Bagaimana cara mengawal stress!?

Beberapa hari lepas, saya melawat ofis baru saya di Dubai. Jika anda follow saya di Facebook Live, saya ada kongsikan bahawa beberapa bulan ini saya agak sibuk berpindah ofis bukan sahaja di Dubai, tetapi di Kuala Lumpur juga! 2 pindah ofis berlaku serentak.
Dan jika anda pernah berpindah pejabat, anda pun pasti dapat rasakan“kesibukan”nya.
Tak sabar saya untuk berpindah pejabat di Dubai oleh kerana ini adalah kali ke-3 berpindah pejabat. Dan setiap kali adalah satu upgrade. Bermula dengan pejabat kecil, kemudian kali kedua pejabat lebih besar sedikit dan kali ini, mempunyai training center sendiri!
Alhamdulillah perniagaan makin berkembang.
Tambahan minggu hadapan akan kendalikan training pertama di pejabat baru! Tak sabar…
Pejabat di Dubai masih dalam process renovation. Saya melawat bersama team saya (gambar) untuk melihat progres renovation tersebut.
Tetapi…
Jujurnya, saya agak terkejut oleh kerana banyak lagi yang perlu di lakukan! Dan contractor agak lewat untuk kejar deadline tarikh saya ingin pindah 🙁
Dinding belum di simen dan cat, lantai belum diletakkan tiles, wiring entah ke mana, tu pun belum beli perabot dan kerusi meja untuk pusat latihan lagi!
Umpama seribu satu perkara dalam kepala. Macam mana nak siap oleh kerana seminggu lagi akan ada program di training center baru!??
Urgh… punya la stress! Bagaimana cara saya mengawal stress
Ya, saya pun stress juga. Walaupun selalu nampak di Facebook atau Instagram live, happy je, tapi, tu sebab berkongsikan ilmu pada anda. Memanglah happy!
Adakalanya perkara di luar kawalan saya, saya pun akan stress.
Nak tak nak, dalam masa seminggu, pejabat dan training center ini perlu siap juga!
Dan kalau ini bunyi dah stress, belum lagi isu berpindah pejabat baru di Kuala Lumpur. 2x stress!
Walaupun dalam keadaan stress, ianya buat saya terfikir.
Apa yang saya stresskan adalah suatu di luar kawalan saya. It’s out of my control. Dan sering kali, kita akan stress pada sesuatu yang di luar kawalan kita.
Saya teringat satu quote yang berbunyi:
“Don’t stress yourself out with things you can’t control or change”
Memang stress, tetapi apa yang boleh saya buat?
Mungkin ketika renovation berlangsung, saya dan team saya sudah boleh order perabot dan meja/kerusi untuk dewan seminar. Ini adalah dalam kawalan saya.
Mungkin juga ketika renovation berlangsung, team saya boleh promosikan pusat latihan baru dan mulakan marketing sekarang sebelum renovation siap. Ini adalah dalam kawalan.
Ataupun mungkin sementara tempat baru belum siap, saya beri team saya cuti, belanja makan, tengok movie, relax oleh kerana nanti bila renovation siap, akan all out banyak kerja. Yang ini juga dalam kawalan! 🙂
Ya, kita jangan stress pada perkara di luar kawalan kita. Tak boleh buat apa pun. Lebih baik kita lakukan penyelesaian yang dalam kawalan kita. Cara mengawal stress adalah dengan cara jangan hiraukan apa yang kita tidak boleh kawal.
Buangkan stress. Merugikan masa, dan tenaga sahaja.
Pesanan untuk anda dan saya juga. “Don’t stress yourself out with things you can’t control or change”
Begitu juga dengan keadaan dan matlamat kita.
Bagaimana perniagaan saya boleh berkembang, dari mulanya saya bekerja full time, kemudian mulakan perniagaan online part time. Dan hingga kini kembangkan perniagaan ke luar negara?
Jawapannya adalah saya ubah apa yang di dalam kawalan saya sahaja. Yang di luar kawalan, tak boleh buat apa2 pun.
Kita sebagai manusia mempunyai pilihan dan boleh berubah. Soalannya adalah, adakah kita mahu berubah dan kita mengawal hidup kita, atau biarkan hidup kita tanpa kawalan. Di kawal oleh orang lain?
Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya ubahkan hidup mereka di Malaysia dan juga di luar Malaysia dengan cara memulakan perniagaan online mereka sendiri dari rumah.
Dan ini yang saya sering sampaikan dan kongsikan ilmu tak kira di pusat latihan saya di Kuala Lumpur, ataupun di Dubai.
Selepas Hari Raya Haji nanti, akan bermula pengambilan terbaru program bersama saya, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pada 25hb Ogos.
Kini pendaftaran EARLY BIRD sudah di buka dan hanya 4 tempat sahaja lagi untuk pendaftaran awal. Daftar lewat boleh, tapi kalau daftar AWAL, ada sedikit pemberian percuma VIP SPECIAL utnuk 4 orang sahaja lagi…
1. Saya akan belanja anda makan malam! (Suami boleh bawa isteri, isteri boleh bawa suami)
2. Produk saya secara PERCUMA bernilai lebih RM3800 yang pernah saya hasilkan sejak 2005 lagi hingga kini!
Program ini juga telah melahirkan paling ramai usahawan online Malaysia berjaya. Dah 14 tahun dah…
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran EARLY BIRD, lawatiwww.OpenEducation.com.my untuk lakukan booking segera atau hubungi 03-77292277
Kita jumpa di sana… di pusat latihan saya yang BARU InshaAllah…
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.