Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com

minggu71.gifBiasanya ia akan mengambil masa 24-48jam sehingga Domain Name & Web hosting sedia untuk digunakan. Sebentar tadi, saya menerima email confirmation dari pihak web hosting domain name CARAPROMOSI.COM dan hosting account sudah sedia untuk digunakan.

Saya menggunakan NoMonthlyFees.com untuk pendaftaran dan harga adalah USD70 untuk satu tahun (lebih kurang RM270 setahun).

Langkah seterusnya adalah…

Langkah Kedua: Membina Laman Web
Untuk membina laman web, perisian Web Authoring Tool perlu digunakan. Perisian seperti Frontpage, Dreamweaver atau NVU dapat membina sebuah laman web simple dengan mudah. Memang mudah- seperti menggunakan Microsoft Word sahaja.

Sekiranya anda tidak pernah membina laman web sendiri dan ingin belajar cara membina laman web perniagaan Internet anda yang pertama, anda boleh merujuk CD Rom Langkah 1-2-3 Manual Membina Laman Web yang menunjukkan langkah demi langkah cara membina laman web (proses pendaftaran juga ditunjukkan).

Tip membina laman web…

Bayangkan diri anda adalah pengguna ketika anda membina laman anda. Laman web yang efektif adalah laman web yang simple dan mudah – straight to the point.

Jangan gunakan terlalu banyak warna terutamanya warna-warna yang terang. Jangan gunakan terlalu banyak font type yang berlainan. Jangan gunakan terlalu banyak font size yang berbeza-beza. Beri gambaran laman web anda simple tetapi profesional.

Juga, jangan lupa tip “Bila tibanya masa untuk merekacipta” [klik di sini] 

Perancangan hari ini:

  • Teruskan pembinaan ebook Cara Promosi
  • Mereka cipta laman web CaraPromosi.com
  • Membuat draft isi kandungan laman web

Klik di sini untuk melihat CaraPromosi.com work-in-progress! Ok tak?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com

  1. assalamualaikum.

    alhamdulillah dah tiba masanya utk proses pembelajaran yang ditunggu-tunggu oleh semua, saya yakin hasil nya memang sangan dan teramat berbaloi dipenghujung nanti bila semua cara promosi 101 cara itu dipersembahkan kepada kami.

    frontpage yang cipta tu memang menarik, berlatarbelakang amber dan masih mengekalkan merah sebagai the striking color, semoga impact daripada semua rakan-rakan lain pun akan buat menjadikan carapromosi.com strike.

    saya dah dapat bayangkan betapa carapromosi.com akan menjadi reference website for those who eager to learn on how to build and promo a website.

    kalu ikutkan hati ni, nak je tahu apakah 101 cara promosi tersebut sebab yang lain boleh kita rujuk di dalam buku dan cd yang telah dibeli.

    semoga pengajaran dan ilmu yang diperturunkan akan memberkati usaha dan rezeki buat sekeluarga sebab PERCUMA sahaja kami akan dapat cara-cara promosi tersebut. actually, kalau dikenakan sedikit bayaran pun saya rasa ramai yang willing to pay. anyway mungkin ada pandangan sendiri pasal bayaran, wajar atau tidak.

    malah saya ada baca pendapat dari usahawan internet di malaysia ni, yang telah berjaya tapi secara jujur dia mengaku takkan bagi free ilmunya kepada orang lain, semua kena bayar. entahlah masing-masing punya pandangan, lagipun itu ilmu dia, biarlah dia nak kata apa pun.

    keep up good work!!!

    salam.

  2. pada pendapat saya, nampak ok, simple dan profesional..tapi, background tu nampak sangat terang pada mata saya, kuning ke oren tu ?? kalau tuka pigi putih spt blog tip 1 minit ni, amacam??

  3. eh percuma ke? nama pun “memulakan perniagaan inetrnet dalam masa 7 hari”. kalau bagi percuma, takde lah namanya perniagaan 🙂

    pasal warna, saya buat oren sebab nak bezakan dengan blog & rahsia internet. sebab nak berikannya personaliti yang berasingan- seperti satu perniagaan yang berbeza (peserta workshop tahu mengenai strategi ini).

  4. dr, tq for tips today.

    cantik theme website ? pandai juga design. berapa lama “spend” masa utk design? idea theme tu, dtg secara spontan ker?

  5. hapisol: suka sangat tanya berapa lama ambik masa untuk design 🙂 saya ambik masa tak sampai 1 jam untuk design template tu termasuk logo.

    irwan: standard “problem vs solution” punya selling technique. ingatkan videoclip saya tunjuk masa workshop? 🙂

    mengenai HARGA, kita akan bincang pada hari Jumaat nanti insyaallah. Menetapkan harga juga adalah strategy perniagaan- bukan main letak harga je and “hope for the best”. perlu ada langkah-langkah & peraturannya juga…

  6. I’m not IT expert but I like to see, to hear, to justify and to follow what ever positive direction; bila tengok laman web yg pakar2 IT bina apatah lagi hanya ‘klik’ (bunyi jari dipetik) terus siap dan bahasa2 bisnes yg diketengahkan, saya hanya mampu ternganga dan berkata ‘WOW!!’..

  7. dr,

    saya sentiasa menghayati ayat tafsiran yang berbunyi “demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang bertaqwa dan berpesan-pesan dengan kebaikan”

    lagi satu, just nak kongsi berapa lama “idola” saya ini menghabiskan masa untuk membuat sesuatu kerja.

    takpa kan ?

  8. Pasal design website and logo… saudara Irfan mmg dah PRO! So, mmg kita expect the website will look professional as such. Tapi saya pun setuju ngan shueqry, warna kuning tu mmg agak “menyengat”. Maybe blh tukar kepada warna yg agak soft, supaya takde la sakit sgt mata sesiapa yg membaca. Tapi bukanlah warna putih… Itu cuma pandangan saya sbg seorang surfer, saya pun bukan pandai sgt buat website…

  9. as’kum .. saya adalah seorang pelajar berusia 16 tahun yang sangat berminat dengan internet dan perniagaan internat seperti saya nak tanya, tidak adakah sebarang rancangan untuk mengadakan workshop jutawan internet di bahagian utara terutamanya di langkawi???

  10. assalamualaikum

    Irfan@ Merah. 🙂

    Saya rasa pertanyaan saya nih -out of topic-
    saya sedang dalam perancangan utk membina laman web s . dan proses seterusnya adalah berkenaan payment method. jadi boleh tak berikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan payment method.. sprt yg saya lihat didlam laman web ini. payment melalui cr.card, internet banking adalah salah satu caranya..

    jadi saya nak tahu lbh lanjut berkenaan cr.card tersebut.. terutama cara2 utk mendapatkan/ prosedure maybe saya kene apply ke bank atau sebagainya. kalau ada link atau sumber-sumber yg saya boleh rujuk.. saya ucapkan terima kasih…

  11. ya..memang warna memainkan peranan yang amat penting..kalau warna yang digunakan menyakitkan mata pengguna buat ape kan?So elemen warna seperti warna panas dan sejuk hendaklah diseragamkan..dan tips memilih warna yang seimbang adalah menggunakan roda warna..

    ton warna yang seimbang membuatkan pengguna berasa selesa untuk berada lebih lama di skrin..betul tak Doc?:)

    anyway..kalau ade masa, comment my portfolio okay?
    http://reezportfolio.blogspot.com

    thanks for the good info..
    p/s : bila la dapat jupa doc ye?tgk kat TV je..hehehee

  12. sy x tau camne nk stat.umur dh 22 tp blom kaye
    bg ckit nasehat.rs nk bunuh dirik jek… otak poyo…….

  13. Hello

    Buat masa ini saya memang berminat dengan kaedah dan sistem yg gunakan.

    Persoalannya:

    1/ Semua orang ingin berjaya dan menjadi jutawan. Penghasilan idea & produk kadang kala tidak jelas dan masih terapung-apung di kotak minda untuk dilaksanakan. Apakah pendekatan yang perlu diambil untuk meneruskan langkah dan menceburi bidang ini.

    2/ Hasrat untuk mencuba berbekalkan ilmu yang sedikit mengatasi keinginan untuk pergi jauh dalam perniagaan. Bagaimana saya perlu menyeimbangkan pemikiran ini agar langkah dapat di buat dan produk tercetus menembusi ruang pasaran walaupun ianya tidak besar.

    3/ Produk :-

    a) Penulisan / Artikel / himpunan karya
    b) Pelancongan melalui web
    c) Perkongsian ilmu pasaran
    (Marketing knowledge)
    d) Barangan kemas

    ke mana arah perlu di tuju?

    Harap boleh reply & bagi pandangan walau hanya beberapa patah yang amat berharga.

  14. saya nak tanya tentang software NVU..Kenapa bila saya tulis akan ad line merah n mcm mna nk hilangkn line merah tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.