawan yg mana mendorong orang lain menolong orang lain pulak bila dah berjaya..insyaAllah kita sama2 doakan…Zamri Azran Alam

  7. Salam ,
    Pertama kali sy menulis di sini..Tahniah! Sy bangga melihat kejayaan .. sy akan pegi ke MPH ari nie utk membeli buku ..tak sabar2 utk membaca & memulakn biz sy s ..

    Segala Tips dari membuat semangat sy berkobar2..

    Terima kasih..

    All d best! Ayu Setapak KL

  8. “Langkah Pertama” – perkara yang paling sukar uktuk dilakukan. Seperti kita mula berjalan sebab itu ada antara kita yang mula berjalan pada umur 11 bulan dan ada juga pada umur 24 bulan. Selepas itu kita akan boleh ke mana saja seperti yang lakukan.

  9. wah tengok gambar irfan tepi tasik time senja tu mmg syahdu rasanya

    “Nikmatnya Mengecapi Kejayaan”

    amin

  10. oh… lambat arini am masuk sini… pada am THINK BIG adalah jawapan kepada strategy X tu… sampai bila nak jual sesuatu dengan sekadar kedai kecik… mesti nak tingkatkan kepada yang besar sampai dikenali kan… mesti nak kena keluar dari kepompong… dan tak mau dok bawah tempurung lagii… orang lain dah maju tapi kita masih nak sibuk2 dengan pasaran tempatan… so sedikit sebanyak am faham… THINK BIG!!!

  11. shuth> salah lagi. tak payah teka la… tunggu sahaja 🙂

    terima kasih atas sokongan semua. TETAPI, kalau sokong sahaja tak cukup… anda pun kena capai kecemerlangan, baru best! 😉

  12. Tahniah Irfan! But just wonder ya..macam mana nak publish buku. I managed to have my own e-book “Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Sendiri” and my own website http://www.keklapis.com 2 bulan selepas menghadiri your workshop. Sekarang tengah improvisedkan lagi laman web.. Bila dah ada e-book ada pula yang nak bentuk dalam hard copy – buku. Boleh bagi tips tak:)macam mana nak publish buku.

  13. Teruja melihat kecermelangan Irfan sebagai contoh anak lokal berfikiran global 🙂

    Saya pasti Strategy X pasti dapat memberi satu fenomena baru kpd pasaran internet tempatan.

    Bravo!

  14. T/kasih diatas maklumat penting tu…THINK BIG..itu yang telah saya amalkan sejak mula dalam berniaga…insyaAllah saya pasti dapat apa yg diidamkan…Zamri Azran Alam

  15. Welcome home!

    Irfan,

    I am one of your fans (tapi dari jauh), mula-mula tak sengaja terbaca website lepas tu suka-suka intai cerita2 lama2 rasa kalau tak cek your website rasa tak motivated je sepanjang hari. Bermula dengan nak motivate diri…addicted pulak.

    Tentang Think BIGGGG tu memang dah lama pun, tapi nak gerak kan yang BIGGG tu…takut lama-lama akan jadi small pulak…harap dapat chance to see U(workshop)and get your guidance to continue and start my BIG tu. InsyaAllah.

    Well done and teruskan usaha as one of your jariah…

    Salam

  16. Assalamualikum, saya baru saje 6 bulan terjun ke bidang ni, dah ada 2 website dan tengah siapkan untuk website ke 3 tak lama lagi..bagi saya yang baru ni…bukan senang nak jadi jutawan macam Irfan..semangat tu mesti sentiasa maintain dan satu lagi jangan mudah give-up timba ilmu..selama 6 bulan ini saya masih teraba-raba lagi dan modal pun tak balik lagi…tentang strategy “X” tu apa plak yek…

  17. Thanks for latest newsletter…THINK BIG…kali ni panjang cerita yang sampaikan…seronok saya membacenye…hehe.memang teruja sangat2…tengok pic yang masukkan…sy rase next time bleh masukka pic dalam tips…seronok gak bile bace…cume skang sy fikir gak…Strategy X tu camner??…emmm

  18. Irfan
    Semangat dan kesungguhan telah mengerakkan minat org malaya kearah keusahawan dan perniagaan.Terima kasih teramat sangat atas pendedahan ini.
    Syukur Alhamdulilah

  19. alhamdulillah,

    semakin ramai yg komen kat sini.

    dan saya yakin kesemua yg membaca serta komen kat blog pasti akan bergelar jutawan jika mengikut panduan yg irfan berikan.
    tak mustahil, ekuiti modal bumiputra akan capai lebih pd 30% kelak.

    tahniah irfan.
    semoga ALLAH rahmati usaha murni

  20. Tahniah Irfan! Saya tumpang bangga dengan kejayaan seorang anak Melayu membuktikan yang bangsa kita ini satu bangsa yang hebat! Sejak membaca buku RJJIT, kejayaan anda telah menjadi satu inspirasi buat saya, dan meyuntik semangat saya untuk turut berjaya di dalam perniagaan internet, dan terus kekal menjadi “graduate housewife”. Dan saya tumpang bangga sebab dapat tahu saudara merupakan senior saya di A-Level batch 13 (saya batch 14. 🙂 ) Tahniah sekali lagi, dan terima kasih di atas tip-tip dan bantuan yang saudara hulurkan untuk membantu orang lain mencipta kejayaan yang BESAR! Kalau nak menunaikan Umrah/Haji… sudi-sudikanlah menjenguk laman web saya… hehehe

  21. Saya pun dah mula teruja n fanatik ngan nih… rs mcm nak buat semua apa yg buat. Klu x tgk tip nih rs mcm x sah lah plk satu ari tuh..

    anyway welcome home

    sama2 lah kita berusaha untuk maju..

  22. wah, ramai yang balas kali ni… tak terjawab saya. tq for the support 🙂

    anyway, esok kita start Tip 1 Minit balik (selepas lama cuti). so, boleh terus rasa motivated everyday 🙂

    ps: baru-baru ni ada ura-ura saya akan jadi judge satu rancangan Realiti TV. nanti dalam minggu ni insyaallah saya announce rancangan apa (TV3).

  23. “Saya pun dah mula teruja n fanatik ngan nih! rs mcm nak buat semua apa yg buat. Klu x tgk tip nih rs mcm x sah lah plk satu ari tuh..”

    rizal,

    betul tu, saya pun baca blog 3x sehari.

    tq for info irfan.

  24. Salam sejahtera kepada Irfan Khairi

    Saya orang Sarawak,stay di Bandaraya Miri. Buat pertama kalinya saya begitu teruja dan kagum dengan blog ni terutama bahagian Tips Satu Minit. Selama ini saya belum jumpa pun mana-mana web yang diselenggarakan oleh orang yang telah berjaya dan bergelar jutawan seperti Disebabkan itulah, dalam masa satu hari ni bila saya terjumpa je web ni terus saya layan tips dari bulan May hingga terkini,begitu banyak tip-tip berharga buat saya. Kebetulan pula saya amat berminat dgn bidang perniagaan dan ingin bergelar seorang usahawan yang berjaya. sekarang pun umur saya baru 21 tahun, rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengejar impian ini. Setelah membaca tip saya telah mendapat inspirasi baru dalam hidup ini. Terima kasih banyak atas tips-tips yang dibawa oleh

    Kejayaan satu aspirasi untuk saya.

  25. emmm.. apa yang agaknya di bawa pulang ke Malaysia yea.. pastinya KEJAYAAN..!
    Bagi kita pembaca tip 1 minit, umpama enjin kereta, jika 1 hari tak start enjin, silap2 baterinya bisa lemah kok!
    Jadi kalau tiada tip baru, kena ulangbaca tip sedia ada, gitu..!

  26. Congrats Irfan!
    You visited Birmingham? Dulu I studied kat UCE, Birmingham…6-7 years ago.
    Oxford pun saya selalu gak I pergi, 8-10 years ago, coz degree kat Reading, very near to Oxford…
    Thank you for sharing your knowledge and writing your book. It was your book that opened my eyes to internet business…

Leave a Reply

Your email address will not be published.