awanilogo1.gifPagi semalam pertama kali saya mengendalikan segmen program TV saya di astro awani - WW bersama Dr Irfan Khairi (segmen secara langsung 11.30 pagi). bercakap mengenai Belanjawan 2008 (tetapi di permudahkan untuk semua- bukan seperti pakar kewangan mengulaskan belanjawan). Memang nervous / gementar dibuatnya :) !

gsg.jpgBukan kali pertama saya menjadi host segmen TV, sebelum ini saya pernah menjadi host rancangan Get Set Go (gambar sebelah). Tetapi, di astro Awani kali pertama mengendalikan segmen secara langsung/live. Kalau Get Set Go (RTM), dirakamkan dan kalau tersasul boleh: “CUT!”. Begitu juga menjadi mentor Menjana Impian (TV9).

Pengalaman gelisah & gementar adalah perkara biasa dan normal. Ia sememangnya dimestikan untuk memperbaiki diri sendiri. Ramai yang tidak mahu melalui pengalaman gelisah dan gementar! Keadaan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada punca utama kejayaan tidak tercapai iaitu- TAKUT KEPADA KEGAGALAN!

Teringat saya kepada pertama kali saya menjalankan Workshop Jutawan Internet pada pertengahan 2005. Ya, Workshop Jutawan Internet sudah dijalankan lebih dari 2 tahun.

Pada ketika itu, memang gementar. Nervous sejak berminggu-minggu sebelum hari Workshop. Malam sebelum workshop, saya tak boleh tidur memikirkan kegementaran. Memikirkan hari workshop perlu berdepan dengan lebih kurang 20 peserta. Namun begitu, semua itu perlu dilalui oleh kerana ia hanya memperbaiki diri kita sendiri keluar daripada zon selesa…

Fast forward 2 tahun kemudian kepada hari ini…

Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur, dan Singapura. Infact, hari ini saya akan bertolak ke Singapura untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet, Singapore untuk kali ke-dua pada hari esok, dengan penyertaan lebih daripada 70 peserta!

Pengalaman sebegini juga memperbaiki diri saya apabila berhadapan dengan 700-800 hadirin untuk sesi talk seperti Gerak Usahawan serta Berita Harian Financial Conference di Singapura!

Semuanya bermula dengan kali pertama di mana kita perlu memaksakan diri kita menghadapi apa sahaja kegementaran atau nervousness!

suik.jpg
Saya & Suhaimi Sulaiman ketika majlis pelancaran astro Awani 

Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suhaimi Sulaiman & Rozi yang merupakan orang kuat astro yang bertanggungjawab mengambil saya menjadi part-time di Awani. If I don’t do well, blame it on them. Ha ha :) Juga kepada personaliti berpengalaman Amir Mahmood, Kamarul (Kam) dan semestinya Dang Suria yang mengajar saya untuk menjadi host (bukan web hosting!) di astro awani. Dikelilingi host yang hebat sebegini, kalau saya sendiri tak jadi hebat, tak tau lah nak kata apa :) Kira saya ni Learn-as-you-go!

awanibh.jpg
Keratan Berita Harian semalam 

So, tip hari ini. Jangan takut kegagalan. Takutkan kegagalan mengakibatkan kita nervous & gementar- iaitu perkara yang biasa dan normal! Lalui segala kegementaran itu dan secara automatik, ia akan menjadi kebiasaan dan gementar pun hilang! :)

Anggap gementar & nervous sebagai suatu yang kita MESTI LALUI tidak kira apa!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Memiliki perkataan
  • Gandakan kejayaan anda
  • Fasa PERTAMA dalam perniagaan
  • Anda baca lagi tak?