Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3

Bagaimana dengan minggu berfikir positif kita? Masuk hari ini, sudah hari ke-tiga. Bagi mereka yang terlepas pengenalan, sila lihat Tip Kejayaan hari Sabtu lepas.

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Latihan hari ini dan esok- tunjukkan anda berfikir positif pada orang sekeliling anda. Tunjukkan anda optimistik dan berkeyakinan tinggi. Anda akan dapati mereka yang disekeliling anda pun akan menjadi positif, optimistik dan yakin.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba try!

Sering kali terjadi melalui pengalaman saya memberi talk perniagaan internet ataupun talk motivasi/pembangunan diri. Saya sampaikan “aura” 🙂 positif, optimistik dan keyakinan. Alhamdulillah, setelah selesai sesi, boleh dilihat peserta-peserta semakin positif, optimistik dan yakin dengan diri sendiri!

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Kongsikan bersama pengalaman anda…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3

  1. Ya. Saya sentiasa berfikiran positif dan bertenang setiap masa. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Yakin boleh, rancang dan seterusnya usahakan sampai berjaya.

    Dulu saya bekerja makan gaji dengan salah sebuah syarikat korporat di jabatan khidmat pelanggan. Oleh sebab syarikat yang selalu banyak mendatangkan masalah kepada pelanggan, selalulah pelanggan datang marah². Disebabkan saya ni cool dan positif dan selalu nak tolong orang, tak pernah rasanya saya kena marah. Semua pelanggan pun cool jer dengan saya. Masalah pun selesai. Tapi kalau dengan teman-teman satu department dengan saya tu, selalu jugak dengar dia orang kena maki hamun. Hehehe. Itulah formula yang saya guna sampai sekarang. Tak perlulah kita nak salahkan sana sini.

    Menjejaki langkah Irfan Khairi.

  2. assalamualaikum….

    sebulan selepas saya menghadiri kursus abg.irfan.. (ehem ehem..tamau panggil )

    ini terjadi apabila ketika pelajar tgh memikirkan planning mereka selepas tamat exam nanti..ketika itu pertengahan bulan Mac06..ada ketikanya mereka melayar web utusan..dan surat khabar di situ mereka ternampak iklan rahsia internet…

    sedang asyik berbual ttg topic hangat rahsia internet..saja je saya mencelah perbulan…

    (agak2 ada laa dekat sejam lebih punye sembang)

    lastly.. sy tunjuk je namecard workshop jutawan internet kepunyaan sy..

    tekejut beruk semua…
    sy kasitau peluang2 yg ada dlm workshop nih..they all interested…tapi sayang… duit loan pelajaran habis utk beli komponen projek final semester…

    apa yg sy nak kongsi disini ialah..alhamdulillah sy dapat yakinkan mereka ttg cara berfikiran +ve in business.. anythin u do..buat dgn sungguh2 kerana ada peluang besar disebalik kesungguhan itu…

    sy cume kongsikan pengalaman.. buku2 yg sy baca..artikel2 yg sy ada..

    memang gembira sgt bila sy lihat diantara mereka yg telah mula melangkah ke arah alam perniagaan..ada yg sedang ambil lesen chargeman..kontraktor..(after final exam)

    tapi sedey sikit..sbb mereka mendapat sokongan family..saya je dpt tentangan hebat..apa2 pun blog ini je yg saya refer selalu..”to keep on track of what i’m doing” kata omputih la..

    alhamdulillah.. I am doing what I believe, nothing can stop me .. yg lain tu cume dugaan Allah je,insyallah berjaya dihadapi 🙂

  3. assalamualaikum.wbt.
    berfikiran positif adalah bermula dari diri kita sendiri, jika kita kuat untuk melawan hawa nafsu hasutan syaitan yang memang azali tugasnya menghasut manusia maka kita menang dengan ‘think positif’ setiap masa.

    syaitan memang telah dihukum oleh Allah SWT dibuang kedunia untuk membisikkan perasaan was-was dalam diri manusia.

    marilah kita lawan syaitan samaada yang gemuk atau kurus dengan menjurus kearah ‘think positif’.pedulikan mereka ‘pergi kau dari sini! bikin sibuk saja, ndak abis2 ganggu kami’.

    wassalam..

  4. Petang semalam semasa saya menulis hasil kerja saya untuk produk e-book saya, saya mendapat seorang tetamu. Siapa lagi kalau bukan abg saya. Dia berjumpa dengan saya adalah kerana beberapa sebab.

    Antaranya, 2 hari lepas saya bercerita dengannya mengenai kehebatan usahawan-usahawan internet di Malaysia. (Dia juga telah membaca buku rahsia jutawan internet terbongkar)..

    Dari permikiran positifnya, dengan niatnya datang ke rumah, beliau ingin sekali menceburi perniagaan berasaskan internet. Tetapi saya nasihatkan padanya, jika dia tidak ada teknik janganlah berfikiran terburu-buru.

    Malam tadi, saya tunjukkan dia laman web rahsiainternet.com, pelamin.net dan beberapa laman web yang menarik kepadanya.

    Selesai saya menerangkan itu ini dan bercerita panjang lebar, maka hari ini saya nampak satu kesan positif diwajahnya…

    p/s: Ini adalah kisah benar apa yang berlaku malam tadi 😉

  5. Saya mengajar diri saya sentiasa berfikiran positif bermula dengan cara “Jangan Membuang Sampah Merata-Rata”.

    Saya percaya, bermula dari situ akan memberikan diri kita lebih berdisiplin. Hehehe… Agak mudah bunyinya; tetapi bila jadi tabiat, ianya akan menjadi sukar untuk dikikis.

    Suasana yang lebih bersih akan membantu/memudahkan diri kita untuk melaksanakan perkara² positif yang lain 😉

  6. berhati-hati dengan pemikiran positif kerana kerana jika terlalu gairah untuk berfikiran positif, silap haribulan yang positif tu rupanya adalah cebisan daripada pemikiran negatif. maka untuk memastikan bahawa pemikiran positif itu adalah benar-benar positif, kena lah belajar dengan irfan…

  7. bercakap soal pemikiran negatif, positif ni, sayalah orgnya yg tak pernah mempunyai pemikiran positif. sejak kecil saya telah disogokkan dengan pemikiran negatif oleh seorang saudara saya. selepas 26 tahun, barulah saya terfikir utk mengubah cara pemikiran tersebut. memang agak payah, tapi saya sedang berusaha ke arah menjana pemikiran kreatif. doakanlah saya

  8. “Jika kau fikirkan kau boleh. Kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu.”

    Begitulah antara bait lagu untk menaikkan semangat serta keyakinan selain berdoa dan bertawakal. Usaha perlu.

  9. Alhamdulillah!

    Jika kita masam, orang lain akan masam juga dengan kita.

    Jika kita mohon maaf, orang lain juga akan mohon maaf daripada kita. Jika kita senyum, orang akan senyum bersama-sama kita 🙂

    Kehidupan positif bermula daripada diri sendiri 🙂 Mungkin pernah dengar frasa ni “Free Your Mind (from negative thinking). And the rest will follow!”

  10. Dah lama menjadi pembaca kat blog ni harini saya terpanggil nak tulis komen lak,=)

    Positf?

    Macam mana kalau seseorang dibesarkan dengan suasana berfikiran negatif?

    Adakah dia akan membesar dengan mewarisi pemikiran negatif tersebut?

    Ya atau tidak.

    Ya.Jika dia tiada usaha untuk memperbetulkan pemikiran yang diwarisi itu.

    Tidak.Pada mulanya ya tetapi apabila dia tersentak dan dipaksa oleh keadaan persekitaran yang sentiasa berfikiran positif,dia akan berubah.

    Tetapi perubahan dari minda negatif kepada minda positif bukan berlaku dalam satu malam,(it doesn’t happen over night).Ingat tu,sebab tu cabar kita berfikir positif dalam masa 7 hari,bukan satu malam saja.

    Macam mana nak berubah?Susah ke?

    Gunalah teknik neuro-linguistic programming(nlp).Carilah seminar atau buku-buku berkaitan nlp kerana ia adalah ejen TERBESAR dalam merubah cara pemikiran kita,tak gitu ?

    “Tak paham la pe nlp tu”

    Jawapan saya:Cari di google!=),PEACE!

  11. Kuasa berfikiran positif:

    3 bulan lepas, saya tak reti nak buat website. Upah budak grad multimedia, tapi tak puashati dengan hasilnya.

    Saya tekadkan diri dan tanamkan ‘fikirkan boleh!’ saya ‘godek’ eamweaver.

    Alhamdulillah, berkat masuk workshop pulak.. lagi la ada idea. Syukur! Kuasa berfikiran positif dengan ‘yakin boleh’ memang membuahkan hasil.

  12. sentiasa positif kerana kegagalan semalam tiada kaitan dengan hari ini sentiasa perbaiki diri dengan tip2 yang diberi semoga kita semua akan sukses dan lumayan dengan bidang internet.

  13. Alhamdulillah, sehingga hari ke-3 saya masih positif walaupun kadang2 ader masalah..saya yakin sehingga hari ke-7 dan seterusnya..saya akan lebih positif…..

  14. Positif thingking
    Setakat hari, alhamdulillah.Darin memang sentiasa mengamalkan sikap positif.
    Bagi Darin, setiap apa yg berlaku sesusah mana pun, insya’allah akhirnya menjadi positif jua,
    Kadang kala, Darin menjadi rujukan kengkawan untuk membina minda yg positif..Alhamdulillah.biasanya selepas di beri.suntikan..selalunya mereka..berjaya keluar dari perasaan negatif..

  15. Anda perlu positif dalam berusaha. Sentiasa menilai potensi diri anda. Bina satu kumpulan. Pastikan setiap ahli kumpulan anda kenal antara satu sama lain. Ada kan satu forum. Tujuannya anda berbincang khusus mengenai potensi setiap ahli tadi. Sentuh dalam berbincangan tersebut mengenai kelebihan, kelemahan, hobi, sikap, minat dan lain-lain. Di akhir perbincangan, buat satu kesimpulan khusus, potensi diri yang boleh dikembangkan untuk setiap ahli

    Setiap anda perlu yakin bahawa potensi diri yang dikatakan oleh rakan-rakan anda, itulah kelebihan anda. Kembangkan bakat anda secara beransur-ansur dan berterusan. Insyaallah anda akan berjaya.

  16. Ketika ini,saya sedang menjalankan perniagaan Multilevel.Saya percaya NLP boleh membantu kerjaya saya.Boleh Irfan memberitahu saya,bahagian mana dalam NLP yang perlu saya pelajari supaya saya lebih berjaya dalam perniagaan dan kehidupan saya. Orang saya berbeza dengan orang lain,mempunyai pemikiran yang kompleks.Sentiasa berfikir banyak.Boleh serta dengan Weblink sekali…Terimakasih.I am looking forward to your reply ….

  17. Sudah masuk 3 hari berfikiran positif , hasilnya sangat memuaskan dan saya lebih rasa freedoom dekat diri saya . Saya yakin apa yang saya lakukan ,walaupun tiada siapa yang menyokong saya dan mendengari cakap saya . Tapi disini ramai kekawan yang berfikiran postif dan IK , saya gembira dengan cara permikiran saya sekarang yang sentiasa positif . Harap orang sekeliling saya nampak perubahan diri saya, saya tengah fokus dekat kejayaan saya dan sentiasa buat perkara-perkara yang baik selalu.

  18. Salam IK,

    Alhamdullilah, selepas 2 hari saya cuba menyingkir pemikiran negatif ini, saya sedikit tenang. Saya tangkis pemikiran negatif ini dengan menggantikan segala macam fikiran negatif ke yang POSITIF.

    Saya akan cuba praktis kaedah selama 44 hari sehingga menjadi habit fikir POSITIF.

    Selama ni, setelah bertahun-tahun bergelumang dengan fikiran negatif nie, memang agak susah nak fikir POSITIF, tapi saya percaya dengan latihan dan DOA kepada Allah SWT, insyaAllah, akan nampak hasilnya.

    Yerla susah, tetiba je nak tukar ke POSITIF selepas bertahun-tahun saya dengan fikiran negatif iaitu sangka buruk pada orang, selalu naik angin, suka pendam marah dan tidak menjadi pemaaf (dendam). Tapi 2 hari dah cubua semua tu dengan sangka baik pada orang, belajar bertenang, belajar menjadi pemaaf. Alhamdullilah, nampak sikit hasilnya.

    Teruskan usaha kawan-kawan dan jangan lupa doa pada Allah minta dijauhi hasutan / bisikan syaitan.

  19. haii..

    Saya seorang yang selalu berfikiran positif.Tidak kira apa yang berlaku pun saya akan memandang secara negatif.Hasilnya saya sendiri menjadi seorang yang lemah,sentiasa bad mood,kerja pun tak pernah betul sehinggakan selalu dimarahi oleh bos.Kawan2 tidak mesra,keluarga tidak pernah mempercayai dan semua yang saya lakukan hanyalah hangat2 tahi ayam.

    Bertahun2 saya menjadi seorang yang negatif dan saya merasakan diri saya seorang yang sangat2 lemah dan gagal dalam hidup.Saya pernah untuk berubah tetapi kuasa negatif dalam diri saya tak pernah hilang.sekejap saja berfikir positif kemudian berubah jadi negatif.

    Sangat susah untuk melakukan transformasi dari negatif ke positif.Tetapi saya akan mencuba kaedah yang disarankan untuk mengubah diri saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.