Dua bulan lepas, dua orang dari Jordan datang melawat saya di Dubai. Mereka berdua ingin memulakan perniagaan online.
Salah seorang, Muhamad namanya sudah berumah tangga dan meninggalkan keluarganya di Jordan buat sementara untuk mencari rezeki di Dubai melalui perniagaan online.
Seorang lagi, Fares namanya baru sahaja bertunang dan ingin berhijrah ke Dubai satu hari nanti apabila mendirikan rumah tangga.
Mendengar kisah mereka, mengingatkan saya pada diri saya satu ketika dulu. Tidak mempunyai apa, hanya angan2 dan impian sahaja untuk memulakan perniagaan.
Dua bulan lepas saya mengambil keputusan untuk menjadi mentor kepada 2 rakan baik ini.
Berhijrah ke tempat baru, tanpa kenal sesiapa dan sehelai sepinggang, pastinya agak sukar. Hanya bermodalkan untuk mencari ilmu. Tambahan mereka mengaku mereka sanggup tidur ditepi jalan untuk belajar memulakan perniagaan.
Pastinya saya tidak benarkan itu dan membantu serba sedikit makan minum dan tempat tinggal mereka.
Namun satu perkara yang saya pasti adalah, mereka yang tertekan dalam hidup akan berusaha berkali-kali gandanya.
Tekanan yang dilalui, akan menjadikan seseorang itu lebih hebat lagi.
Pepatah berbunyi, “Diamonds are made under pressure”. Berlian tercipta apabila terdapat tekanan.
Dan memang benar pun. Hari ini, dua bulan kemudian, pada bulan ini Julai, Mohamad dan Fares telah berjaya membuat jualan bernilai lebih USD9,000 melalui perniagaam online mereka (perniagaan online produk kesihatan).
Memang benar, apabila tertekan, kita akan mempunyai “survival instinct” untuk memotivasikan kita.
Namun bagaimana pula jika tidak tertekan?
Tidak semestinya perlu dalam keadaan tertekan sahaja untuk mendapat motivasi. Tetapi pada bila2 masa sahaja perlu push diri sendiri untuk menjadi lebih hebat.
Bagaimana orang yang berjaya menjadi semakin berjaya? Pastinya mereka tidak berada dalam keadaan tertekan. Malah mereka berada dalam keadaan selesa.
Jawapan sebenarnya adalah, bukan pada tekanan sahaja. Kita perlu sentiasa letakkan diri kita di luar zon selesa untuk mencapai kejayaan yang lebih.
Seperti Muhamad dan Fares, mereka meletakkan diri mereka di luar zon selesa mereka 2 bulan lepas. Seperti saya juga, meletakkan diri saya di luar zon selesa saya apabila memulakan perniagaan online satu ketika dulu. Begitu juga 3 tahun lepas apabila saya mulakan perniagaan di Dubai – di luar zon selesa saya!
Anda juga boleh lakukannya.
Apabila memulakan sesuatu seperti ingin mulakan perniagaan, atau ingin menggunakan strategi perniagaan baru dan anda rasa “tidak selesa” atau “takut” atau “risau”, itulah tanda awal untuk anda keluar dari zon selesa anda.
Meletakkan diri kita di luar zon selesa umpama memberi tekanan pada diri kita sendiri.
Kejayaan sering kali berada di luar zon selesa kita!
Sekiraya anda ingin saya menjadi mentor anda selama 6 bulan (dan lebih) dalam memulakan perniagaan anda atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.
Tempat untuk program ini adalah terhad dan eksklusif untuk lingkungan 30 peserta sahaja.
Program ini juga telah melahirkan paling ramai usahawan internet di Malaysia berjaya sejak 2005 lagi.
Lawati www.OpenEducation.com.my atau hubungi 03-77292277 untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021