Satu lagi tip dari Dato’ Ghazali daripada nota 3 muka surat saya :)

Agree to disagree!

Iaitu, sekiranya anda tidak setuju dengan sesuatu, katakan dan jangan simpan. Masyarakat Malaysia seringkali sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, disimpan dalam hati. Ianya hanya akan memakan diri sendiri, dan melemahkan keyakinan diri sendiri.

Dato’ Ghazali menceritakan pengalamannya menyuarakan rasa tidak setuju dengan Tun mengenai suatu isu pada tahun 80-an (face to face). Dengan melakukan itu, mendapat respect dari Tun Dr Mahathir.

Sekiranya nawaitu anda betul, jangan takut menyuarakan pendapat anda (tidak kira pada boss, pekerja, kenalan etc). Cuma, anda perlu berikan fakta sokongan. Dan yang penting sekali adalah, sekiranya tidak setuju, berikan alternatif (cara yang betul), dan bukan sekadar mengkritik sahaja.

Itu adalah langkah seorang yang berjaya!

Apa akan jadi sekiranya pendapat anda tidak mendapat sambutan dari pihak yang satu lagi? Tak mengapa… biarkan sahaja.

Sekurangnya, anda telah menunjukkan anda mempunyai nilai seorang yang berjaya, serta, dengan menyuarakan pendapat anda, anda akan menambahkan keyakinan pada diri anda sendiri. Anda akan lebih appreciate semangat yang ada pada diri anda  dan ini akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi.

IKLAN: Tidak yakin menyuarakan pendapat? NizalTalk dapat membantu dalam menambahkan keyakinan anda dalam komunikasi efektif. Program NizalTalk! seterusnya akan diadakan pada 24hb Februari (2 minggu lagi). Untuk pendaftaran, sila ke http://www.nizaltalk.com (daftar hari ini sebelum harga dinaikkan soon). 

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Katakan tidak!
  • Berani lantang bersuara
  • Cara nak maintain motivasi
  • Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf