Tue 2 Jan 2007
Sebabkan sibuk buat produk informasi CaraPromosi.com, tak sedar pula saya belum sempat ucapkan selamat menyambut tahun 2007 kepada anda!
Cuti Krismas… cuti raya haji & cuti tahun baru ni, jadual saya kosong sedikit. Sebab itu sempat buat project baru CaraPromosi.com, sampai tak ingat hari
(cuti-cuti pun, buat kerja juga)
Anyway, ingin mengucapan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua yang telah menyokong saya dari dekat dan juga jauh sepanjang tahun 2006. Harapan sokongan anda diteruskan untuk tahun 2007 dan seterusnya!
Tahun 2006 telah banyak membawa kenangan manis terutama dalam industri perniagaan Internet dan juga kejayaan. Matlamat saya alhamdulillah telah tercapai untuk mendekati masyarakat dalam bidang kejayaan, perniagaan dan perniagaan Internet.
Berbagai-bagai perancangan telah dilakukan untuk 2007. Saya harap anda juga ada senarai yang panjang untuk dilakukan pada tahun ini.
Saya doakan kejayaan anda tahun 2007 ini. Minta anda juga turut doakan kejayaan saya. Sama-sama saling membantu, saling mengingati dan saling beri motivasi untuk terus berjaya di Tip Satu Minit ini.
Agaknya apa azam tahun baru anda?
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 2nd, 2007 at 9:02 am
dr,
saya sentiasa doakan kesihatan agar dpt berkongsi ilmu ebiz dgn kami semua.
matlamat 2007:
1. meningkat trafik ke blog pertama saya nanti, maybe 7 januari 2007 baru buat promosi.(skrg tgh mengemaskini maklumat di dlmnya).
2. 27 jan 2007, join workshop , insyaALLAH, jika diizinkanNya, (tak sabar nak jumpa ni).
3. mac 2007, lancarkan blog kedua, (berkisar tentang ulasan hotel diseluruh dunia)
4. tambah pendapatan melalui affiliate.
5. jadi pekerja uum yg cemerlang dan bertaqwa.
6. lulus ptk.
7. membaca/mengkatam sekurang2nya 1 buku/ebook setiap 2 minggu.
8. menjalinkan hubungan yg akrab dgn pakar2 ebiz kat malaysia ni, kalau ada rezeki nak jumpa dgn mereka semua.
itu saja , apa matlamat pula?
January 2nd, 2007 at 11:44 am
Salam semua..
Saya doakan kejayaan Irfan, Irfan Khairi Sdn Bhd dan sahabat tips, worksyop Irfan dan Nizaltalk..
Azam 2007 team OneTouchCreative.Com ialah membuka peluang perniagaan, tunjuk ajar berdasarkan pengalaman kepada graduan menganggur (khususnya) dan mereka yang berminat (umumnya) dalam bidang percetakan.
Semoga ia dapat membantu pengangguran dikalangan anak2 muda..
Doakan kami…
January 2nd, 2007 at 1:07 pm
ada rezeki, berjumpa la kita tak lama lagi hapisol.
hj hayat punya azam sangat menarik. dah berjaya jangan lupa saya lak tuan hj.:)
walaupun perancangan 2007 saya ada banyak, simple sahaja azam saya… menggalakkan lebih ramai usahawan (internet dan juga bukan internet) dan kejayaan di malaysia. moga dapat beri inspirasi kepada usahawan-usahawan untuk sentiasa menuntut ilmu dalam mencapai kejayaan melalui mengenali kekuatan diri sendiri dan memahami strategi kejayaan.
January 2nd, 2007 at 1:25 pm
Selamat gak kat bro’ Irfan Khairi dan terima kasih kerana menulis buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar.
Affuan
January 2nd, 2007 at 3:37 pm
Irfan.. merangkap sifu online saya..
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula orang yang tunjukkan jalan.. hehe
Mesti tak lupa punya..
Terima kasih atas segalanya..
ps: Masa Nizaltalk tak dapat berbual panjang dgn Irfan, maklumlah sifu ramai peminat dan anak murid hehe.. Lain kali boleh berbual sambil pekena Laksa Kuala..
January 2nd, 2007 at 7:10 pm
Selamat Hari Raya Dan Selamat Tahun Baru Irfan. Semoga perniagaan lebih berkembang pada tahun ini.
January 2nd, 2007 at 11:37 pm
Azam saya sudah semestinya ingin melangkah lebih jauh di dalam bidang perniagaan internet ini. Apa yg sudah saya mulakan, akan saya teruskan dan sudahkan. Taknak “hangat2 tahi ayam” je…:p Doakan saya berjaya merealisasikan impian saya untuk menjana pendapatan rumah, dikelilingi kerenah dan gelagat anak2 yg sedang membesar
Satu kepuasan buat saya sekiranya saya dapat menjana pendapatan yg lumayan dan dlm waktu yg sama dapat mendidik anak2 dan membentuk mereka dengan “acuan” saya sendiri.
Saya doakan saudara Irfan dikurniakan kesihatan dan kekreatifan yang berpanjangan agar saudara dpt terus memberi inspirasi kepada org lain utk mengikut jejak langkah saudara… Aminnn…
January 3rd, 2007 at 4:45 pm
saya seronok tengok irfan buat perniagaan internet. semoga lebih ramai rakyat malaysia dapat manfaat daripada buku irfan tu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya, cahaya yang baik menerangi alam semesta. Didoakan kita semua berjaya…dan terus berjaya.