Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.
Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:
Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).
Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.
Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita. Contoh seperti air sarang burung Litness. Klip video kesihatan di bawah di taja oleh Litness, minuman sarang burung plus kolegen.
Bulan April adalah bulan yang amat sibuk bagi saya. Bermula dengan Revolusi Perniagaan Internet pada 2 & 3hb April- it was GREAT! dan juga proses membuka cawangan IKSB baru di Damansara… sehinggakan jarang sangat sempat update blog ini bulan ni.
Dalam masa 3 minggu, alhamdulillah pejabat IKSB dah fully functioning. Many interesting things will be done here, perkara2 yang sebelum ni saya nak lakukan tapi belum berkesempatan, dan alhamdulillah dah ada team untuk melaksanakannya. IKSB Damansara adalah one stop place untuk perkhidmatan e-commerce, multimedia dan juga social media, di mana senarai perkhidmatan penuh akan diumumkan dari masa ke semasa.
Apa yang pastinya, there will be more and more exciting activities untuk industri perniagaan Internet Malaysia, insyaallah dengan sokongan anda.
Berikut adalah antara gambar-gambar IKSB cawangan Damansara…
Ruang santai & berjumpa tetamu
Ruang mentoring & coaching eksklusif
Ruangan ke pejabat
Pejabat urusan IKSB Damansara
Decor antara buku2 dan dvd saya…
So there you go… alasan mengapa saya dah lama tak update blog So, insyaallah lepas ni dah takde alasan lagi tak update blog…
So, check out nanti untuk some interesting things dari IKSB… satu yang akan datang, Revolusi TV! Tunggu….
What a week! Satu minggu telah berlalu selepas acara Revolusi Perniagaan Internet, acara 2 hari yang kongsikan tips dan strategi terkini perniagaan Internet di KLCC Convention Center.
Alhamdulillah, sambutan yang amat hebat telah diterima dan insyaallah akan lahirnya lebih ramai usahawan-usahawan Internet tempatan dalam pelbagai bidang.
Secara peribadi, saya amat teruja mengendalikannya, sampai guling-guling atas pentas ….
Peserta pun amat berpuas hati bersorak…
Tapi bukan setakat bergembira sahaja. Most of the time, memanglah saya sampai kan perkara-perkara yang serius…
Dalam serius pun, perlu ada masa untuk hiburan serba sedikit… me, Pagi Band (Razzi Rahman & Tyzo SuriaFM) & JD (emcee ketika prelude) menghiburkan peserta dengan lagu tema Revolusi Ku versi akustik… (Klik di sini untuk download lagu Revolusi Ku… free sahaja!
A special thanks to our emcee, AB Shaik yang diterbangkan dari Singapura untuk bersama saya mengendalikan Revolusi perniagaan Internet- dalam permainan dan lawak disampaikan, tersirat mesej-mesej perniagaan yang amat penting perlu diikuti…
Jadi, tamatnya Revolusi Perniagaan Internet yang pertama minggu lepas. Atas permintaan dan sambutan yang amat hebat, insyaallah akan dijalankan Revolusi Perniagaan Internet ke-dua beberapa bulan lagi…
Bagi peserta Revolusi Perniagaan Internet yang pertama, kesemuanya telah menerima RevolusiCard, iaitu satu Advantage card yang mempunyai macam-macam kelebihan… jangan lupa aktifkan RevolusiCard anda dengan melawati URL di belakang kad tersebut untuk mendapatkan kesemua kelebihan tersebut.
Juga, selama tiga bulan ini, saya akan bersama mereka yang menyertai Revolusi Coaching untuk bekerja bersama-sama membangunkan perniagaan Internet masing-masing. Revolusi Coaching adalah bantuan dan bimbingan secara online selama 3 bulan dalam memulakan perniagaan Internet mereka yang pertama!
It was a great 2 days event… dan saya pun dah tamat cuti berehat seminggu Terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan Revolusi Perniagaan Internet, media partner yang memberi sokongan, MPH BOOKSTORES, RADIO24, MAJALAH JUTAWAN, MAJALAH SOLUSI dan MAJALAH MASKULIN. my wife and kids for the support, krew-krew Revolusi yang banyak membantu dan terutama sekali kepada peserta-peserta Revolusi Perniagaan Internet yang sugguh sporting dan happening! Thank u so much for the wonderful event!
Sambil-sambil kemas store rumah saya tadi, saya terjumpa dengan laptop lama saya ni. Saja nak kongsi dengan anda bahawa, inilah laptop saya ketika saya memperolehi RM1,000,000 pertama saya melalui perniagaan Internet ketika berumur 25 tahun
Baru teringat kembali masa saya beli laptop ni, saya tak berapa mampu, so, beli secara bayaran ansuran dan perlu membayar balik setiap bulan untuk cover hutang laptop.Mungkin keputusan yang paling tepat sekali untuk beli laptop ni secara ansuran ketika itu. Kalau tak, takde lah saya jalankan perniagaan Internet kot!
Sungguh cepat masa berlalu, dari zaman laptop yang ada disk drive untuk floppy disk boleh muat 1.44mb, sehingga zaman ni, yang kita sering guna thumbdrive bergig-gig!
Apa sahaja keputusan kita hari ini, akan mengubah keadaan kita 5… 10 tahun akan datang. So, lakukan keputusan yang tepat untuk diri anda!
ps: Di Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April 2011, saya akan kongsikan tip, strategi dan pengalaman saya 11 tahun menjalankan perniagaan melalui Internet dari rumah Sekiranya ingin sertai, klik di sini…
Peluang ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda sekeluarga. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada tersalah dan silap.
Semoga raya ini di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di samping jangan lupa juga pada mereka yang kurang bernasib baik.Sekiranya balik ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya dan ingat mereka yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi anda.
Jadikan hari raya ini sebagai Ibadat. Beri dan mohon kemaafan kepada insan dengan penuh keikhlasan agar Allah swt ampunkan segala dosa kita.
Jadikan pagi raya sebagai titik PERUBAHAN ke arah mencari redha Allah.
Then, 3 bulan kemudian, saya postkan gambar ni di ruang Reality…
Cinta at 3 months old…
Last year Cinta capai umur setahun…
Cinta 1 year old…
So, Ahad lepas, 8-8-10, Cinta dah pun masuk umur 2 tahun. Memang cepat masa berjalan… rasa macam baru je Cinta di lahirkan di Hospital Gleneagles oleh mamanya tersayang. Ni gambar Cinta terbaru sempena hari lahirnya yang ke-2. Dah besar Cinta
Cinta Strawberry Abadi, 2 years old!
Memang cepat kids grow! Cherish the moment and times. Saya pernah bertanya di FB saya, apakah erti kejayaan? Dan soalan ini juga sering di tanya ketika saya di TV. Bagi saya, erti kejayaan is about being “happy”. Kalau ada duit, tapi tak happy pun, apa gunanya kan? Kalau berjaya pangkat tinggi tapi masih tak happy, pun tiada gunanya. Kalau dah mencapai matlamat material, tetapi, masih tak happy… maka still kita tak ke mana.
The best thing about menjalankan perniagaan Internet dari rumah, adalah seperti gambar-gambar di atas. Dapat spend time dengan family & kids. Sejaka anak saya yang sulung dilahrikan (kini dah darjah 2), memang saya dah mulakan perniagaan di Internet dari rumah, so, Alhamdulillah dapat melihat dan bersama anak-anak setiap hari di rumah.
So sekarang Cinta Strawberry Abadi dah besar… dah boleh cakap macam-macam. Paling kecoh antara adik beradiknya sebab yang bongsu. Very manja dan pandai melukis Wishing Cinta a Happy Birthday… mana tahu, besar esok Cinta boleh baca kembali blog ini kan?
Ok, hari ni santai-santai sahaja sebab nak kongsikan sesuatu yang mungkin anda tak tahu mengenai saya…
Tahukah anda saya asalnya pelukis kartun? komik? haaa…. tak tau kan?
Selepas SPM saya bekerja sebagai kartunis untuk sebuah majalah komik/kartun yang agak popular pada ketika itu (takyah sebut ok?). Semasa student di sekolah menengah juga, saya mendapat pendapatan sampingan daripada melukis untuk majalah-majalah dan syarikat penerbitan…
Ni contoh beberapa lukisan yang sempat saya sketch semalam
So, satu bakat saya yang mungkin ramai tak tahu adalah melukis kartun Pernah juga ditemubual mencari kerja dengan syarikat animasi yang menerbitkan Usop Sontorian satu masa dulu. Tetapi, saya sebagai pelukis kartun tidak berpanjangan selepas mendapat tawaran belajar ke luar negara. Kalau tak, mungkin sampai sekarang saya melukis kartun
Baru-baru ni, saya cuba melukis kartun balik selepas lebih 10 tahun tinggalkan. Kenapa saya cuba melukis kembali? haaa… ada lah untuk projek buku saya terbaru akan datang )
Tip hari ini…
Ada tak ilmu atau bakat yang anda miliki yang sudah lama anda tidak gunakan? Apa kata cungkil kembali bakat-bakat tu dan mana tau boleh menjadi satu idea perniagaan!
ps: Teringat saya boleh melukis kartun lepas bercerita tentang menconteng buku beberapa hari lepas. Mana taknya… teks book sekolah saya dipenuhi kartun2… Kartun juga IK ni ya…
Hari ini di Berita Harian ruangan Varsiti terdapat artikel mengenai saya ketika zaman universiti. Kisahnya saya dulu-dulu pernah bekerja sebagai tukang cuci selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku2 dan juga hadiri seminar perniagaan. Sekiranya anda tak berkesempatan membeli Berita Harian, boleh baca versi scan artikel tersebut dengan klik di sini!
Di bawah gambar yang clear sikit ketika saya di hadapan pasaraya “Kwik Save” tempat saya bekerja.
Ketika di UK, adalah kebiasaan student sana yang kesempitan wang bekerja untuk mendapat wang extra. Kalau kita berkesempitan wang di Malaysia, sanggup tak kita bekerja sebagai cleaner? Ataupun kita akan rasa malu “nanti apa pula orang kata”?
Bulan ini, saya menghiasi cover majalah perniagaan “Jutawan”. So, dapatkannya ok…
Cuma, tajuk “Jutawan Tersohor” tu rasanya jolokan tu kureng sesuai untuk saya Terima kasih kepada majalah Jutawan kerana menjemput saya.
OK, dah dapat majalah Jutawan, suka saya nak umumkan beberapa talk percuma yang bakal diadakan pada bulan ini…
Rabu 17hb Mac - Biz Talk bersama Billi Lim
Tajuk: “Dare to Sell” Lokasi: Boulevard, Midvalley, KL
Waktu: 8.00 malam
Masuk: PERCUMA (ditaja oleh PBS)
Sesi bersama Billi Lim julung kali diadakan! Oleh itu, dijemput datang beramai-ramai melihat speaker yang penuh karisma (dan lawak) ini! Daftar dengan meberikan , NAMA, EMAIL & NO. HP , ke 017-3935364 dengan segera kerana tempat adalah terhad! Insyaallah saya juga akan turut serta nanti memberi sedikit tip mengenai “kegagalan”
Ahad 21hb Mac - Bersama Irfan Khairi
Tajuk: “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah” Lokasi: Crystal Crown, Johor Bahru
Waktu: 3.00 petang
Masuk: PERCUMA (ditaja oleh StormReaders2U)
Sesi yang mendapat sambutan hebat di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas akan di bawa ke JB! Klik di sini untuk membaca mengenai sesi yang telah di adakan di KL. Sekiranya anda berada di JB, dan ingin merebut peluang ini (jarang2 saya turun ke JB untuk free talk ), sila lakukan booking sekarang ok. Bagi warga JB, untuk menempah tempat, sila email kepada sales@rahsiainternet.com dengan TAJUK EMAIL: “STORMREADERS2U JB 21/3″. Serta kan NAMA, HP, EMAIL & JUMLAH PESERTA dalam isi kandungan email.
Jumaat 26hb Mac - Bersama Irfan Khairi
Tajuk: “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah” Lokasi: Hotel Raudah, Kota Bharu
Waktu: 3.00 petang
Masuk: PERCUMA (ditaja oleh StormReaders2U)
Sesi yang mendapat sambutan hebat di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas akan di bawa ke JB! Klik di sini untuk membaca mengenai sesi yang telah di adakan di KL. Sekiranya anda berada di KB, dan ingin merebut peluang ini (jarang2 saya turun ke KB untuk free talk ), sila lakukan booking sekarang ok. Bagi warga KB, untuk menempah tempat, sila email kepada sales@rahsiainternet.com dengan TAJUK EMAIL: “STORMREADERS2U KB 26/3″. Serta kan NAMA, HP, EMAIL & JUMLAH PESERTA dalam isi kandungan email.
Ya, bulan ini kami akan ke Pantai Timur dan Selatan ok… bahagian Utara tunggu dulu no…
Bagi yang berminat untuk menyertai, minta anda booking tempat awal-awal ok… takut tak cukup tempat disediakan nanti Jumpa anda di sana!
Tengok tajuk di atas, pasti ramai ingatkan saya nak ceritakan tentang Search Engine Ranking! Salah sama sekali kerana kali ni saya nak kongsi-kongsi santai takde kena mengena dengan perniagaan Internet
So, hari ni kita santai-santai sikit ok…
Mereka yang mengikuti perkembangan saya melalui blog ini pasti tau yang saya juga minat dengan muzik/bermain muzik bukan? Dan tahun lepas, saya ada ceritakan mengenai band ‘indie’ kami, Razzi.muz.ik. Kalau nak baca posting tahun lepas, boleh klik di sini…
Anyway, tahun lepas kami main lagu saja suka-suka dan memberi lagu kita for free secara online. Antara lagunya adalah Selamanya, ciptaan komposer Johan Nawawi dan juga Reaching Higher ciptaan Zul Mahat.
Tahun lepas juga, saya mencuba buat kali pertamanya mencipta lagu sendiri- dari muzik, sampailah ke lirik lagu dan dinyanyikan oleh Bro Love, Razzi Rahman. Lagu tersebut diletakkan di YouTube, FB dan sebagainya dan mendapat sambutan yang amat hebat!
Kalau anda ingat, its’ a song about peperangan di Gaza, dan tajuknya, “Voices”. Bagi anda yang tak pernah dengar, di jemput klik pada video di bawah untuk dengar first time ever, lagu ciptaan saya “Voices”
Ok, itulah percubaan saya yang pertama mencipta lagu bermesejkan kemanusiaan untuk kita mengingati mereka di Gaza. Not bad kan? Selepas lagu “Voices” diedarkan di Internet, berbagai-bagai positif review diberikan. Dan ramai juga beri cadangan untuk kami buat lagu untuk mainstream- keluar cd… radio…tv dan sebagainya.
So, tahun ni, Saya & Bro Love, Razzi Rahman, menyahut cabaran tersebut, dan hasilkan beberapa buah lagu lagi. Atas nasihat Razzi, dia inginkan saya ciptakan satu lagi lagu…sebab Razzi kata lagu “Voices” saya best! Saya boleh cipta lagu best…
First of all, saya tak mahu cipta lagu… sebab saya bukannya pencipta lagu Tapi lepas dipujuk… dan diberi dorongan, last last saya pun setuju untuk ciptakan satu lagi lagu… manalah saya ada masa nak cipta lagu sangat…
Lagu ke-dua, saya berikan tajuk “Kerana” dan kini mula dimainkan di stesen radio! Dan paling yang tak disangkakan, lagu “Kerana” kini telah masuk carta THR Gegar dan menduduki tempat ke #3 daripada 100 lagu popular!
Wah… memang tak sangka. Terkejut & seronok at the same time sebab saya buat pun hanya suka-suka sahaja sambil release stress kerja
So, bagi anda yang nak dengar lagu “Kerana”, boleh mainkan klip YouTube di bawah… no #3 tu di carta… jangan main-main )
So amacam? Bila lagi boleh tengok saya main muzik!
So, tip atau lesson yang boleh diambil hari ini ada 3:
Adakalanya kita perlukan sesuatu hobi atau sesuatu perkara untuk kita lakukan supaya take a break daripada kerja seharian. Kerja all the time pun tak boleh juga. Perlu ada masa nak release tension kan? Dan selepas melakuka nperkara tersebut, kita akan dapat kembali kepada kerja dengan minda dan tenaga yang makin fresh dan produktif. Bagi saya, perkara tersebut adalah muzik!
Kadangkala, kita tidak tahu kebolehan kita atau bakat terpendam kita. Dan sering kali, orang lain yang boleh nampak bakat apa yang kita ada. Menulis/mencipta lagu tak pernah pun jadi dalam matlamat saya, tapi sedar-sedar, atas desakan orang lain, my bro Razzi Rahman, saya lakukan juga. Dan, what a surprise, mendapat sambutan ramai ke dua-dua lagu saya iaitu “Voices” tahun lepas, dan kini “Kerana” pula masuk carta #3 THR Gegar!
Cannot help it, saya nak bagi juga tip perniagaan Internet! Seperti tip saya minggu lepas- gunakan YouTube untuk memberi pengalaman kepada pelawat laman web kita. Zaman ini, pelawat inginkan sesuatu yang interaktif dengan menggunakan bunyi dan juga visual. Dengan mempunyai elemen bunyi dan visual, terutamanya clip di YouTube, pelawat laman web mendapat pengalaman tambahan bukan sekadar teks sahaja.
So, itulah dianya… hari Isnin ni, kita berhibur la sikit ya, so takde lah “Monday Blues”. Sambil-sambil menjalankan perniagaan, sambil-sambil kita santai juga
"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan.
Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"
~Azizi Ali Jutawan Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet Jupiter"
"...Walaupun saya telah membaca buku Irfan, masih banyak saya pelajari dan fahami mengenai perniagaan Internet melalui workshop ini! Kini saya melihat segalanya dengan lebih jelas lagi. Keputusan saya untuk memandu 7 jam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk turut menyertai adalah keputusan yang amat tepat! Saya BERSEMANGAT! ...dan kini memandang jauh ke masa hadapan yang lebih cerah!"
~Razzi Rahman Usahawan Pelakon & Penyanyi popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila"
"Penampilan dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam bidang IT...
Dengan 'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa pun boleh berjaya"
~Manan Ngah S.M.T, A.M.T, P.P.N Ahli muzik & Penggubah lagu
"Buku Perniagaan Internet #1 Terlaris di Malaysia!"