Cara menetapkan matlamat yang BESAR!

Satu ketika dulu saya menetapkan matlamat yang besar.  Matlamat saya adalah untuk menjadi seorang jutawan. Masa tu saya muda lagi. Umur 18 tahun. Masih di bangku sekolah. Tak tahu tentang kerja, tanggungjawab atau apa pun lagi. Tetapi matlamat tetap satu. Nak jadi jutawan. Nak jadi kaya raya.

Maklumlah darah muda ketika itu. Bila lihat artist dan selebriti di kaca TV yang mempunyai gaya hidup yang sangat mewah, kita yang muda pun tertarik dengan gaya hidup sebegitu.

Oleh itu, beberapa tahun saya berusaha keras (selepas lalui pelbagai kegagalan) untuk mencapai matlamat saya itu ketika berumur 25 tahun melalui perniagaan online. Tapi bila capai matlamat, tidaklah saya hidup sebagai selebriti dan bermewah. Sebab itu bukan cara saya. Tak biasa dengan keadaan itu.

Namun, apa yang penting di sini adalah matlamat. Saya meletakkan matlamat yang sangat-sangat besar. Terlalu besar dek akal ketika itu. Mana taknya, masih di bangku sekolah, nak jadi jutawan pulak tu. Kena gelak dan usik dari kawan-kawan tu dah menjadi perkara biasa.

Tetapi, apa yang saya masih ingat lagi hingga kini dan terus amalkan adalah…

Untuk menetapkan matlamat yang SANGAT BESAR. Lagi BESAR lagi bagus!

Beberapa tahun lepas, saya meletakkan matlamat yang BESAR juga. Saya ingin kembangkan perniagaan saya ke global. Mulakan perniagaan di luar Malaysia dan berkembang. Pastinya sesuatu yang “gila” oleh kerana melangkah di luar zon selesa saya untuk memulakan perniagaan di tempat yang saya tidak kenal dan orang pun tak kenal saya!

Di Malaysia, InshaAllah orang kenal saya, tapi di United Arab Emirates, tak siapa yang mengenali saya. Berbekalkan ilmu dan strategi sahaja, saya ada untuk mulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan di negara orang. Alhamdulillah, kini sudah 3 tahun perniagaan terus berkembang di Dubai, UAE dan berulang alik Dubai-KL-Dubai-KL mengendalikan perniagaan di dua benua.

Mulanya? MATLAMAT YANG BESAR!

Lagi besar lagi bagus!

Sebenarnya, menetapkan matlamat yang SANGAT BESAR adalah strategi yang perlu digunakan. Mat Salleh kata, “Shoot for the moon, if you miss, you will be among the stars!”

Bila kita letakkan matlamat yang sangat-sangat besar, kalau kita usaha kearahnya, dan katakanlah kita tidak mencapainya, pastinya kita akan capai sesuatu yang masih dibanggakan.

Contoh, jika matlamat kita nak capai pendapatan perniagaan yang besar iaitu RM1,000,000. Dan kita usaha dan terus usaha untuk mencapainya. Namun, tiada rezeki… tak tercapai matlamat yang besar itu.

Tetapi, atas usaha kita yang keras untuk mencapai RM1,000,000 itu, kita hanya mampu mencapai RM600,000. Tidakkah itu sesuatu yang masih lagi hebat?

Berbanding dengan sekadar matlamat kita hanya ingin mencapai untung perniagaan RM10,000. Usaha, punya usaha tapi tak capai… apa yang kita capai hanyalah RM6,000. Walaupun masih lagi rezeki, tetapi, dengan hanya mengubah mindset matlamat yang lebih tinggi, ia akan memberi semangat untuk berusaha lebih tinggi lagi!

Dan itulah poin saya seterusnya…

Matlamat yang besar akan memberi kita semangat dan motivasi untuk berusaha dengan lebih besar.

Katakan kalau saya kata, saya akan bayar anda RM1,000,000 untuk anda menulis sebuah buku mengenai diri anda. 200 muka surat.

Adakah anda akan lakukan?

Pastinya YA! RM1,000,000 untuk menulis sebuah buku walaupun tak pernah menulis buku, kita akan usaha juga menulis setiap hari siang dan malam untuk siapkan buku tersebut.

Tapi kalau saya kata, saya akan bayar anda RM10 untuk anda menulis sebuah buku mengenai diri anda. 200 muka surat.

Adakah anda akan lakukan?

Pastinya tidak. Buang masa sahaja!

Menetapkan matlamat  yang besar, apabila kita dapat melihat dan bayangkan pulangannya, pastinya akan memeberi motivasi dan semangat kepada kita.

Dan satu lagi…

Matlamat yang besar akan memberi kita pulangan yang lebih besar. Tidak semestinya untuk bermewah-mewah seperti artis dan selebriti. Tetapi, pulangan yang besar akan memberi kita gaya hidup yang lebih baik, pendidikan untuk anak-anak yang lebih baik, kesihatan yang lebih baik dan sebagainya.

Dulu-dulu masa saya muda, nak jadi jutawan sebab nak kaya raya macam selebriti dan artis. Tetapi makin tahun dan makin berumur, dan makin berpengalaman, kita sering fikirkan bukan sekadar wang ringgit.

Tetapi, kebebasan kewangan, kebebasan masa bersama keluarga, kebebasan membuat pilihan dan kebebasan melakukan apa yang kita suka. Itulah kejayaan yang sebenar!

-IK
Dubai

PS: Inginkan saya menjadi mentor perniagaan anda? Klik di sini untuk langkah seterusnya…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.