Irfan Khairi – film star?

Jangan nak mimpi la film star! jadi host kira ok la lagi 🙂

Hari ini saya menjalankan shooting untuk satu program TV motivasi & perniagaan (gambar) – kali ini menjadi host untuk beberapa rancangan. Program apa? Tunggu!. 🙂

Berbeza sedikit dengan peranan ketika menjadi motivator jemputan “Menjana Impian” TV9 (By the way, menjana Impian sudah bermula di TV9)

Seperti selalu, saya amat berbesar hati apabila menerima sebarang jemputan dan diberi peluang berbagai pihak untuk sampaikan mesej-mesej pembangunan diri & perniagaan melalui media. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak!

Ingin berkongsi tip hari ini, iaitu menulis matlamat (lagi!). Salah satu matlamat bertulis saya untuk tahun ini adalah untuk menjadi host rancangan TV. Alhamdulillah, tercapai hari ini.

Ramai yang masih lagi ragu-ragu dengan menulis matlamat. Apa tidaknya, kajian mengatakan 98% orang dewasa TIDAK menulis matlamat. 3 sebab utama mengapa seseorang tidak menetapkan matlamat menurut kajian:

1. Tidak tahu cara menetapkan matlamat kerana tidak pernah didedahkan.

2. Tidak percaya MENULIS matlamat memberi faedah. Kebanyakan kata mereka “fikir” sahaja matlamat dan tidak menulis.

3. Takut menetapkan & menulis matlamat oleh kerana takut tidak akan dicapai.

Salah satu cara efektif menetapkan matlamat di panggil “Public declaration”. Ia bermaksud, mengumumkan pada orang ramai.

Public declaration dalam matlamat adalah amat efektif. Salah satu public declaration saya adalah tahun lepas di dalam majalah Maskulin (keluaran Julai) yang mengatakan matlamat saya adalah menjadi ikon perniagaan Internet di Malaysia. Insyaallah, kini sudah tercapai!

Apa kata kita buat satu latihan secara real-time. Macam Reality TV la ni!

Apa kata, anda klik pada “comment”, dan tulis 5 matlamat anda yang anda ingin capai sebelum berakhirnya 2006. Kira, matlamat jangka pendek (4 bulan sahaja).

Nanti hujung tahun, kita tengok, efektif atau tidak menulis matlamat secara Public declaration- semua orang di Internet boleh melihat matlamat anda!.
Harapnya sesiapa yang serius sahaja menulis. Kalau tak serius, matlamat tidak akan tercapai. Have fun & good luck!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

46 thoughts on “Irfan Khairi – film star?

  1. 1. Menguasai 10% pasaran kad nama di Malaysia.
    2. Selesaikan hutang pembelian mesin cetak 100k.
    3. Mendapatkan projek kerajaan dalam percetakan sekurang-kurangnya RM1 juta.
    4. Mula dapat merancang untuk pembelian mesin cetak 4 warna.
    5. Pergi umrah sekeluarga serta ibubapa dan bapa, mak mertua.

    Amin Ya Rabbb!

  2. 1. Membuka sebuah perniagaan makanan
    2. Mememulakan sebuah perniagaan internet
    3. Menghasilkan 2 buah e-book(bukan untuk biz internet yg pertama tadi.)
    4. Menyelesaikan 3 hutang……(yg ni rahsia saya le…)
    5. Reduced a bit my weight

  3. matlamat sy byk sebenarnya.
    1.dlm ms 4 bln ni dpt la affiliate yg sy bt ni masuk duit.
    2.hp 3G
    3.pc baru
    4.bina satu web site utk e-biz
    5.bc hbs semua e-book yg sy ade

  4. masih takut lagi la doktor nak buat public declaration,tapi satu jer dulu matlamat saya sebelum akhir tahun ni
    -nak lancarkan web saya dan cuba biz internet biar jadi bagus
    -cuba menjadi yang terbaik untuk diri sendiri

  5. ini saya punya matlamat,,
    1.mesti ada satu laman web perniagaan
    2.mesti dpt kerja secpt mungkin demi anak dan isteri.
    3.dapat kurangkan merokok.
    4.saya mesti dapatkan salary saya sebulan tak kurang RM3000
    5.wajib ada bisness sendiri.
    amin.. insyaallah

  6. Matlamat Dalam Masa 4 Bulan

    1 – Membangunkan Laman Web Komuniti UTDC(Usahawan Terbilang Dot Com)
    2- Mencari & Menambah subscribers by dis 06 total subscriber mencapai sehingga 1’000 users.
    3- 1000 user aktif dalam affiliate, forum, menjana hits sehingga 1 juta sebulan
    4- Menjana Pendapatan bersama2 ahli UTDC
    5- By Jan 07, salah seorang ahli UTDC telah mencapai pendapatan RM10,000 sebulan.

    Jom Mula http://komuniti.usahawanterbilang.com

    5 diatas tu matlamat saya.. tapi point no 5- tu saya nak share pada semua.. termasuk saya sendiri, kalau offer org, sendiri pun tak dapat.. kantol lah matlamat saya tahun ni..

    InshaAllah.. Pasti Boleh Berjaya!!!

  7. Pesan Azizi Ali sekiranya menetapkan matlamat “Set your goals in the EDGE OF FANTASY, but IN THER REALMS OF REALITY”

    maksudnya lebih kurang, tetapkan matlamat yang sukar dan berbaloi, tetapi, boleh dicapai dan logic.

  8. Dengar semua..!! Ini adalah matlamat saya sebelum berkhirnya tahun 2006 (tarik nafas dalam2)
    1. Dapat income RM50 sehari utk gerai iceblend pasar malam.
    2. Dapat 10 customers untuk business website
    3. Dapat membeli saham pertama
    4. Mulakan perniagaan e-bay
    5. Bantu 10 orang mulakan business mereka sendiri
    Tarikh tutup matlamat ialah 31 Disember 2006. Good luck to myself.. (huh..lega rasanya dapat luahkan.. :-P)

  9. 1. nak improvekan diri dalam komunikasi BM dan BI
    2. nak tingkatkan kemahiran dalam Bidang IT
    3. dapatkan kerja yang bergaji 2 kali ganda pd sekrg
    4. jelaskan hutang piutang
    5. dapatkan sebijik kereta

    insyallah 4 bln sekejap sgt, pejam celik pejam celik dah nak abis akhir tahun…sempat ker tidak ni……….

  10. Fuh, bersemangatnya semua orang hari nie tetapkan matlamat mereka. Saya pun nak join juga!

    5 matlamat saya before the end of 2006:

    1. Nak berjaya dalam HYIP saya (Sekarang tengah berjinak-jinak nie)

    2. Nak mulakan segera kelas mengajar komputer dari rumah (Alhamdulillah loan dah lulus!)

    3. Mendalami lagi bidang Multimedia saya (Sape suruh masa kat U dulu tak belajar bebetul! hihi)

    4. Nak mula buat tabungan untuk beli kereta idaman saya (kereta apa? Myvi je…sesuailah dengan pengertiannya My Vision!)

    5. Nak selalu lawat nenek saya kat kampung, mak bapa and sepupu sepapat semua. (Hidup nie jangan sendiri-sendiri tau, kena juga ingat ingat keluarga, supaya nanti anak kita bila dah besar, tak kan lupakan kita juga!

    Ok itu aje lah. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Amin.

  11. eemmm matlamat saya
    1. Mengerakkan kan pembinaan kedai ditanah yang saya dah habis bayar hutang (Skg tgh summit plan)
    2. Membuat e-biz yang berjaya. dan dapatmenjana pendapatan RM50-100/day
    3. Menghidupkan projek Homestay saya di langkawi
    4. Memajukan projek prepaid saya skg
    5. yang..ni..personel..ha ha…uruskan perkahwinan anak saya..mesti bagi jadi punya
    Inshaallah Amin!!

  12. Menghasilkan e-book
    Meningkatkan kemahiran diri
    Membaca sekurang-kurangya 200 artikel (1 hari = 1 artikel)..(bergantung pada masa)
    Memulakan perniagaan (bermula dari bawah)
    Menjana pendapatan sekurang-kurangya RM30 sehari..

    Insya-Allah…akan tercapai tapi dengan tindakan…

  13. Saya laks by end of 2006 mesti:
    1. Ada own biz internet
    2. Ada own biz internet
    3. Ada own biz internet
    4. Ada own biz internet
    5. Ada own biz internet

    🙂

  14. wah hari nie semua org bersemangat..
    saya pun nak berkongsi matlamat saya dgn org lain juga la. mudah-mudahan matlamat saya nie tercapai. Amin..
    1. Dapat income RM50 sehari dari business
    4time.
    2. Dapat kerja yang lebih baik dari sekarang.
    3. Memajukan business herba dan makanan
    kesihatan
    4. Menjadi pembekal kuih-kuih tradisional yg
    berjaya
    kalau ikutkan banyak. tapi dalam masa terdekat nie nak perkara ini tercapai dulu la. Amin.

  15. Matlamat saya sehingga akhir 2006 ialah

    1. Turunkan berat badan menjadi 53kg
    2. Pakai baju kebaya yang saya tak muat tu
    3. Jaga muka supaya lebih bersih.
    4. Shapekan badan. Terutama bahagian perut dan punggung

  16. Matlamat saya :-
    Dalam masa terdekat ni;-

    1. cari kerja lain
    2. aktif buat business part time
    3. kumpul duit bayar hutang (perlahan-lahan)
    4. kukuhkan business n goodbye makan gaji
    5. kerja dari rumah sambil jaga anak

  17. Matlamat saya :

    1. Mendapat komisen affiliate RM 100 sebulan
    2. Memulakan perniagaan internet saya (base on minat)
    3. Blog saya mencapai 50 unique visitor sehari
    4. Upgrade pc
    5. Menjadi *PSM pertama yang memulakan perniagaan internet.

  18. 1. Terokai niche baru yang hot in demand
    2. Belajar PC start dari the very basic, C
    3. Seimbangkan masa dgn keluarga dan masa berbisnes

    4. Take cara customer yg sedia ada, give them more

    5. Start Viral Affiliates Tactics yg sudah lama dipendam dalam PC

    6. Luaskan network, cari lebih banyak business partner online

    7. Setup site content yang Global

    8. Banyakkan lagi membaca dan buat analisis product-demand kat Malaysia

    9. Tawarkan pakej Online Business kepada bisnes-bisnes brick dan mortar pd harga yg berpatutan

    10. Cuba cari jalan baru utk menghadapi SEO yang berubah setiap hari

  19. Assalamualikum,
    Ini saya punya matlamat..

    1) Menyambung dan menamatkan pelajaran keperingkat tertinggi. (La ni sedang belajar e-pjj di UITM)

    2) Membuat perniagaan internet macam Irfan ( dah ikuti kursus 3 dalam 1 Osman affan)

    3) Dalam 4 bulan ni mesti siapkan laman web yang baru belajar.

    4) Nak bina rumah besar sikit kat tanah yang ayah bagi di Puchong

    5) Seterus nya bekerja sendiri dirumah tanpa perlu bertungkus lumus setiap pagi pegi kerja

    Takat ni dulu..

  20. 1.Bertaubat & setiap hari baca surah Al-mulk sebelum tidur.
    2.Income 100% halal RM500.00 sehari, 24/7
    3.Tolong Abah bukak kedai Runcit baru.
    3.Berhenti makan gaji.
    5.Kempiskan perut i.e turunkan lima kg.

    Now I BELIVE my goals are standing in the EDGE OF FANTASY, but IN THE REALMS OF REALITY.

    Ada ustaz tu cakap kalau berdoa mintak specific, contohnya nak BMW 5’s , mention BMW 5’s dalam doa anda.Mintak bersungguh-sungguh.Insyaaalah dapat, Tuhan Maha pemurah & Maha Kaya. Saya ada seorang kawan, hari-hari sejak muda berdoa mintak rumah dua tingkat corner lot, Alhamdulillah dia dapat.
    Mudah-mudahan saya & semua kawan-kawan berjaya. Amin.

  21. matlamat saya sebelum penutup tahun 2006

    1)sebagai pelajar,saya mahu mencapai 4.0 pointer dlm exam sem ini..
    2)beli laptop dengan duit sendiri (bkn ptptn)
    (sebab nak mulakan bisnes mesti ada komp)
    3)Daftar workshop Jutawan Internet
    4)ada perniagaan internet sendiri
    5)Improve bahasa inggeris saya

  22. Matlamat saya sebelum hujung tahun ini (31 / 12 / 2006 )

    1=Kumpul duit untuk beli buku berkaitan perniagaan internet dan menyertai workshop berkaitan.

    2=Belajar cara membuat laman
    web,mempromosi,strategi dan pelbagai ilmu mengenai pernigaan internet seterusnya membina laman web.

    3=Sebulan pertama harap pendapatan mangatasi kos membuat laman web serta lain lain kos.

    4=Bulan kedua berusaha untuk mendapatkan keuntungan sekurang kurangnya 10% dari bulan pertama.

    5=Seterusnya cuba untuk mengembangkan lagi ilmu dan pendapatan agar lebih berjaya dari sebelumnya.

  23. yahoo cuti sekolah!!!!!!!!

    matlamat saya:

    1-mendapatkan income tambahan melalui home-based biz saya sebyk rm2000 sbln

    2-nak blajar swimming sampai pandai cam ikan berenang (xdala hubby n anak4 dok ejek lagi dah)

    3-pindah msk umah yg saya beli nanti nak cat sendiri umah dgn warna2 yg disukai spy hubby kagum dgn istri yg bleh cat sendri takyah tunggu dia balik bangladesh nanti. (tngah prepare mental sbb nanti kena tinggal sorang lagi selama 3 bln sbb hubby p bangladesh berkursus…)

    4-siapkan program teknik2 mengajar BI (karangan)dgn cara yg mudah difahami n lbh efektif.

    5-pastikan semua 185 pelajar saya mendapat A didlm BI didlm exam PAT ujung thn ni.

    matlamat paling UTAMA ialah menjadi hamba Allah, isteri, ibu, anak, guru, n jiran TERBAIK selamanya

  24. Matlamat saya:

    Saya ni pelik sikit ler, saya tahu buat programming (ASP,PHP,VB dan ect), saya tahu buat web dah masuk 7 tahun dalam bidang IT.
    Tapi saya bukan orang IT.saya buat perkara ni sebab saya minat

    Tapi matlamat saya sebenarnya.

    1.Saya nak bukak clinic sendiri.( . SAUFIL 🙂

    itu sahaja.

  25. sebelum saya suruh abg irfan komenn… saya nak semua user kat sini komen website saya secara jujur dan pedasss2… kalo tak sia2 je usaha sy tahun nih..

    sy dah siap letak comment button.. terus link pd email saya.. itu je matlamat tahun nih.. sale sale sale dan saleeee !!

    apa lagi tunggu.. belasah jee 🙂

  26. bertuah la irfan khairi, lepas satu-satu datang rezeki…. respect la!

    matlamat tahun ni:
    bulan depan nak mulakan perniagaan op ship pakaian.(InsyAllah)

  27. Assalamualaikum dan salam sejahtera…
    Ni first time sy tulis comment sejak sy jumpa laman rahsiainternet.com pada 3 hari yg lalu..Mmg fantastik ah sume tips2 yang diajar oleh Abg Irfan..Caya laa… 🙂

    Hmm..Antara 5 matlamat yang sedaya upaya akan saya cuba capai dalam tempoh 4 bulan ini ialah:

    a)Mengumpul wang di dalam bank >=RM 2,000 sebelum 12 Disember 2006. (itu merupakan tarikh lahir saya yg ke-20thn 🙂 )

    b)Melangsaikan kesemua hutang saya yg bernilai RM700(kepada member2 yg telah byk membantu saya ketika sy dlm kesusahan dlu [Thank u guyz])

    c)Melancarkan website pengiklanan saya iaitu http://www.M******R******H*******.*** dimana hampir keseluruhan scriptnya adalah dibuat oleh saya sendiri. (walaupun script utk membina website ini boleh didapati di internet..tetapi disebabkan kosnya yg teramat laa MAHAL..so terpakse laa saya create sendiri…)

    d)Menolong ayah menggantikan road tax kereta yang dah tamat tempoh hampir 6 bulan…(support ayah lerr tu)

    Dan yang terakhir ni mmg pelik skit..Tapi kalo ade usaha..Rasanya tak mustahil kot..heheh.. 🙂

    e)Membeli 4 buah handphone Nokia N73 utk diri sendiri,mak,ayah & orang yg teristimewa..hahaha… 🙂

    Hmm..Kalau ikutkan banyak lagi..Tapi 5 benda ni mmg saya ingin SANGAT dicapai sebelum tamat tahun 2006 ni..Insyaallah… 😉

  28. Respectlah sama Hayat & Yasir your goal sungguh compact & mantap… Doakan semua orang akan terkabul goal kalian…. Saya ? Tengah fikir apa goal apa nak set…hahaha

  29. Hi all,
    I quite new here,nak tumpang tanya, kat dalam Buku Rahsia Internet ada bagitau , kat website ni ada list recommended web hosting. Ada kat mana ya? BTW My matlamat ialah

    1.Setup my 1st own Internet Bizz within a month
    2.Memantapkan diri luar dan dalam sebagai hambaNya dan usahawan terulung.
    3.Memiliki 2nd real-estate (apartment),generates income RM500/mth by end of 2007
    4.Comitted derma 5% from my biz income utk kebajikan umum
    5.Become financially freedom by age 34

  30. matlamat saya yg perlu dipai pd atau sebelum 31 Disember 2006:

    1. beli laptop dengan henfon 3G
    2. dapat RM2000 seminggu bisnes kat lelong dgn ebay
    3. dapat setelkan hutang
    4. nak beli kereta Toyota Vios (dah lama mengidam kereta ni!)
    5. mulakan perniagaan internet sendiri

  31. Matlamat saya sebelum penghujung tahun ni :

    1. Fokuskan pada program affiliate sebelum lancarkan bisnes internet sendiri.

    2. Belajar buat website dan

    3. Perolehi income dari affiliate, dari duit tu boleh tampung bil air, elektrik, bil telefon, streamyx dan beli buku untuk dalami internet marketing.

    4. Transform bisnes offline yang saya ceburi sekarang kepada online

    5. Hargai dan dalami bakat yang telah sedia ada dalam diri supaya dapat dikembangkan.

    Ikon – ikut semangat semut, walaupun kecil, tapi dengan kerjasama dan sikap gotong royong kerja besar dapat dicapai walaupun sedikit demi sedikit tapi dilakukan berterusan, berkomitmen, semoga tercapai akhirnya.

  32. halamak… tak best la kalu tak serius nih. tapikan pada saya lebih baik kita tulis jugak untuk tatapan umum, itupun kalu ada yang nak tengoklah matlamat kita nih.

    matlamat sebelum 2006??

    1. disiplinkan diri untuk menabung rm10 sehari
    2. nak bina website sendiri
    3. buat bisness dari rumah.
    4. pergi kursus perniagaan internet
    5. bayar hutang lapuk

    itu aje laa… harap2nya anda semua doakan saya.

    murah rezeki untuk saya.

    murah rezeki untuk saya.

    melimpah ruah rezeki untuk saya.

    moga2 murah rezeki untuk diri saya dan keluarga saya. amin! dan tak lupa juga buat muslimin dan muslimat. semoga semuanya melimpahruah rezeki anda semua.

    sekiat terima kasih

  33. eh..eh sekian terima kasih banyak2 laaa…

    semoga rezeki anda semua melimpah ruah untuk tahun ini dan tahun akan datang.

    memang untung kalu doakan semua orang muslimin dan muslimat murah rezeki. kalu rezeki secupak tak jadi segantang, mari kita gandakan lagi usaha kita dengan lebih gigih lagi.

    sekali lagi sekian terima kasih

    dan selamat maju jaya.

  34. Salam …

    Bismillahirrahmanirrahim … 🙂

    5 matlamat saya … Semua tolong doakan ya …

    1. Menjadi broker tanah yang berjaya dalam masa sepuluh tahun lagi …

    2. Berjaya mempunyai tanah sekurang2nya 5 ekar penuh dengan pohon buah2an atau getah atau kelapa sawit dalam masa 10 tahun juga …

    3. Mendapat income sekurang2nya RM2000 sebulan atas tanah yang diusahakan …

    4. Menjadi keluarga yang bahagia, mempunyai kewangan yang kukuh dan menjadi insan beriman …

    5. Berhenti kerja dalam masa 10 tahun sekiranya kewangan didalam bank mencapai RM100,000 …

    AMIN !! … 🙂

  35. matlamat:-

    1.melancarkan laman web pertama saya.
    2.mencari pelanggan sekurang-kurangnya 1 orang dalam satu hari.
    3.melancarkan lagi laman web yang kedua saya.
    4. mencari pelanggan sekurang-kurangnya 1 orang sehari
    5.mencari idea untuk membina satu lagi laman web dan produk.

  36. assalamualaikum…
    saya berusia 20 tahun dan saya diambang kejatuhan…….
    saya kehilangan punca pendapatan
    saya keseorang di kota kuala lumpur
    saya x mempunyai keluarga
    saudara mara saya ramai yang telah menemui ilahi…

    saya x mampu menangis lagi…

    dan saya x layak untuk menangis lagi…
    kerana tangisan saya adalah untuk 40 tahun akan datang

    tapi……………

    saya x kisah semua itu
    kerana itu semua x penting buat saya
    saya berjanji akan berusaha sehingga nyawa terakhir saya…

    oleh itu matlamat saya sehingga tahun ini adalah:

    1)semoga perniagaan elektrik savers saya ini akan mendapat sambutan

    2)saya mahu 10 @ lebih klient saya 7 mereka mempercayai produk saya

    3)saya mahu sambung belajar di oum

    4)mendapat income 4000 sebulan (sekurang-kurangnya)

    5)selesaikan hutang saya dengan …..

    6)tunjuk pada relitives saya bahawa saya bukan sampah..

    7)tunjukkan pada bekas teman wanita saya bahawa betapa bodohnya dia meninggalkan saya dan pergi ke pengkhianat cina tu

    8)buktikan pada semua yang saya boleh survive di kuala lumpur dengan kaki saya sendiri

    9)proove to all i’am wasn’t a rubbish

    see u again in the end of the year 2006

    wasallam

  37. 1. Melancarkan laman web perkhidmatan kontraktor
    2. Hadiahkan kereta kelisa untuk isteri
    3. Melanjutkan pelajaran peringkat diploma kejuruteraan Mekanikal Di Uitm
    4. Menabung RM1000 ringgit sebulan di ASB
    5. Beri Wang RM100 untuk Ayah, Emak & Emak Mertua Setiap Bulan

  38. 1. Beli pc sendiri
    2. Mempunyai perniagaan internet saya sendiri dan hanya bekerja di rumah sahaja
    3. Membayar semua hutang
    4. Bebas kewangan
    5. Menabung di Tabung Haji

  39. 1.bangun pagi setiap hari
    2.x tido balik lepas subo tiap ari
    3.(xtau lagi la…)
    4.(x terpikir lagi)
    5.dapatkan ijazah dari utm!! wargh!!!
    “one bad trait affects the overall performance” – nasoha

  40. 1- Beli rumah untuk masa depan anak tunggal -Zairel Idham
    2- Buat internet business lepas attend workshop IK nanti (23/9)
    3- Setel hutang PTPTN dan etc
    4- Beli handphone baru
    5- Kumpul duit – nak hantar mak abah gie haji….

  41. saya nak:
    1) mendapat pekerjaan yg saya akan suka
    2) kumpul duit
    3) mendapat pasangan hidup yg memahami dan kekal ke jinjg pelamin n terus ke syurga
    4) cantikkan kulit n diri
    5) g umrah

    pasti boleh…

Leave a Reply

Your email address will not be published.